Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TERBITNYA FAJAR DAKWAH

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW KECUALI

a)

Nabi Muhammad SAW dituduh sebagai penipu, ahli sihir dan orang gila.

b)

Meyeksa orang Islam antaranya Bilal Bin Rabah yang dijemur di tengah panas tanpa diberi makan dan minum.

c)

Nabi Muhammad SAW diberikan harta dan kemewahan yang sangat banyak

d)

Memulau nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani Mutalib

2.

Berikut merupakan strategi dakwah Rasulullah SAW KECUALI

a)

Baginda naik ke Bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWTdan meyakini hari kiamat.

b)

Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim Haji.

c)

Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke Sham

d)

Rasulullah SAW menjemput seluruh keluarga Bani Mutalib ke jamuan makan dan kemudian menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.

3.

Peringkat dakwah Rasulullah yang kedua ialah ___________

a)

Dakwah secara rahsia

b)

Dakwah secara terus terang kepada kaum kerabat

c)

Dakwah secara terus terang kepafa masyarakat awam

d)

Dakwah secara terus terang kepada Musyrikin Mekah.

4.

Berikut adalah hikmah dakwah secara terus-terang KECUALI

a)

agama islam tersebar luas

b)

kekayaan harta umat Islam meningkat

c)

umat Islam berani menegakkan kebenaran.

d)

penganut Islam bertambah mantap akidahnya.

5.

Pilih pernyataan yang BUKAN mengenai hikmah dakwah secara rahsia.

a)

Kedudukan Islam bertambah mantap

b)

Ajaran Islam dapat disampaikan dan diterima tanpa gangguan.

c)

Dapat menghindari penentangan secara terbuka daripada orang kafir Quraisy.

d)

Memberi kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka.

6.

Kebanyakkan penganut pada peringkat dakwah secara rahsia adalah terdiri daripada kalangan _________ dan orang miskin

a)

pembesar

b)

hamba

c)

raja

d)

sahabat

7.

Kanak-kanak yang pertama menerima Islam ialah _______ bin Abi Talib

a)

Ali

b)

Zaid

c)

Zubair

d)

Abu Bakar

8.

Berikut merupakan sebab-sebab Quraisy Mekah menentang dakwah Rasulullah SAW KECUALI

a)

Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka, iaitu percaya kepada tuhan yang berbilang.

b)

Mereka berpegang kuat kepada semangat perkauman dan mengamalkan perhambaan.

c)

Golongan bangsawan dan kaya mahu kehilangan kuasa.

d)

Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terjejas.

9.

Isteri terawal Rasulullah S.A.W yang memeluk agama islam adalah?

a)

Saidatina Aishah R.A

b)

Saidatina Ummu Salamah R.A

c)

Saidatina Khadijah R.A

d)

Saidatina Habsah R.A

10.

Sahabat terawal yang memeluk agama Islam adalah?

a)

Saidina Abu Talib

b)

Saidina Abu Bakar

c)

Saidina Abu Lahab

d)

Saidina Abu Umar

11.

Zaid Bin Harisah adalah merupakan?

a)

Sepupu Nabi S.A.W

b)

Anak kandung Nabi S.A.W

c)

Pembantu Nabi S.A.W

d)

Ayah saudara Nabi S.A.W

12.

Dakwah secara sulit mengambil masa selama?

a)

3 Minit

b)

3 Bulan

c)

3 Tahun

d)

13 Tahun

13.

Hikmah dakwah Nabi S.A.W secara sulit adalah?

a)

Memantapkan aqidah umat Islam yang masih baru dengan ajaran Islam

b)

Untuk memantapkan aqidah masyarakat arab yang belum memeluk agama Islam

c)

Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan

d)

Untuk menjadikan negara Arab Saudi sebagai negara Islam

14.

Baginda naik ke bukit Safa dan mengajak masyarakat mekah beriman kepada Allah, merupakan strategi dakwah dari aspek...

a)

ucapan awam

b)

mencari sokongan

c)

mencari tempat selamat

d)

mengadakan jamuan

15.

Rasulullah memerintahkan umat Islam agar berhijrah ke Habsyah (mempunyai raja yang baik), merupakan strategi dakwah dari aspek...

a)

ucapan awam

b)

mencari sokongan

c)

mencari tempat selamat

d)

mengadakan jamuan

16.

Misi dakwah Rasullullah SAW bermula apabila turunnya ___________ daripada Allah SWT

a)

perintah

b)

hidayah

c)

wahyu

d)

arahan

17.

Rasullullah SAW telah melakukan dakwah secara ___________ pada peringkat awal.

a)

sulit

b)

terang-terangan

c)

terbuka

d)

berpasukan

18.

Antara berikut yang manakah merujuk dakwah secara terang-terangan?


i Dilakukan kepada kaum kerabat


ii Dilakukan kepada individu


iii Mengambil masa hampir 3 tahun


iv Dilakukan kepada masyarakat awam

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

19.

Mengapakah Rasullullah SAW memerintahkan sebahagian umat islam agar berhijrah ke Habsyah?

a)

Mempunyai raja yang baik

b)

Negara yang ramai orang

c)

Memudahkan proses dakwah baginda

d)

Negara yang berdaulat

20.

Hikmah dakwah Rasulullah SAW secara sulit adalah memantapkan ________________umat islam yang masih baharu dengan ajaran islam.

a)

akidah

b)

ibadah

c)

hati

d)

akhlak

21.

Berikut merupakan faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW kecuali

a)

keunggulan akhlak Rasulullah SAW

b)

kebijaksanaan Rasullullah SAW

c)

kewajipan berdakwah

d)

semangat jihad yang tinggi

22.

Di manakah tempat nabi menjalankan dakwah secara sulit?

a)

Pasar

b)

Bukit safa

c)

Rumah Abu Bakar As-Sidiq

d)

Rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

23.

Antara berikut merupakan strategi dakwah secara terang-terangan kecuali

a)

ucapan awam di Buki Safa

b)

mencari sokongan dari qabilah yang datang ke Mekah pada musim Haji.

c)

berhijrah ke Habsyah

d)

mengadakan konsert

24.

Antara berikut hikmah strategi dakwah secara sulit yang dijalankan oleh Rasulullah kecuali

a)

memantapkan aqidah umat Islam yang masih baru dengan ajaran Islam.

b)

untuk menjimatkan wang dalam berdakwah.

c)

untuk kemaslahatan dan menyelamatkan nyawa umat islam yang menjadi pengerak dakwah.

d)

memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan.

25.

Kenapakah golongan pengukir dan peniaga berhala menentang dakwah Rasulullah?

a)

Umat Islam suka mencaci berhala.

b)

Islam menyeru merosakkan berhala.

c)

Islam melarang penyembahan berhala.

d)

Umat Islam suka mencuri berhala.

26.

Apakah antara faktor penentangan kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah?

a)

mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka yang percaya kepada tuhan yang banyak.

b)

mereka cemburu dengan Rasulullah

c)

umat Islam memerangi kaum musyrikin Mekah

d)

umat Islam menyeksa kaum musyrikin Mekah.

27.

Antara berikut merupakan hikmah dakwah secara terang-terangan kecuali

a)

menyuntik semangat dakwah dalam diri umat Islam.

b)

menimbulkan rasa tanggungjawab umat Islam untuk menegakkan syiar Islam.

c)

kemaslahatan untuk menyelamatkan nyawa umat Islam yang menjadi penggerak dakwah.

d)

menunjukkan kehebatan diri masing-masing dalam berdakwah.