Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CTU 263 - Pengenalan Pengurusan Islam

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Sebagai umat Islam, pengurusan perlu mengikut acuan Islam. Mengapakah perkara ini penting?

a)

Supaya umat Islam tidak leka dengan dunia.

b)

Islam merupakan cara hidup yang sempurna.

c)

Ajaran Islam mampu menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

d)

Kerana Malaysia merupakan negara Islam.

2.

Apakah perbezaan antara Pengurusan dan Pentadbiran?

a)

Pengurusan melibatkan perancangan. Pentadbiran melibatkan pelaksanaan.

b)

Pengurusan melibatkan pelaksanaan. Pentadbiran melibatkan perancangan.

c)

Pengurusan melibatkan membuat keputusan. Pentadbiran tidak melibatkan membuat keputusan.

d)

Pentadbiran bertanggungjawab membuat keputusan. Pengurusan tidak membuat keputusan.

3.

Manusia merancang, Allah SWT juga merancang. Namun,________.

a)

Perancangan manusia lebih baik.

b)

Perancangan bersama lebih baik.

c)

Tidak merancang lebih baik.

d)

Perancangan Allah SWT lebih baik.

4.

Objektif utama pengurusan Islam adalah untuk

a)

Mengeksplotasi sumber alam semaksimum mungkin.

b)

Menyelesaikan masalah yang dihadapi organisasi.

c)

Mencari keredhaan Allah dan mewujudkan komuniti Muslim yang sejati.

d)

Membuat keputusan yang selari dengan prinsip Islam.

5.

Satu-satunya sumber ilmu pengurusan Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Komunikasi penting dalam organisasi. Apakah suruhan Allah dalam al-Quran yang menjadi asas utama bagi menjamin komunikasi lebih berkesan?

a)

Janganlah kamu mengumpat orang lain.

b)

Dosa memfitnah adalah lebih besar daripada membunuh.

c)

Jika kamu diberikan salam, jawablah dengan jawapan yang lebih baik atau dengan cara yang sama.

d)

Hendaklah kamu melakukan syura bersama-sama untuk menentukan keputusan.

7.

Membantu memudahkan urusan orang lain merupakan salah satu teras utama dalam pengurusan Islam. Konsep ini berkait rapat dengan melakukan ihsan sesama insan.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Hierarki keutamaan dalam ilmu pengurusan Islam mengikut susunan yang betul adalah:

a)

Dharuriyyat - Tahsiniyyat - Hajiyyat

b)

Tahsiniyyat - Hajiyyat - Dharuriyyat

c)

Dharuriyyat - Hajiyyat - Tahsiniyyat

d)

Hajiyyat - Dharuriyyat - Tahsiniyyat

9.

Matlamat sesebuah organisasi perlu selari dengan objektif Syarak. Apakah maksud kenyataan ini?

a)

Matlamat tidak menghalalkan cara.

b)

Matlamat sesebuah organisasi tidak boleh berlawanan dengan prinsip Islam.

c)

Sebarang keputusan perlu bertanya orang yang mahir ilmu agama.

d)

Hala tuju sesebuah organisasi perlu jelas.

10.

Di antara ciri-ciri khusus pengurusan Islam adalah:

a)

Menghubungkan dengan Allah, manusia dan alam.

b)

Mensasarkan matlamat jangkamasa pendek.

c)

Mengutamakan kepentingan sendiri melebihi orang lain.

d)

Sentiasa melakukan syura sebelum membuat keputusan.