Font size
WorksheetsSEJARAH B6T1 Yunani
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Polis merupakan gabungan TIGA komponen iaitu
bandar utama
bandar kecil
kawasan kampung
kawasan pertanian
Acropolis merupakan lokasi yang paling strategik dan dilengkapi dengan ... (PILIH 3)
istana
akademi tentera
bangunan kerajaan
rumah golongan bangsawan
Apakah peranan agora dalam kehidupan masyarakat Yunani?
Rumah bangsawan
Pusat komunikasi
Pusat pertemuan
Rumah persendirian
Antara berikut, yang manakah kawasan polis yang paling ramai penduduk?
Olympia
Athens
Corinth
Sparta
Apakah tanggapan masyarakat terhadap binaan polis di Yunani?
Tanah yang subur
Tanah yang suci
Tanah yang luas
Tanah yang didiami
Masyarakat Tamadun Yunani menganggap setiap negara kota merupakan tanah suci yang dikurniakan Dewa. Apakah kesan daripada anggapan tersebut?
Sistem pentadbiran sering berubah
Penduduk terlibat dalam urusan pentadbiran
Hubungan antara warganegara makin renggang
Rakyat bersatu padu untuk mempertahankan negara kota
Pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa.
Tirani
Oligarki
Monarki
Aristokrasi
Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan.
Tirani
Oligarki
Monarki
Aristokrasi
Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian.
Tirani
Oligarki
Demokrasi
Aristokrasi
Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat.
Tirani
Oligarki
Demokrasi
Aristokrasi
Sistem pemerintahan beraja yang berasaskan keturunan. Raja dibantu oleh Konsul yang terdiri daripada golongan bijak pandai.
Tirani
Monariki
Demokrasi
Aristokrasi
Sebelum sistem demokrasi diamalkan, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani. Mengapakah berlaku perubahan tersebut?
Mengurangkan kuasa rakyat
Mengelakkan perang saudara
Memantapkan sistem pemerintahan
Menghapuskan pemerintahan tradisional
Apakah ciri persamaan antara sistem demokrasi yang diamalkan oleh Athens dan Malaysia?
Rakyat memilih ketua negara
Raja merupakan ketua kerajaan
Raja memerintah secara mutlak
Rakyat terlibat dalam pemerintahan
Apakah DUA syarat yang mesti dipenuhi untuk menjadi anggota Dewan Perhimpunan di Athens?
Lelaki
Ahli Majlis
Gagah berani
Warganegara Athens
Apakah DUA fungsi Dewan Perhimpunan di Athens?
Menggubal undang-undang
Membincangkan hal kewangan
Melaksanakan dasar-dasar kerajaan
Memberi nasihat kepada raja
Di Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500. Apakah peranan Majlis?
Melantik ahli Dewan Perhimpunan
Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan
Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan
Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
# Melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan
# Menguruskan hal ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya
Juri
Majlis
Majistret
Dewan Perhimpunan
Apakah polis yang mempunyai kawasan yang paling luas?
Athens
Corinth
Sparta
Olympia
Di Athens, sebanyak 10 orang telah dilantik dalam Badan Majistret. Siapakah mereka?
Hakim
Jeneral tentera
Golongan tirani
Ahli Majlis
Apakah bentuk pentadbiran yang dilaksanakan oleh negara kota Sparta?
Monarki
Ketenteraan
Demokrasi
Oligarki
Apakah badan yang bertanggungjawab mengisytiharkan deklarasi peperangan?
Badan Perhimpunan
Badan Majistret
Badan Majlis
Badan Juri
Apakah badan yang bertanggungjawab menerima duta dari negara asing bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak?
Badan Perhimpunan
Badan Majistret
Badan Majlis
Badan Juri
Apakah peranan Prytany semasa kegemilangan Tamadun Yunani?
Mengendalikan jabatan kerajaan
Memutuskan sesuatu kes
Menguruskan pendidikan
Mengutip cukai
Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang. Apakah tanggungjawab badan tersebut?
Menggubal undang-undang
Menguruskan pentadbiran
Melaksanakan segala dasar negara
Menguruskan hal berkaitan dengan keadilan
Apakah ciri demokrasi yang diamalkan di Indonesia, Malaysia dan Britain?
Raja menggubal undang-undang
Rakyat memilih pemimpin
Negara diketuai oleh Perdana Menteri
Anggota Dewan Rakyat dilantik oleh ketua negara
Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors. Apakah peranan ephors?
Mengetuai pentadbiran
Menggubal undang-undang
Memajukan ekonomi negara
Mengawal kuasa mutlak raja
Di Sparta, anak lelaki diberi latihan tentera dari kecil. Mengapakah kerajaan Sparta mengambil langkah tersebut?
Melatih rakyat mentaati pemerintahan
Memastikan kehidupan rakyat sihat dan cergas
Menyediakan rakyat untuk menakluk negara lain
Memastikan rakyat mampu mempertahankan negara
Kaum wanita di Sparta menjalani latihan fizikal dan diajar berlari serta bertinju. Mengapakah mereka perlu berbuat demikian?
Membina jati diri
Mempertahankan negara
Menjaga maruah keluarga
Mengelakkan ancaman kaum lelaki
Antara berikut, apakah DUA perkara yang dipelajari oleh kaum wanita di Sparta?
Menari
Memasak
Bercerita
Bertinju
Apakah DUA nilai murni yang boleh dicontohi daripada masyarakat Sparta demi Malaysia yang cemerlang?
Berdisiplin
Bertoleransi
Hemah tinggi
Taat setia
