WorksheetsTamadun Islam dan Sumbangannya
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam digelar masyarakat Jahiliah. Apakah maksud Zaman Jahiliah?
I Tidak mempunyai nabi
II Kemusnahan alam sekitar
III Kemerosotan perdagangan
IV Tiada kitab suci sebagai petunjuk
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Senarai berikut tentang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.
- Hidup secara nomad
- Memelihara binatang ternakan
Apakah kaum yang dimaksudkan?
Badwi
Hadhari
Mozarab
Muhajirin
Nilai moral masyarakat Arab Jahiliah berada pada tahapyang sangat rendah. Pernyataan ini dapat dikaitkan dengan amalan
tidak menyembah tuhan
tidak mempunyai ilmu pengetahuan
mengamalkan riba, zina, dan berjudi
memuja alam seperti pokok dan matahari
Apakah kesan penurunan wahyu kedua, surah al-Muddasir kepada nabi Muhammad SAW?
Menyebarkan Islam secara rahsia
Mementingkan amalan membaca
Melakukan penghijrahan ke Madinah
Menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?
Membuka wilayah baharu
Memerangi golongan murtad
Membahagikan wilayah Islam
Menjalin hubungan dengan Rom
Pilih urutan yang betul tentang zaman kerajaan Islam
Umaiyah-Abbasyiah- Turki Uthmaniyah
Abbasyiah - Turki Uthmaniyah - Umaiyah
Umaiyah - Turki Uthmaniyah - Abbasyiah
Turki Uthmaniyah - Umaiyah - Abbasyiah
Peristiwa yang menandakan titik permulaan Tamadun Islam...
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah
pengambilan semula kota Makkah daripada masyarakat Arab Quraisy
penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira'
Dakwah Islam dilakukan dalam dua peringkat iaitu:
I. secara rahsia
II. secara terang-terangan
III. secara penghijrahan ke Madinah
IV. secara utusan ke Rom, Parsi, Mesir dan Habsyah
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah kepentingan wahyu pertama yang diturunkan pada 610M?
Penyebaran Islam secara terbuka
Pembukaan semula kota Makkah
Berakhirnya sistem kabilah
Bermulanya Tamadun Islam
Nabi Muhammad s.a.w memulakan dakwah secara terang-terangan kepada kaum keluarganya dengan mengadakan pertemuan di
Gua Hiraq
Bukit Safa
Madinah
kota Makkah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., pemerintahannya diteruskan oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Apakah gelaran yang diberikan kepada mereka
Bani Umaiyah
Bani Abbasiyah
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Khulafa al-Rasyidin
Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah membawa rahmat kepada seluruh alam terutama dalam membawa perubahan kepada masyarakat Arab dari apa?
Akhlak
Akidah
Sopan Santun
Syariah
Siapakah nama ayahanda Nabi Muhammad SAW?
Ali bin Muttalib
Muhammad Faiz
Abdullah bin Abdul Muttalib
Siapakah nama ibu baginda?
Aisyah
Aminah binti Wahab
Dayang
Farhana
Dimanakah Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu pertama?
Gua Hira'
Gua Terang Bulan
Gua Niah
