Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 55

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Kita perlu menjaga warisan kraftangan supaya tidak pupus

a)

Tidak hilang ditelan zaman

b)

Tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek panas

c)

Tidak menjadi bubur

d)

tidak hilang dan terkubur

2.

Pengantin yang sama cantik , sama padan

a)

bagai batu dengan cincinnya

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Bagai pinang dibelah dua

d)

Bagai pahat dengan penukul

3.

Hubungan saudara sepupu yang sangat rapat dan akrab

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai Anjing dengan kucing

c)

Bagai isi dengan kuku

d)

Bagai cicin dengan permata

4.

Ibu telah berkali-kali menasihati Ali supaya belajar bersungguh-sungguh tetapi tidak dihiraukan. Peribahasa berikut betul kecuali

a)

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

b)

Bagai Mencurah garam ke laut

c)

Bagai mencurahkan air ke daun keladi

d)

Bagai telinga tempayan

5.

Pelajar-pelajar ini berjaya mendapatkan sijil Khatam Al-Quran setelah berusaha menamatkan bacaan Al-Quran bersama gurunya.Apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi ini.

a)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

d)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

6.

Walaupun adik-beradik ini pernah bergaduh namun hubungan mereka akan tetap berbaik semula

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum kembali

d)

Bagai anjing dengan kucing

7.

Puan Asnah percaya, pelajar yang lemah jika dilatih dan diberi bimbingan pasti akan berjaya juga

a)

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

b)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

d)

Ke bukit sama di daki, ke lurah sama turuni

8.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk orang yang disayangi

a)

patah hati

b)

kekasih hati

c)

cinta hati

d)

buah hati

9.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan gambar berikut?

a)

Bagai anjing menyalak bukit

b)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama turuni

c)

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

d)

Kuda pelejang bukit

10.

Ali suka membuat kerja rumah sambil menonton televisyen

a)

Sambil menyeruduk galas lalu

b)

Sambil mandi

c)

Belayar sambil memapan

d)

Sambil menyelam, sambil minum air

11.

Anak pakcik Karim yang belajar di luar negara itu akhirnya pulang ke Malaysia untuk berbakti kepada negara

a)

Bagai sirih pulang ke gagang

b)

Biduk lalu, kiambang bertaut

c)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

d)

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

12.

Alif sentiasa mengikut kata-kata isterinya kerana dia takut dimarahi isterinya.

a)

Seperti kerbau menanduk anak

b)

Kerbau punya susu, sapi dapat nama

c)

Seperti kerbau dicucuk hidung

d)

Busuk kerbau, jatuh berdebuk

13.

Golongan Raja jika berbuat baik dengan rakyat tidak akan jatuh maruah dan daulatnya

a)

Cacing menjadi ular naga

b)

Bagai ular lidah bercabang

c)

Jika ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

d)

Seperti ular kena bedal

14.

Bagai gunting dalam lipatan membawa maksud

a)

Orang yang mahir dalam kerja jahitan

b)

Orang yang baik tetapi mempunyai niat jahat

c)

musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari

d)

Orang yang suka menyakiti hati orang lain

15.

Orang yang baru menyesuaikan diri di tempat baharu

a)

Seperti rusa kena tambat

b)

Seperti rusa masuk kampung

c)

Mati rusa kerana tanduknya

d)

gajah lalu dibeli, rusa tidak terbeli

16.

Perselisihan yang akan menjadi perkelahian sesuai untuk peribahasa

a)

Biduk tiris menanti karam

b)

Retak menanti belah

c)

Menanti putih gagak hitam

d)

Biang menanti tembuk

17.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah membawa maksud

a)

sama-sama menyelesaikan tugas

b)

sama-sama membuat pekerjaan

c)

Pengagihan yang sama banyak

d)

berkongsi rezeki bersama-sama

18.

Peribahasa "Sediakan payung sebelum hujan" membawa maksud

a)

Membuat pekerjaan dengan bersungguh-sungguh sebelum terlambat

b)

Tidak menunggu waktu susah untuk memulakan tabungan

c)

Membuat pekerjaan perlahan-lahan tetapi cermat

d)

Bersedia sebelum berlaku sesuatu

19.

