NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2012
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1. Gambar 1 berkaitan dengan Kod Undang-Undang Hammurabi.
Apakah prinsip undang-undang tersebut?
Mengutamakan konsep permuafakatan
Berasaskan sistem kepercayaan tempatan
Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Hukman yang sama untuk semua golongan
2. Bandar berikut wujud pada zaman tamadun Indus
Apakah persamaan bandar tersebut?
Pusat perdagangan
Pusat penterjemahan
Pusat ketenteraan
Pusat pertanian
3. Jadual 1 menunjukkan perubahan sisitem pemerintahan dalam tamadun Rom.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Penaklukan oleh orang Gasar
Pemberontakan golongan Patrician
Pertembungan dengan tamadun luar
Peningkatan ekonomi penduduk
4. Gambar 2 menunjukkan tokoh tamadun awal dunia.
Apakah sumbangan mereka?
Memperkenalkan pemerintahan demokrasi
Menyeragamkan undang-undang
Mengasaskan sistem empayar
Mengamalkan kepimpinan melalui teladan
5. Unsur mitos merupakan elemen penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Apakah kepentingan unsur tersebut?
Memperkukuhkan kedudukan pemerintah
Mendaulatkan sistem perundangan
Mengiktiraf golongan pendeta
Mengekalkan warisan tradisi
6. Dalam sistem pentadbiran kerajaan Srivijaya, terdapat jawatan datu.
Apakah persamaan datu dalam sistem pentadbiran tersebut?
Ketua agama
Pentadbir daerah
Pemerintah tentera
Pencatat salasiah raja
7. Jadual 2 berkaitan dengan sejarah awal perkembangan Islam di Makkah.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Zaman Jahiliah berakhir
Pelbagai kaum bersatu
Negara bangsa diasaskan
Sistem khalifah dilaksanakan
8. Jadual 3 berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Semenanjung Tanah Arab.
Jadual 3
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
Tentera Quraisy menyerah kalah
Sistem pertahanan Quraisy lemah
Pihak Quraisy mencabuli isi perjanjian
Kaum Quraisy menbunuh orang Islam
9. Abdullah bin Arqat membantu Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah.
Apakah bentuk bantuan yang diberikan?
Mengawal keselamatan
Menjadi petunjuk jalan
Menyiasat pergerakan musuh
Membekal barang keperluan
10. Jadual 4 berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Quraisy
Makkah.
Apakah faktor kemenangan tentera Islam dalam peperangan tersebut?
Peralatan yang canggih
Bilangan tentera ramai
Bantuan luar diperolehi
Strategi perang mantap
11. Sistem wazarah telah diperkenalkan oleh kerajan Bani Umaaiyah.
Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?
Urus setia menguruskan rekod kewangan
Wazir dilantik mengetuai pentadbiran
Pelbagai jabatan kerajaan ditubuhkan
Ulama dilantik menjadi pentadbir
12. Bagaimanakah khalifah dilantik pada zaman pemerintan kerajaan Bani Umaiyah?
Pemilihan dilakukan oleh ulama
Mengamalkan sisem pewarisan
Melalui perundingan Majlis Syura
Berdasarkan wasiat khalifah terdahulu
13. Jadual 5 berkaitan dengan pengislaman pemerintahan di Asia Tenggara.
Mengapakah para ulama mengislamkan golongan raja?
Menyekat pengaruh agama lain
Menguasai bidang pentadbiran
Mendapatkan anugerah raja
Mempengaruhi rakyat jelata
14. Pedagang Islam memainkan peranan penting menyebarkan islam pada peringkat
awal kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Bagaimanakah mereka dapat melaksanakan peranan tersebut?
Menghasilkan karya
Menerajui pentadbiran
Membuka perkampungan
Mendirikan pusat pendidikan
15. Karya berikut mempunyai pengaruh terhadap rakyat kesultanan Melayu Melaka.
Apakah pengaruh karya tersebut?
Memperluaskan ilmu pengetahuan
Mewujudkan golongan intelek
Memantapkan sisem perundangan
Meningkatkan semangat perjuangan
16. Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan.
Apakah perubahan tersebut?
I Institusi kesultanan diperkenalkan
II Islam dijadikan asas perundangan
III Pembesar dilantik secara musyawarah
IV Sistem beraja berkuasa mutlak tamat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
17. Jadual 6 berkaitan dengan tokoh di Eropah pada abad ke-15.
Penyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut?
Penerokaan kawasan timur
Pembukaan pelabuhan baru
Peperangan sesama mazhab
Perebutan tahta pemerintahan
18. Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman Kemuncak Pertengahan.
Apakah faktor kemunculan golongn tersebut?
