wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA

Total questions: 60

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi Kata Sendi Nama

( ...dari.....)

a)

Tempat

b)

Perbuatan

c)

Arah

d)

Masa

2.

Apakah fungsi Kata Sendi Nama

(... pada....)

a)

Masa

b)

Arah

c)

Tempat bagi perbuatan

d)

merujuk manusia atau haiwan juka didahului perkataan ada

3.

Betulkan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:


Kebanyakan individu di zaman ini mementingkan diri sendiri.

a)

era zaman

b)

pada zaman

c)

dari zaman

d)

daripada zaman

4.

Pilih 2 perkataan yang tergolong dalam kata pemeri

a)

Boleh

b)

Ialah

c)

Adalah

d)

Sangat

5.

Pilih ayat yang betul untuk kata sendi Kepada

a)

Dia memberikan hadiah kepada adiknya

b)

Beg itu dibawa dari bas kepada rumah

c)

Ali bertolak dari Kuala Lumpur kepada kedah semalam

d)

Alif menolak rakannya kepada lantai

6.

Pilih ayat yang betul untuk Kata sendi

( Pada )

a)

Adik meletakkan bukunya pada atas meja

b)

Abang menyerahkan bungkusan itu pada kakak

c)

Pada masa yang lalu,negara kita pernah dijajah

d)

Gambar itu digantung pada dinding

7.

Pilih ayat yang betul untuk kata sendi

( pada )

a)

Kecurian itu dilaporkan pada polis

b)

Kepercayaan pada bomoh masih tebal

c)

Resit bayaran itu ada pada setiausaha saya

d)

Dia membahagikan tanah itu pada enam lot

8.

Pilih 3 ayat yang betul untuk kata sendi nama

( pada )

a)

Kelas itu bermula pada pukul 9 pagi

b)

Sifat ganas ada pada singa

c)

Pada siapakah hadiah itu akan dihantar?

d)

Gambar itu dilekat pada buku

9.

Betulkan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:


Ahmad menunggu isterinya selama satu setengah jam iaitu daripada pukul 5.00 petang hingga pukul 6.30 petang

a)

satu setengah jam - satu jam setengah

daripada - dari

b)

satu setengah jam -setengah satu jam

daripada - pada

10.

Pilih ayat yang menggunakan Kata Pemeri yang betul

a)

Pegawai itu adalah bapa saya

b)

Kenyataan saksi itu adalah benar

c)

Adalah dimaklumkan bahawa esok sekolah akan ditutup

d)

Antara faktor kemalangan adalah sikap pemandu sendiri

11.

Betulkan kesalahan ejaan yang berhuruf condong dalam ayat berikut.


Abang saya menghidap selsema sejak minggu lepas

(a)  

12.

Betulkan kesalahan tatabahasa yang berhuruf condong dalam ayat berikut


Masalah sosial di kalangan remaja sukar ditangani

(a)  

13.

Betulkan kesalahan tatabahasa yang berhuruf condong dalam ayat berikut:


Semua pelajar-pelajar yang ponteng sekolah dipanggil oleh pengetua

(a)  

14.

Betulkan kesalahan imbuhan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:


Rakyat Malaysia perlu pengamalan norma baharu untuk membendung pandemik Covid-19

(a)  

15.

Betulkan kesalahan imbuhan yang berhuruf condong dalam ayat berikut:


Encik Karim telah menghadiahkan isterinya sebentuk cincin

(a)  

16.

tuliskan ejaan yang betul.


kolestrol

(a)  

17.

tuliskan ejaan yang betul.


jurukur

(a)  

18.

tuliskan ejaan yang betul.


mengenalpasti

(a)  

19.

Pilih 2 ayat yang betul daripada ayat di bawah

a)

Pengerusi sedang membincangkan hal-hal lain

b)

Saya suka membeli goreng cempedak di kedai Ali

c)

Leftenan Adnan seorang yang sungguh amat berani

d)

Alif lebih tinggi dari Ahmad

20.

Pilih ayat yang betul

a)

Mak cik Fatimah memasak nasi

b)

ibu memasak air

c)

Kakak menanak ubi

d)

Abang menjerang air

21.

Pilih 2 ayat yang menggunakan kata bilangan yang betul

a)

Kedua pihak bergaduh untuk mendapat hak penjagaan anak

b)

Beribu kotak bantuan makanan di hantar ke Syiria

c)

Setengah-setengah pelajar tidak gemar membaca

d)

Beberapa orang pegawai PPD datang ke sekolah

22.

