wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ IMBUHAN

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Puan Laila ........................... tetamu nasi ayam madu.

a)

menghidangi

b)

menghidangkan

2.

Encik Iman ..................................... kerja pengeditan kertas projek itu kepada pegawai.

a)

menugasi

b)

menugaskan

3.

Ibu .................................... buku-buku lama itu kepada abang.

a)

menyerahi

b)

menyerahkan

4.

Abang ........................... Amyra seutas rantai emas.

a)

menghadiahi

b)

menghadiahkan

5.

Sultan Muzaffar Shah ........................................... bintang kebesaran kepada pahlawan itu.

a)

menganugerahi

b)

menganugerahkan

6.

Hakim .......................... pesalah itu hukuman penjara.

a)

menjatuhi

b)

menjatuhkan

7.

Nenek ................................ kakak tentang cara pemakaian yang betul.

a)

menasihati

b)

menasihatkan

8.

Ibu .............................................. nota-nota tatabahasa yang mudah dan ringkas kepada Aulia.

a)

membekali

b)

membekalkan

9.

Pengurus itu ......................... kepentingan penjagaan data syarikat kepada pekerjanya.

a)

memaklumi

b)

memaklumkan

10.

Saksi kejadian itu ............................. kemalangan jalan raya itu kepada pihak polis.

a)

memberitahu

b)

memberitahukan