Kehadiran orang Gasar
Kelahiran golongan Baron
Pengukuhan institusi parlimen
Pembukan bandar-bandar besar
19. Apakah sumbangan Henry N. Ridley terhadap perusahaan getah?
Memberi subsidi baja
Membawa masuk imigran luar
Mengagih benih secara percuma
Memajak tanah peribumi untuk penanaman
20. Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan kta tersebut terhadap orang Melayu?
Taraf hidup meningkat
Meneroka penempatan baru
Kekal dengan pertanian tradisional
Membayar cukai yang tinggi
21. British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
Tanah peribumi dirampas
Pemimpin kehilangan kuasa
Pengaruh golongan agama merosot
Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
22. Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?
Meningkatkan ekonomi
Mewujudkan jurang ekonomi
Menghapuskan cukai pertanian
Menyediakan peluang pekerjaan
23. Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada
abad ke-19?
Bahan mentah banyak
Tenaga mahir ramai
Tanah subur
Pasaran luas
24. Jadual 7 menerangkan novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di
Tanah Melayu.
Jadual 7
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut??
Mencintai tanah air
Menghargi warisan bangsa
Kebebasan kaum wanita
Perpaduan antara kaum
25. Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.
Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?
Mengutamakan pemimpin
Memelihara warisan tradisi
Berani mengkritik penjajah
Bekerjasama dengan kaum imigran
26. Rajah 1 berkaitan dengan ciri sesuatu bangsa. Apakah X?
Persamaan falsafah hidup
Persamaan warna kulit
Persamaan adat resam
Persamaan kepercayaan
27. Rajah 2 menunjukkan Negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal
abad ke-20.
Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut?
Kumpulan etnik
Sistem demokrasi
Kedudukan geografi
Kekayaan hasil bumi
28. Rajah 3 berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.
Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut?
Perkembangan ekonomi luar Bandar
Pengukuhan kuasa pembesar tempatan
Pengurangan jumlah penduduk peribumi
Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas
29. Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuian dengan
Piagam Atlanik 1945?
Mengadakan rundingan dengan AMCJA- PUTERA
Membentuk Jawatankuasa Perundingan Kerjasama Kaum
Menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Mengekalkan kedudukan Negeri-Negeri Bersekutu
30. Pada tahun 1951, Dato, Onn bin Jaafar mencadangkan agar keahlian UMNO
dibuka kepada orang bukan Melayu.
Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
Memantapkan pentadbiran kerajaan
Memgiktiraf peranan kaum imigran
Memperkuat organisasi parti
Memperkukuh perpaduan
31. Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Melalui permohonan
II Kuatkuasa undang-undang
III Perkenan Raja-Raja Melayu
IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri
I dan II
I dan IV
II dn III
III dan IV
32. Mengapakah Parti Barisan Rakyat bimbang kemenangan Barisan Sosialis dalam
pilihanraya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961?
I Menggugat proses kemerdekaan
II Memecahbelahkan perpaduan kaum
III Membantutkan perkembangan ekonomi
IV Melemahkan kepimpinan Lee Kuan Yew
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
33. Apakah tujuan penubuhan Parti Perikatan di Sarawak pada tahun 1962?
Membasmi ancaman komunis
Menyokong gagasan Malaysia
Menentang Persekutuan Borneo
Memajukan kehidupan peribumi
34. Apakah peranaan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan
Malaysia?
Memujuk Singapura menyerti persekutuan
Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan
Melaksanakan sistem birokrasi Barat
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
35. Antara yang berikut, yang manakah lambang negara Malaysia?
I Wau
II Keris
III Jata Negara
IV Lagu Kebangsaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
36. Gambar 3 adalah bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebangsaan bangsa dan
rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan bendera tersebut kerana ia adalah
lambang
Keagungan
Kegigihan
Kemajuan
Kedaulatan
37. Gambar 4 menunjukkan Buku Merah yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dalam Rancangan Malaya Kedua.
Mengapakah buku tersebut diperkenalkan
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
Memantau pengurusan kewangan negara
Menetapkan sistem pentadbiran kerajaan
Mengawal mutu perkidmatan kerajaan
38. Dasar berikut memberi sumbangan ke arah mencapai Wawasan 2020. Apakah sumbangan dasar tersebut?
Mewujudkan integrasi kaum
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Menjamin kecemerlangan negara
Membina masyarakat berdaya saing
39. Peta 1 menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia.
Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut?
Membangunkan wilayah pembangunan baru
Mewujudkan keseimbangan ekonomi
Merancakkan perkembangan perindustrian
Membentuk masyarakat yang bermaklumat
40. Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ), Malaysia telah
memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
Apakah sumbangan tersebut?
I Menentang dasar aparteid
II Menghantar pasukan pemerhati
III Membebaskan negara yang dijajah
IV Menyarankan pembentukan tentera pelbagai negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
