WorksheetsBahasa Istana
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
“Mengapakah ___________ bersedih”? tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.
tuan hamba
beta
hamba
patik
“_________ akan menurut perintah tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan
Patik
Baginda
Hamba
Beta
“Izinkan __________ menumpang di rumah tuan hamba,” kata lelaki tua itu kepada Panglima Hitam
patik
hamba
beta
tuanku
Sultan Terengganu akan menghadiri majlis itu. _________ akan diiringi oleh Menteri Besar Terengganu.
Beta
Tuanku
Baginda
Patik
“________ berjanji akan membangunkan kawasan ini,” titah Sultan Sulaiman.
Baginda
Hamba
Beta
Patik
“Bilakah __________ akan berjumpa dengan duta dati negara itu? tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
beta
tuan hamba
tuanku
hamba
Baginda Sultan Perak telah _________ ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja - raja Melayu.
beradu
bertitah
berkenan
berangkat
Baginda telah __________ untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Putrajaya esok.
berkenan
bersiram
bersemayam
bertitah
Baginda akan ________ di Istana Kayangan mulai tahun 2020.
beradu
bersantap
bersemayam
berangkat
Raja akan _________ sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.
gering
murka
masyghul
mangkat
“Permaisuri sedang ________ bersama tuanku.” kata dayang kepada Laksamana.
bersiram
bersiar
bersantap
berlari
“Beta ingin ______ sekarang kerana hari sudah lewat malam,” titah Sultan Ahmad kepada Datuk Bendahara.
bersantap
beradu
bersemayam
bersiram
Sultan Muzzafar yang mangkat itu akan _________ dengan penuh adat istiadat diraja.
dikuburkan
dikebumikan
disemadikan
dimakamkan
Raja Jaffar berasa badannya melekit setelah pulang berburu. Justeru, baginda perlu ________.
beradu
bersiram
bersantap
bersemayam
Yang Di-Pertuan Agong telah _________ untuk merasmikan Majlis Tilawah Al - Quran Peringkat Kebangsaan.
merafak sembah
mencemar duli
memohon perkenan
menjunjung kasih