Apakah jenis kata bagi perkataan berikut:


sangat,amat,paling, sungguh

(a)  

23.

Pilih 2 ayat yang menggunakan kata penguat yang betul

a)

Ali dan Ahmad pelajar yang sungguh rajin sekali

b)

Razif pelajar yang paling rendah sekali di kelasnya

c)

Roslan ialah pelajar yang terpandai sekali dalam kelasnya

d)

Pramugari itu sungguh amat cantik apabila berbaju kebaya

24.

pilih penggunaan kata hubung yang betul

a)

Rashid tidak hadir ke sekolah bahawa dia demam panas

b)

Fatin rajin berusaha demi untuk berjaya dalam pelajaran

c)

PKPB dilaksanakan untuk membendung pandemik Covid-19

d)

Alif dan Akram membuat kerja rumah kerana mendengar radio

25.

Betulkan kesalahan ejaan berikut.


sillatulrahim

(a)  

26.

Betulkan kesalahan ejaan berikut.


antiIsrael

(a)  

27.

Yang manakah ayat yang tidak mempunyai kesalahan ejaan?

a)

Kakak menunggu adik di stesyen bas

b)

Dia makan tengahari bersama rakannya

c)

Nabil menaiki kereta api untuk ke tempat kerja

d)

Pihak IKS harus menjual barangan kraf tangan secara komersil

28.

Pilih 2 ayat yang mengandungi imbuhan yang betul

a)

Cikgu Rahman sedang belajar mata pelajaran sains kepada Akram

b)

Adik saya menyertai pertandingan bola sepak peringkat sekolah

c)

Halim telah mengutusi surat kepada ibunya

d)

Fatimah telah membeli rumah teres 2 tingkat yang mahal itu.

29.

Pilih 2 ayat yang menggunakan Kata Ganti Nama yang betul

a)

Tan Sri Muhyidin telah dipilih menjadi Perdana menteri kerana beliau seorang yang berdedikasi.

b)

Pencuri itu telah ditangkap, namun beliau berjaya melarikan diri

c)

Raja tidak dapat berangkat ke majlis itu kerana baginda gering

d)

"Kami semua perlu berusaha untuk memenangi pertandingan ini." kata Kapten kepada pasukannya

30.

2 ayat di bawah menggunakan kata bilangan yang salah

a)

Tiap pelajar perlu mengambil suhu sebelum masuk ke kelas

b)

Beberapa orang pelajar telah membantu guru mengemaskan kelas

c)

Adam telah minum 2 cawan setengah air kelapa

d)

Tiga lembu disembelih semalam

31.

Pilih 2 ayat yang menggunakan penjodoh bilangan yang betul.

a)

Cikgu Hanim membawa sebuah payung ketika berjalan kaki ke sekolah

b)

Ayah membeli sejambak bunga untuk dihadiahkan kepada ibu

c)

Ibu saya membeli seutas jam tangan yang mahal harganya

d)

Segugus burung terbang ke arah utara Korea sewaktu musim sejuk

32.

Pilih 2 ayat yang menggunakan kata nafi yang betul berdasarkan ayat berikut

a)

Budak itu tidak adik saya

b)

Budak itu bukan adik saya

c)

Wanita itu tidak cantik

d)

Wanita itu bukan cantik

33.

Betulkan kesalahan ejaan berikut


pro-aktif

(a)  

34.

Betulkan ayat pasif berikut:


Buku itu cikgu Fatimah semak

(a)  

35.

Betulkan ayat pasif berikut:


Surat perjanjian itu ditandatangani oleh kami

(a)  

36.

Tukarkan ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa.


Telah dinaikkan pangkat wanita yang baru bertugas itu.

(a)  

37.

Kenal pasti satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:


Nurul terpaksa membuang semua lauk-pauk semalam kerana telah tengik

a)

semua lauk-pauk

b)

terpaksa

c)

membuang

d)

tengik

38.

Kenal pasti satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa berdasarkan ayat berikut:


"Pilihan raya akan diadakan pada bila masa yang sesuai." Kata Perdana Menteri dalam satu majlis akhbar semalam

a)

diadakan

b)

bila

c)

majlis

d)

Pilihan raya

39.