Simpulan bahasa menara gading merujuk

a)

Sekolah Rendah

b)

Sekolah Menengah

c)

Intsitusi pengajian tinggi atau universiti

d)

Kolej

20.

Harapkan pegar, pegar makan padi membawa maksud

a)

orang yang menghabiskan duit orang lain

b)

orang yang menanggung kerugian

c)

Orang yang diharapkan menjaga sesuatu tetapi dia tidak amanah

d)

Orang yang sering ditipu oleh majikan

21.

Gambar menunjukan keluarga ini melancong ke Cameron Highland.Apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi ini.

a)

Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air

b)

Hujan emas di negeri orang, huja batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

c)

Jauh perjalanan, luas pemandangan

d)

cuci mata

22.

Sambungkan peribahasa berikut: Sehari selembar benang, (a)  

23.

lengkapkan peribahasa berikut: Melentur buluh (a)  

24.

Lengkapkan peribahasa berikut:

Sedikit-sedikit, (a)  

25.

Berikan maksud peribahasa " Indah khabar dari rupa"

a)

Keadaan yang sebenarnya tidak seperti yang diberitahu

b)

Perkhabaran yang palsu

c)

Tempat yang buruk dan tidak bersih

d)

Khabar angin yang disebarkan kepada orang ramai

26.

Peribahasa "Bunga dedap " membawa maksud

a)

Wanita yang pandai bergaya

b)

Wanita yang cantik dan pemalu

c)

Wanita yang cantik tetapi perangainya buruk

d)

wanita yang mudah mendapat jodoh

27.

Apakah maksud peribahasa " Bagai sirih pulang ke gagang"

a)

Orang yang merantau ke luar negara akan kembali semula ke negara asalnya

b)

orang yang suka tinggal di negara sendiri berbanding luar negara

c)

orang yang suka tinggal di luar negara berbanding negara sendiri

d)

orang yang suka merantau ke merata-rata tempat

28.

Apakah maksud peribahasa " Enggang dengan enggang, pipit dengan pipit"

a)

Sesorang yang bergaduh

b)

seseorang yang boleh berkahwin

c)

seseorang yang sama taraf

d)

seseorang yang menghina darjat orang lain

29.

Apakah maksud peribahasa "bagai telur di hujung tanduk"

a)

Dalam keadaan berjaga-jaga

b)

Dalam keadaan kecemasan

c)

Dalam keadaan yang tidak aman

d)

Dalam situasi yang sangat genting

30.

Berikan maksud peribahasa berikut:

"Genggam bara api biar sampai jadi arang"

a)

Membuat pekerjaan yang menyusahkan diri sendiri

b)

Membuat pekerjaan yang sukar hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaannya

c)

Membuat pekerjaan secara berhati-hati supaya tidak memberi kesan buruk

d)

Membuat pekerjaan yang sukar sehingga menyebabkan dirinya berputus asa

31.

Jangan mengutamakan orang lain berbanding keluarga sendiri

a)

Yang tua dihormati, yang muda disayangi

b)

Kera di hutan disusui, anak di pangkuan di letakkan

c)

Yang dikejar tak dapat ,yang dikelek keciciran

d)

Kuman diseberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

32.

lengkapkan peribahasa berikut:


Yang bulat tidak datang bergolek, (a)  

33.

tandakan betul peribahasa yang sesuai untuk sifat bekerjasama atau bersatu padu

a)

bagai aur dengan tebing

b)

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

c)

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

d)

serumpun bak serai, sesusun bak sirih

34.

tandakan betul untuk peribahasa yang sesuai dengan ibu bapa mendidik anak sejak kecil

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

Bapa borek anak rintik

d)

bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul

35.

Pilih peribahasa berkaitan ibu bapa

a)

Bapa borek anak rintik

b)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

c)

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus

d)

Bagai enggang dengan pipit

36.

Tandakan betul peribahasa yang betul

a)

Bagai cendawan tumbuh sebelum hujan

b)

melintang patah, membujur lalu

c)

ditelan mati emak, diluah mati bapa

d)

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

37.

