wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama 102020

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Titah Sultan Kedah, " ________ berharap agar rakyat mendoakan kejayaan paduka adinda beta dalam pertandingan itu."

a)

aku

b)

beta

c)

saya

d)

patik

2.

"________ perlu menghantar surat rayuan ini ke Pejabat Daerah Muar sebelum 28 November ini," kata pengawal keselamatan kepada lelaki tersebut.

a)

Dia

b)

Anda

c)

Awak

d)

Kami

3.

"Say mahu tahu ________ kah nama kamu?" tanya Zaki kepada budak baharu itu.

a)

apa

b)

mana

c)

siapa

d)

bagaimana

4.

"Kereta buatan Jerman ini lebih besar darpada kereta buatan China _________, " kata Hazlin kepada Encik Zainudin.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

sana

5.

"Pihak sekolah akan mengenakan hukuman berat kepada ________ yang melanggar peraturan sekolah," kata Cikgu Lee dengan tegasnya.

a)

mana

b)

siapa

c)

mana-mana

d)

siapa-siapa

6.

Sebagai murid yang cemerlang, ________ dikehendaki supaya menjaga tatasusila dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

7.

"Di __________lah tempat berlakunya kemalangan ngeri itu, " kata Susan kepada wartawan tersebut.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

sana

8.

Kalau tidak ada _________ masalah, bangunan ini akan siap dalam masa setahun lagi.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

9.

"Jikalau begitulah titah ________, elok benar kita siasat hal itu," kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

a)

beta

b)

patik

c)

baginda

d)

tuan hamba

10.

Jam yang __________ kah yang lebih mahal antara jam Casio dengna jam Seiko ini?

a)

apa

b)

mana

c)

siapa

d)

berapa

11.

"Tuan hamba perlu memaklumi __________ tentang strategi perang tentera Siam itu," kata Tun Perak kepada Datuk Panglima.

a)

aku

b)

beta

c)

patik

d)

hamba

12.

Shafik, Amri dan Amin merupakan pemain bola sepak yang handal. Ketua jurulatih Kelab Harimau Malaya telah memilih ___________ utnuk menjalani latihan di Stadium Merdeka.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

13.

Pegawai itu akan ke Bali esok kerana beliau ada urusan di _________.

a)

ini

b)

sini

c)

sana

d)

mana

14.

Jemputlah duduk di __________ kerusi yang saudara suka.

a)

sini

b)

mana

c)

mana-mana

d)

siapa-siapa

15.

Takhta kerajaan Majapahit diserahkan kepada putera mahkota __________ setelah kemangkatan Raja Merong Mahawangsa.

a)

dia

b)

nya

c)

beliau

d)

baginda

16.

Menteri Besar negeri itu mengumumkan bahawa __________ akan meletakkan jawatan pada bulan depan.

a)

dia

b)

mereka

c)

beliau

d)

baginda

17.

"Marilah __________ ke ___________ untuk membaca buku," kata Eddy kepada Khairul.

a)

kita ... sana

b)

kamu ... sana

c)

kalian ... sini

d)

kamu ... sini

18.

Malini tidak tahu __________ tentang peristiwa itu.

a)

mana-mana

b)

apa-apa

c)

siapa-siapa

d)

bila-bila

19.

" __________ akan bermalam di rumah Ani," kata Zarina dan Mei Ling kepada Cikgu Lee.

a)

kami

b)

kita

c)

mereka

d)

kalian

20.

Kim Seng membasuh tangan __________ sebelum makan nasi.

a)

ia

b)

nya

c)

dia

d)

mereka