Apakah pola ayat bagi ayat di bawah


Pegawai tentera itu akan menggilap kasut kulitnya setiap hari

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN + FA

d)

FN+FSN

40.

Apakah pola ayat bagi ayat di bawah


Lelaki yang berjaket kulit itu sangat kacak sekali

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FSN

41.

Apakah pola ayat bagi ayat di bawah


Semua pengetua sekolah daerah Klang ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk bermesyuarat.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FSN

42.

Apakah pola ayat bagi ayat di bawah:


Ahli politik yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri itu ialah Tan Sri Muhyidin bin Yasin.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FSN

43.

Apakah jenis ayat bagi ayat di bawah.


"Aduh, sakitnya kaki saya ini!" kata Aiman

a)

Ayat tanya

b)

Ayat penyata

c)

Ayat seru

d)

Ayat perintah

44.

Apakah jenis ayat bagi ayat di bawah.


Siapakah yang hadir dalam mesyuarat itu?

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seru

c)

Ayat tanya

d)

Ayat perintah

45.

Gabungkan ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk


Aliya pergi ke kedai di simpang jalan.

Afiqah pergi ke kedai di simpang jalan

(a)  

46.

kenal pasti 2 kata majmuk daripada ayat berikut:


Syafiq sering mengulang kaji mata pelajaran matematik supaya dia mudah menjawab dalam peperiksaan.

a)

mengulang kaji

b)

mata pelajaran

c)

mudah menjawab

d)

dalam peperiksaan

47.

Pilih 2 ayat yang betul daripada perkataan terkenal untuk menjelaskan maknanya

a)

Abang saya terkenal setelah menjuarai program Pencetus Ummah

b)

Alif terkenal dengan seorang wanita yang baru ditemuinya

c)

Penyanyi yang terkenal itu telah mencipta lagu baharu

d)

Saya sangat terkenal Farah yang suka berbohong itu

48.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


istirehat

(a)  

49.

Pilih ayat tanya yang sesuai untuk ayat yang berhuruf condong berikut.


Kumar gagal dalam peperiksaan penggal kerana dia tidak fokus semasa belajar

a)

Siapakah yang gagal dalam peperiksaan penggal?

b)

Apakah peperiksaan yang diduduki oleh Kumar?

c)

Mengapakah Kumar gagal dalam peperiksaan penggal?

d)

Bila Kumar gagal dalam peperiksaan?

50.

Kenal pasti 2 nama Am berdasarkan ayat berikut.


Buah betik yang manis itu telah dieksport ke luar negara

a)

buah betik

b)

negara

c)

manis

d)

luar

51.

Antara pelajar-pelajar yang datang ke sekolah itu ialah pelajar daripada sekolah berhampiran.

a)

Antara pelajar-pelajar (x) - Antara pelajar (/)

Daripada (x) - dari (/)

b)

Antara pelajar-pelajar (x) - pelajar (/)

daripada (x) - pada (/)

52.

Ibu tidak membenarkan saya menonton television sehingga lewat malam.

a)

television

b)

televisyen

c)

televisien

53.

Kadang-kala ibu memarahi kakak walaupun bukan kakak yang melakukan kesalahan.

a)

kadang kala

b)

kadang-kala

c)

kadangkala

54.

Pilih ejaan yang betul

a)

kebanyakkan

b)

Dailog

c)

anti-dadah

d)

motosikal

55.

pilih ejaan yang betul

a)

matapelajaran

b)

penambah baikan

c)

temu janji

d)

tanggungjawab

56.

Berbagai warna

a)

Pelbagai warna

b)

berbagai warna-warna

c)

berbagai-bagai warna-warna

57.

Apakah kata Ganti Nama untuk Raja jika sedang bertitah

a)

"Beta berharap rakyat dapat mengamalkan norma baharu".

b)

"Baginda berharap rakyat dapat mengamalkan norma baharu"

c)

"Patik berharap rakyat dapat mengamalkan norma baharu"

d)

"Hamba berharap rakyat dapat mengamalkan norma baharu"

58.

Bilik itu dilengkapi ............... supaya tetamu lebih selesa

a)

penghawa dingin

b)

pengudara dingin

c)

pendingin udara

59.

Pilih perkataan kata majmuk yang dieja dengan betul

a)

gambar rajah

b)

juru gambar

c)

cendera mata

d)

temu duga

60.

pilih ejaan yang betul

a)

ibubapa

b)

dirumah

c)

efisien

d)

temu bual