WorksheetsLatihan Imbuhan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Para nelayan sanggup mengharungi ________________ demi mencari rezeki untuk keluarga mereka.
selaut
pelaut
melaut
lautan
Raja dan Leong ditugaskan untuk ________________ Jalur Gemilang pada setiap pagi Isnin.
menaiki
dinaiki
dinaikkan
menaikkan
Syahmi terpilih menjadi ____________ sekolah kerana dia aktif bersukan.
wartawan
olahragawan
dermawan
sukarelawan
Segala permintaan ibunya, akan _______________ oleh Ahmad kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.
memenuhkan
memenuhi
dipenuhi
dipenuhkan
_______________ yang diberikan oleh petinju itu tepat mengenai muka lawannya.
Penumbuk
Tumbukan
Bertumbuk
Tertumbuk
Segala kemudahan di taman rekreasi itu mengalami ___________________ akibat angin kencang malam tadi.
perosakan
dirosakkan
kerosakan
merosakkan
_________________ harga bahan api membimbangkan banyak pihak.
Dinaiki
Kenaikan
Menaiki
Menaikkan
Hasil __________________ songket Pahang yang halus sering menarik minat pelancong asing untuk membelinya.
menenun
penenun
ditenun
tenunan
Sang Semut _________________ terima kasih kepada kawannya, Si Merpati kerana telah menyelamatkannya.
diucapkan
mengucapkan
ucapan
pengucapan
Penternak itu dapat menikmati _________________ hidup setelah sekian lama bekerja.
kesenangan
disenangi
menyenangi
menyenangkan
