WorksheetsKata Ganda Berentak
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Terdapat _______________ di muka Azam akibat dicakar oleh kucingnya.
calar-balar
kusut-masai
gerak-geri
lekak-lekuk
Stadium itu gamat dengan _______________ penyokong pasukan bola masing-masing.
dentam-dentum
huru-hara
kelam-kabut
sorak-sorai
Rambut pengemis itu _________________.
kusut-masai
tunggang-langgang
herot-berot
pindah-randah
Ibu menghidangkan ________________ tradisional kepada tetamu.
ulang-alik
huyung-hayang
pontang-panting
kuih-muih
Para guru menghias pentas dewan sekolah dengan kain ber_______________ sempena sambutan Majlis Persaraan Guru Besar.
herot-berot
punah-ranah
warna-warni
haru-biru
Jalan ke rumah Ah Meng itu penuh dengan __________________.
simpang-siur
tunggang-langgang
kontang-kanting
gelap-gelita
Dewan orang ramai itu menjadi ___________________ apabila bekalan elektrik terputus.
terang-benderang
segar-bugar
gilang-gemilang
gelap-gelita
Perasaan Linda _________________ sejak gagal dalam peperiksaan akhir tahun.
gundah-gulana
sedu-sedan
huyung-hayang
lelak-lekuk
Muka kanak-kanak itu menjadi _____________ setelah bermain dengan warna krayon.
comot-momot
compang-camping
kering-kontang
calar-balar
