wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 1 STPM - Bahasa Melayu Moden: Era Pascamerdeka

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah ciri bahasa Melayu moden?


I- Bersifat dinamik

II- Mengalami perancangan

III- Mempunyai laras yang terhad

IV- Tidak menerima pengaruh bahasa asing

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Yang manakah tokoh bahasa Melayu pada zaman pascamerdeka?

a)

Za'ba

b)

Abdullah Munsyi

c)

Nik Safiah Karim

d)

Mohd Said Sulaiman

3.

Buku yang manakah yang ditulis oleh Prof. Dr. Hajah Asmah bin Haji Omar?

a)

Susur Galur Bahasa Melayu

b)

Yang Indah Itu Bahasa

c)

Tatabahasa Dewan

d)

Kamus Dewan

4.

Pertubuhan yang bertanggungjawab untuk merancang perkembangan bahasa Melayu ialah

a)

Institut Bahasa

b)

Universiti Malaya

c)

Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan

5.

Pertubuhan yang manakah yang membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1957?

a)

Angkatan Sasterawan 50

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan

d)

Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya

6.

Penarafan tertinggi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia terdapat dalam

a)

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

b)

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

c)

Ordinan Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996

d)

Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960

7.

Yang manakah termasuk dalam proses pengekodan bahasa Melayu?


I- Pembentukan istilah

II- Pembakuan sebutan

III- Penyusunan kamus

IV- Penilaian bahasa kebangsaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu moden?

a)

Bahasa ilmu

b)

Bahasa perpaduan

c)

Bahasa perhubungan

d)

Bahasa kebangsaan

9.

"Mengembangkan bahasa Melayu agar dapat mencapai keadaan saling terjemah dengan bahasa moden lain"


Tujuan di atas merupakan

a)

perancangan taraf

b)

penyeragaman

c)

pemupukan

d)

pengekodan

10.

Yang manakah TIDAK berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

a)

Bahasa pengantar

b)

Penciptaan istilah baharu

c)

Menyatukan kaum di Malaysia

d)

Kewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti asing

11.

"Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, tetapi penggunaan tulisan Jawi tidak disekat"


Pernyataan di atas adalah mengenai

a)

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia

b)

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

c)

Akta Hasutan (Pindaan) 1970

d)

Akta Pendidikan 1996

12.
  • Perkara 152, Perlembagaan Malaysia
  • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
  • Akta Pendidikan 1996


Apakah kepentingan peruntukan di atas kepada bahasa Melayu?

a)

Bahasa Melayu berkembang mengikut peredaran masa.

b)

Bahasa Melayu perlu digunakan dalam mana-mana situasi antara warganegara.

c)

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara yang mesti digunakan dalam situasi rasmi.

d)

Bahasa Melayu mendukung cita-cita Rukun Negara untuk membentuk negara yang berpadu dan kukuh

13.

Yang manakah langkah pertama dalam tatacara pembentukan istilah baharu dalam bahasa Melayu?

a)

Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan

b)

Mencari kata daripada bahasa serumpun yang tidak lazim digunakan

c)

Mencari kata daripada bahasa asing yang bersifat antarabangsa

d)

Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

14.

Yang manakah yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

a)

Bahasa pengantar pendidikan

b)

Bahasa perpaduan rakyat Malaysia

c)

Bahasa komunikasi dalam situasi formal

d)

Bahasa komunikasi yang difahami seluruh rakyat Malaysia

15.

Yang manakah definisi pengekodan?

a)

Usaha mengembangkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa antarabangsa

b)

Proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam

c)

Usaha untuk meluaskan dan meningkatkan status penggunaan bahasa dalam masyarakat

d)

Pemupukan bahasa ke arah yang lebih moden yang dilaksanakan oleh badan khas

16.

Pertubuhan yang manakah yang mempunyai autonomi untuk menggubal dasar khusus tentang bahasa dan sastera?

a)

Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan

b)

Universiti Kebangsaan Malaysia

c)

Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

Institut Bahasa

17.

Kesalahan yang berkaitan dengan bahasa yang manakah yang boleh didakwa melalui Akta Hasutan (Pindaan) 1970?

a)

Menggunakan bahasa percampuran kod dalam perbualan

b)

Menggunakan bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi di dalam negara

c)

Mempersoalkan peruntukan dan kedudukan mana-mana bahasa

d)

Memperlekeh bahasa kebangsaan dalam mana-mana media di dalam dan di luar negara

18.

Yang manakah korpus yang TIDAK terlibat dengan pengekodan bahasa?

a)

Ejaan

b)

Sebutan

c)

Etimologi

d)

Tatabahasa

19.

Yang manakah BUKAN tugas Dewan Bahasa dan Pustaka?

a)

Membakukan ejaan dan tatabahasa

b)

Mencipta istilah yang sesuai

c)

Menerbitkan buku bahasa

d)

Mencetak buku teks

20.

Yang manakah yang berkaitan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67?

a)

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan

b)

Memartabatkan bahasa Melayu agar digunakan dalam semua urusan rasmi

c)

Mengembangkan bakat bahasa dan kesusasteraan

d)

Menggalakkan penggunaan bahasa yang betul