WorksheetsTAMADUN INDIA
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Apakah perubahan yang berlaku dalam Tamadun India selepas Tamadun Indus berakhir?
Berlaku perebutan kuasa
Pusat tamadun beralih ke Lembah Ganges
Tamadun India diserang kerajaan lain
Pemerintahan yang sistematik
Apakah yang dimaksudkan dengan perluasan kuasa?
Melakukan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain.
Bekerjasama untuk memajukan ekonomi antara negara.
Usaha yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi menguasai dan memperluas pengaruh kuasa yang dilakukan secara fizikal.
Mengawal laluan perdagangan.
Antara berikut, yang manakah faktor perluasan kuasa Tamadun India?
Kekuatan ketenteraan.
Hubungan ekonomi.
Dasar pemerintahan.
Tahap pendidikan.
Diplomasi keagamaan.
Menjamin sesebuah kerajaan ditadbir dengan baik dan berkesan.
Pernyataan di atas merupakan faktor perluasan kuasa Tamadun India. Apakah faktor yang terlibat?
Sumber alam
Dasar pemerintahan
Kewangan
Sumber manusia
Antara berikut, yang manakah bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India?
Perluasan fizikal.
Perluasan ekonomi.
Perluasan pendidikan.
Perluasan keagamaan.
Pasukan tentera zaman ini mempunyai 20 000 kavalri, 200 000 infantri dan 3 000 tentera bergajah.
Pernyataan di atas merupakan kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh sebuah dinasti dalam Tamadun India. Apakah dinasti yang terlibat?
Dinasti Nanda.
Dinasti Maurya.
Dinasti Gupta.
Dinasti Asoka.
Apakah maksud perluasan fizikal?
Menguasai ekonomi.
Rampasan kuasa.
Menguasai wilayah lain dengan menggunakan kekuatan ketenteraan.
Menguasai pendidikan.
Apakah sebab Asoka melakukan perubahan dalam dasar perluasan kuasa daripada perluasan fizikal kepada perluasan keagamaan?
Kekalahan Asoka dalam Perang Kalinga.
Keruntuhan kerajaan
Jumlah nyawa yang terkorban dalam Perang Kalinga.
Pasukan tentera Asoka mula lemah.
Apakah fungsi Tiang Asoka?
Sebagai tatapan rakyat bagi memastikan rakyat mematuhi peraturan dan undang-undang.
Hukuman kepada rakyat yang tidak mematuhi undang-undang.
Rekod kemajuan negara.
Sebagai peringatan kepada maharaja yang telah mangkat.
Mengapakah Raja Samudragupta dikenali sebagai Kaviraja?
Raja kejam.
Penyanyi.
Raja penyair.
Raja pemurah.
