NEW
Font size
WorksheetsSemester 3 STPM - Pragmatik: Kesantunan Berbahasa (Siri 1)
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Ungkapan yang manakah yang menggambarkan wujudnya kesantunan berbahasa?
Kurang ajar betul kamu!
Humbankan sahaja di situ!
Kalau tak suka, pintu sudah terbuka!
Silalah duduk dahulu sementara menunggunya.
Yang manakah sapaan yang sesuai untuk menteri dalam kabinet kerajaan?
Yang Berusaha
Yang Berhormat
Yang Amat Berusaha
Yang Amat Berhormat
- Lelaki yang sama taraf dengan penutur
- Baru dikenali dalam satu majlis
Apakah sapaan yang sesuai untuk individu di atas?
Tuan
Encik
Saudara
Yang Mulia
Ayat yang manakah yang mengandungi gelaran ikhtisas?
Mereka mahu ke rumah datuk di Melaka.
Prof. Dr. Firdaus menangguhkan kuliahnya hari ini.
Kumpulan itu mahu berjumpa dengan Hajah Alisah.
Rumah baharu kepunyaan Tan Sri Kamarul di atas bukit.
Ayat yang manakah yang menggunakan gabungan gelaran?
Budak itu anak sulung Dato' Seri Ismawati.
Kertas kerja itu diserahkan kepada Prof. Madya Dr. Hasbullah.
Syarikat kepunyaan Tan Sri Haji Tengku Badrillah baru dirasmikan.
Penduduk kampung menyambut kedatangan Dato' Munawir dengan paluan kompang.
(i) - Sudah menunaikan haji
(ii) - Baru dilantik sebagai Ahli Dewan Negara
(iii) - Mendapat anugerah daripada sultan
Apakah rujukan kehormat berdasarkan ciri di atas?
Yang Berbahagia Dato' Haji Hasnan
Yang Berusaha Senator Dato' Haji Hasnan
Yang Berhormat Senator Dato' Haji Hasnan
Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Haji Hasnan
Rujukan hormat kepada Ramlah yang berketurunan raja dan memiliki ijazah doktor falsafah ialah
Yang Mulia Dr. Raja Ramlah
Yang Berhormat Dr. Raja Ramlah
Yang Berbahagia Dr. Raja Ramlah
Yang Berhormat Mulia Dr. Raja Ramlah
Apakah rujukan kehormat kepada Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai gelaran kurniaan daripada kerajaan?
Yang Berhormat Tan Sri
Yang Berhormat Mulia Tan Sri
Yang Amat Berhormat Tan Sri
Yang Amat Berhormat Mulia Tan Sri
Apakah rujukan kehormat kepada isteri Timbalan Menteri?
Yang Berhormat
Yang Berbahagia
Yang Berhormat Mulia
Yang Amat Berbahagia
Datuk Kamarudin ialah mufti di sebuah negeri. Apakah rujukan kehormat yang sesuai untuk beliau?
Al-Fadil Datuk Kamarudin
Sahibul Fadilah Datuk Kamarudin
Sahibus Samahah Datuk Kamarudin
Al-Fadil Sahibul Fadilah Datuk Kamarudin
Yang manakah tidak termasuk dalam ikatan kekeluargaan melalui perkahwinan?
Ipar
Mentua
Menantu
Pak Long
Yang manakah gelaran keturunan orang-orang besar?
Raja
Engku
Megat
Sharifah
Yang manakah BUKAN gelaran warisan dari Nusantara?
Raden
Daeng
Dayang
Mas Ayu
Yang manakah gelaran kurniaan tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong?
Tun
Datuk
Tan Sri
Datuk Seri
Gelaran penghargaan yang manakah yang diberikan oleh institusi tertentu di negara ini?
Profesor
Pendeta
Mak anjang
Datin Paduka