Apakah peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa bagai isi dengan kuku

a)

Bagai dakwak dengan kertas

b)

bagai cincin dengan permata

c)

bagai aur dengan tebing

d)

Bagai beliung dengan asahan

38.

Pilih peribahasa yang sesuai untuk sifat patriotik

a)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

Malas berdayung, perahu hanyut

c)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri , lebih baik di negeri sendiri

d)

Alah bisa tegal biasa

39.

Berbelanja mengikut kemampuan sendiri

a)

Besar periuk, besarlah keraknya

b)

Hanya jauhari mengenal manikam

c)

Ukur baju di badan sendiri

d)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

40.

Peribahasa yang sesuai untuk maksud usaha

a)

Usaha tangga kejayaan

b)

Malas berdayung, perahu hanyut

c)

Buang yang keruh, ambil yang jernih

d)

Belakang parang kalau diasah, lagikan tajam

41.

Apakah maksud peribahasa berkerat rotan berpatah arang?

a)

Pergaduhan antara adik beradik lama-lama menjadi baik semula

b)

Pergaduhan yang tidak mungkin akan dapat dipulihkan

c)

Orang yang bodoh jika diajar memang susah menjadi pandai

d)

Orang yang keras kepala tidak akan menerima cadangan

42.

Peribahasa alah membeli, menang memakai membawa maksud ...

a)

Biarlah miskin, yang penting bergaya

b)

Orang yang berusaha pasti akan dapat membeli barang yang dicari

c)

Membeli barang tidak sesuai dengan kemampuan

d)

Tidak mengapa harga mahal asalkan tahan lama

43.

Kusut di hujung balik ke pangkal


Peribahasa di atas membawa maksud ...

a)

Apabila berdepan dengan masalah, sesuaikanlah diri

b)

Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya

c)

Tiada jawapan yang tepat

44.

Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya.

a)

Bagai kacang lupakan kulit

b)

Menconteng arang ke muka

c)

Bagai menatang minyak yang penuh

d)

Bagai ulat lupakan daun

45.

Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih sayang akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

a)

Bagai telur di hujung tanduk

b)

Bagai embun di hujung rumput

c)

Sedangkan lidah lagi tergigit

d)

Tiada jawapan yang tepat

46.

Nenek Suzana tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah

kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

47.

Setelah penat berlatih, mereka berehat seketika untuk _______.

a)

makan angin

b)

makan suap

c)

ambil angin

d)

ambil hati

48.

Walaupun suaranya sumbang, dia __________ hati hendak jadi penyanyi.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

isi hati

d)

ambil hati

49.

Salim dan adiknya selalu bergaduh, mereka ______________.

a)

bagai api dalam sekam

b)

bagai gunting dalam lipatan

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

bagai anjing menyalak bukit

50.

Kedudukan Encik Tarmizi di syarikat itu _________ kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan.

a)

seperti duri dalam daging

b)

seperti nyawa-nyawa ikan

c)

seperti abu atas tunggul

d)

seperti retak menanti belah

51.

Kedudukan Encik Tarmizi di syarikat itu _________ kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan.

a)

seperti duri dalam daging

b)

seperti nyawa-nyawa ikan

c)

seperti abu atas tunggul

d)

seperti retak menanti belah

52.

Kaki Zamri sakit kerana dia _____ berjalan di padang.

a)

kaki kanan

b)

kaki judi

c)

kaki ayam

d)

langkah bendul

53.

Ayah Cindy selalu pulang lewat dalam keadaan mabuk kerana dia _____.

a)

langkah kiri

b)

langkah seribu

c)

kaki botol

d)

kaki judi

54.

Pada minggu lepas, kami sekeluarga _____ ke Melaka.

a)

makan diri

b)

naik angin

c)

naik kepala

d)

makan angin

55.

Dina _____ kerana dia tidak boleh tahan dengan cuaca panas.

a)

raja sendiri

b)

Puteri Lilin

c)

panas baran

d)

rambang mata