Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Badan Eksekutif - Pengajian Am Semester 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen.


Pernyataan di atas membawa maksud

a)

semua anggota Parlimen mesti mematuhi arahan Kabinet

b)

semua anggota Kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan Kabinet

c)

semua anggota Kabinet secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen

d)

semua anggota Kabinet mesti menghadirkan diri di Parlimen

2.

Antara yang berikut, yang manakah anggota Kabinet?

I Yang di-Pertuan Agong

II Perdana Menteri

III Timbalan-timbalan Menteri

IV Menteri-menteri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Yang manakah tugas Kabinet? (STPM 2014)

a)

Melantik setiausaha politik

b)

Merancang dasar pembangunan negara

c)

Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

4.

*Masalah pendatang tanpa izin di Malaysia melibatkan beberapa kementerian

*Masalah ini memerlukan penyelarasan antara kementerian terlibat

Penyelarasan ini dibuat oleh (STPM 2015)

a)

Majlis Ekonomi Negara

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Keselamatan Negara

d)

Majlis Perundingan Negara

5.

Jika Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, beliau boleh

a)

membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sahaja mengikut budi bicaranya

b)

memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya umum

c)

mengekalkan jawatannya sehingga tempoh Parlimen tamat

d)

meletakkan jawatan bersama-sama menteri Kabinetnya

6.
  • * Merancang program-program pembangunan negara
  • * Merancang projek ekonomi seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun

Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi

a)

Majlis Tindakan Ekonomi Negara

b)

Majlis Perancangan Negara

c)

Majlis Tindakan Negara

d)

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN)

7.
  • * Dipengerusikan oleh Perdana Menteri
  • * Membantu kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN)

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)

d)

Majlis Keselamatan Negara

8.

Antara majlis penyelaras yang berikut, manakah berfungsi untuk menyelaras agensi pentadbiran tertinggi kerajaan Persekutuan ?

I Majlis Kewangan Negara

II Majlis Tanah Negara

III Majlis Keselamatan Negara

IV Majlis Perancang Negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Yang manakah benar tentang Ketua Setiausaha Negara ?

I Setiausaha Kabinet

II Ketua Perkhidmatan Awam

III Saraan ditetapkan oleh Parlimen

IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perkenan Majlis Raja-Raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Yang manakah benar tentang tugas Perdana Menteri ?

I Mengetuai Jemaah Menteri

II Melantik Setiausaha Jemaah Menteri

III Memegang kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan

IV Memohon kepada Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Yang manakah merupakan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam persekutuan?

a)

Ketua kerajaan

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Ketua Setiausaha Kementerian

d)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

12.

Yang manakah antara perkara-perkara berikut merupakan turutan yang betul dalam proses penggubalan Rancangan Lima Tahun Malaysia?

I. Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara mengkaji semua aspek dasar perancangan negara

II. Pengumpulan maklumat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri

III. Rancangan dibentangkan di Parlimen

IV. Rancangan dikemukakan kepada Majlis Perancangan Negara

a)

I, II, III, IV

b)

II, I, III, IV

c)

III, II, IV, I

d)

II, I, IV, III

13.

Semua pernyataan berkaitan Perdana Menteri (PM) di bawah adalah benar KECUALI

a)

PM mestilah seorang anggota Dewan Rakyat

b)

PM ialah ketua eksekutif negara

c)

PM memegang kuasa eksekutif

d)

PM mempengerusikan Kabinet

14.

Badan penggubal dasar tertinggi Kerajaan Persekutuan ialah

a)

Kabinet

b)

Jabatan Perdana Menteri

c)

Kementerian

d)

Jabatan Peguam Negara

15.
  • * Menjalankan tugas-tugas berkaitan politik seorang menteri
  • * Saraannya ditetapkan oleh Kabinet

Pernyataan di atas merujuk kepada jawatan

a)

Setiausaha Kabinet

b)

Setiausaha Kementerian

c)

Setiausaha Politik

d)

Setiausaha Parlimen