WorksheetsKATA KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
menghulurkan
melontarkan
meletakkan
melabuhkan
Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
mencapai
menduduki
menggarap
merangkul
Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Tahan telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.
terjumpa
dijumpai
berjumpa
menjumpai
Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
menumbangkan
menundukkan
menewaskan
menumpaskan
Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
penghapusan
pembersihan
penerokaan
pembasmian
Pak Cik Amran ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
mengikis
menarah
meraut
mengupas
Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.
Amin suka membaca buku.
Dia pancing ikan di sungai.
Aidil tendang bola itu.
Farid dan Kamil baca cerita di perpustakaan.
Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.
Adik saya suka menangis. B C
Air sungai itu mengalir deras.
Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Australia
Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.
Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul.
Pak Mat sedang membelah kayu.
Ruzila sedang memasak kuih.
Noraini sedang makan buah rambutan
Datuk sedang tidur dengan nyenyak.
Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul.
Jangan melompat.
Dia lompat jauh.
Dia senyum kepada saya.
Ani bersalam dengan saya.
Anjing liar itu ________ seketul tulang.
mengepit
mengonggong
menjamah
memakan
Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
ditipu
disapa
ditegur
dikunjungi
Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
mencabut
mencukur
memotong
menggunting
Shafiqa dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
melancong
mendatangi
menziarahi
menemui
Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate itu ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.
meraut
menjolok
memasuk
mencucuk
Puan Sofia seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
menyanyikan
mempamerkan
mengalunkan
mendendangkan
Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Taman Megah. A C B D
diangkat
disambut
dipegang
dijulang
Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
menyudu
meminum
menyodok
mencedok
Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
tergelincir
tersangkut
terbabas
tersadai
Mak Cik Zakiah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya. A C B D
menenun
menganyam
menyirat
menyulam
