NEW
Font size
WorksheetsKata Sendi-5 Thn 4-6
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Tuan Guru Besar telah diminta untuk menyampaikan hadiah __________ para pemenang.
ke
pada
untuk
kepada
Kedua-dua orang anak Puan Yati dapat menulis dan membaca __________ lancar walaupun masih kecil.
bagi
hingga
dengan
kepada
Pembinaan rumah kos sederhana itu akan dilaksanakan __________ Syarikat SeriMaju Sendirian Berhad.
oleh
sejak
dengan
daripada
Encik Mustafa sedang membersihkan longkang yang berlumut __________ belakang rumahnya.
di
akan
pada
untuk
__________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan amat sukar didapati serta mahal pula.
Di
Dari
Pada
Untuk
Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya __________ arah bukit sana.
di
dari
pada
daripada
"Ayah amat bangga __________ kejayaan kamu mendapat 6A ___________UPSR," kata ayah kepada Farhan.
di ... dengan
bagi ... pada
oleh ... di
akan ... dalam
Mereka pergi ke Cameron Highlands __________ menaiki sebuah bas yang disewakhas oleh pihak sekolah.
oleh
untuk
dengan
daripada
Baju kurung itu dibeli __________ Puan Zuraida di Pasar Raya Fajar semasa Karnival Jualan Murah pertengahan bulan yang lalu.
bagi
oleh
untuk
kepada
Abang Haris berdiri __________ stesen bas sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang.
di
ke
dari
daripada
Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang __________ rumah masing-masing setelah selesai bekerja.
di
ke
dari
kepada
Mesyuarat bulanan ini adalah __________ ahli lembaga pengarah Syarikat Suria sahaja.
bagi
pada
untuk
kepada
Sekolah akan mula bercuti ___________ akhir minggu ini.
di
dari
bagi
pada
Dua orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan __________ pihak polis kerana memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki itu.
dengan
dari
bagi
daripada
Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah ___________ pentingnya ilmu pengetahuan.
dari
kepada
tentang
daripada
Kereta mainan itu dibeli __________ anak saudara kesayangannya.
bagi
untuk
kepada
dengan
"__________ bila kamu pandai berbohong?" herdik Cikgu Lokman kepada Jamil.
Dari
Pada
Sejak
Daripada
Lagu "Cahaya Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu ditujukan __________tunangnya yang jauh di perantauan.
pada
dengan
kepada
untuk
Datuk sedang bercerita __________ pengalaman hidupnya semasa beradadiperantauan.
bagi
untuk
tentang
daripada
Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.
dengan
hingga
tentang
daripada
Patung wayang kulit diperbuat __________ kulit kambing yang telah dikeringkan.
oleh
dari
dengan
daripada
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang undang negara.
bagi
pada
kepada
dengan
Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.
dari
untuk
dengan
daripada
Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanahbendang di hujung kampung mereka.
akan
untuk
dengan
tentang
Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.
di
ke
pada
kepada
