wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN: BHGN A)

Total questions: 30

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

________ mesti menjaga kebersihan kelas agar dapat belajar dalam keadaan selesa.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Beliau

d)

Engkau

2.

“Maafkan saya kerana menyusahkan ________,” kata Joshua kepada kawan-kawannya.

a)

Anda

b)

Awak

c)

Kamu

d)

Kalian

3.

Datuk Doktor Sheikh Muszaphar Shukor ________ sebagai angkasawan pertama Malaysia.

a)

Dikenali

b)

Kenalan

c)

Terkenal

d)

Mengenali

4.

Tahap ________ sivik dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita masih rendah.

a)

Tersedar

b)

Kesedaran

c)

Disedarkan

d)

Menyedarkan

5.

Albert dan Siew Wei menebang se ________ buluh di belakang rumahnya untuk membuat layang-layang.

a)

ruas

b)

pucuk

c)

berkas

d)

batang

6.

Mesyuarat koperasi itu menjadi ________ apabila sebahagian anggotanya bertikam lidah.

a)

Tenat

b)

Kusut

c)

Bising

d)

Hangat

7.

Saya mengalami ________ nafas kerana keadaan cuaca yang berjerebu pada petang ini.

a)

Siksa

b)

Sesak

c)

Sebak

d)

Susah

8.

Sebuah monorel sedang ________ menuju ke Hentian Jalan Tuanku Abdul Rahman.

a)

Meluru

b)

Melibas

c)

Meluncur

d)

Memusing

9.

Kami terpegun melihat pekerja di ladang teh itu ________ daun-daun teh dengan pantas.

a)

Memetik

b)

Menebas

c)

Memotong

d)

Mencantas

10.

Adik Manisah tidak tahu sama ada hendak makan kuetiau goreng ________ mi goreng.

a)

Lagipun

b)

Biarpun

c)

Ataupun

d)

Mahupun

11.

“________ menyimpan duit tunai di rumah ________ kamu menyimpannya di bank,” nasihat Farish kepada kawannya.

a)

Dari ... lebih baik

b)

Daripada ... lebih baik

c)

Biarpun ... sudah tentu

d)

Sungguhpun ... sudah tentu

12.

Laporan itu ________ pencerobohan hutan yang berlaku di Hutan Simpan Rompin.

a)

Akan

b)

Pada

c)

Tentang

d)

Daripada

13.

“Kebanyakan kuih tradisional masyarakat Melayu diperbuat ________ tepung beras,” kata Chef Adu.

a)

Dari

b)

Antara

c)

Dengan

d)

Daripada

14.

Ibu berasa pening ketika melalui jalan yang ________ dari Tapah ke Cameron Highlands.

a)

licin-licau

b)

lekak-lekuk

c)

lintang-pukang

d)

bengkang-bengkok

15.

Semasa kegawatan ekonomi yang melanda dunia, banyak orang yang hilang ________ kerana diberhentikan kerja.

a)

gaji pokok

b)

batu loncatan

c)

mata pencarian

d)

ayam tambatan

16.

Walaupun Sufiza tergolong dalam golongan orang kurang upaya tetapi ________nya membuat labu sayung sangat halus.

a)

air tangan

b)

kerja tangan

c)

buah tangan

d)

campur tangan

17.

Pak Cik Wahid sedang menanam beberapa ________ anak padi di sawahnya.

a)

Gemal

b)

Pokok

c)

Batang

d)

Rumpun

18.

Dalam Persatuan Bahasa Melayu, Nurul Nadiah memegang jawatan sebagai ________.

a)

Sukarela

b)

Setiausaha

c)

Suruhanjaya

d)

Warganegara

19.

Sekolah Kebangsaan Taman Jaya baru sahaja mengadakan majlis ________ dengan ibu bapa dan penjaga murid.

a)

atur cara

b)

temu ramah

c)

ramah mesra

d)

sidang akhbar

20.

Bantuan pakaian dan makanan itu akan disalurkan kepada mangsa ribut di Kuala Perlis.


Perkataan seerti bagi disalurkan ialah

a)

Didermakan

b)

Dihantarkan

c)

Disedekahkan

d)

Disumbangkan

21.

Nurliyana dan adiknya membantu ibu mereka mengasingkan telur ayam mengikut saiz dan gred yang telah ditentukan.


Perkataan berlawan bagi mengasingkan ialah

a)

Menguli

b)

Mengacau

c)

menyisihkan

d)

Menggaulkan

22.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Para pesawah memetik hasil padi mereka dengan gembira.

II. Norhan turut memetik kata-kata Sasterawan Negara yang terkenal itu.

III. Haikal memetik kecapi sambil menyanyikan lagu “Budi Bahasa Amalan Kita”.

IV. Siti Hamidah memetik minatnya dalam seni lukis semenjak dia di bangku sekolah.

a)

I dan III sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

II dan IV sahaja

d)

III dan IV sahaja

23.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Mazlan mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Serdang.

II. Encik Zaim membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya.

III. Banyak faedah yang kita peroleh jika kita mengamalkan sikap suka menabung.

IV. Dia menggunakan faedah yang mudah untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

24.

Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek belia kampung kita itu?


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas.

a)

Laporan projek belia kampung kita itu amat sukar disiapkan.

b)

Laporan projek belia kampung kita itu akan saya hantar sebentar lagi.

c)

Ya, saya telah menyiapkan laporan projek belia kampung kita itu petang semalam.

d)

Ya, saya akan menyiapkan laporan projek kampung kita itu kepada persatuan belia.

25.

Saya serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak semula.


Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

a)

Di manakah Cikgu Farhana letakkan buku karangan itu?

b)

Bilakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana?

c)

Siapakah yang mengambil buku karangan itu daripada Cikgu Farhana?

d)

Mengapakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana?

26.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Album baharu artis wanita terkenal itu akan dipasarkan sebelum Disember 2009.

a)

Sebelum Disember 2009, album baharu terkenal artis wanita itu akan dipasarkan.

b)

Sebelum Disember 2009, album artis baharu wanita terkenal itu akan dipasarkan.

c)

Sebelum Disember 2009, album baharu artis wanita terkenal itu akan dipasarkan.

d)

Sebelum Disember 2009, album artis baharu wanita terkenal itu akan dipasarkan.

27.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


“Jemputlah ke majlis hari lahir saya pada minggu hadapan,” kata Yatie kepada Suzie.

a)

Yatie mempelawa Suzie ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.

b)

Yatie merayu Suzie agar datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.

c)

Yatie meminta Suzie bertandang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.

d)

Yatie mengarahkan Suzie datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.

28.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pemandu bas itu menafikan dia memotong garisan berkembar.

b)

Kami sampai di kawasan rehat dan rawat itu lebih awal dari mereka.

c)

Siapakah yang gemar membuang sampah sarap di dalam sungai tersebut?

d)

Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukan.

29.

Pilih ayat yang betul.


I. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.

II. Satu rampasan terbesar minyak disel dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi.

III. Kamus ekabahasa yang baharu itu dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

IV. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

30.

Pilih ayat yang betul.


I. Oleh kerana dia berkelulusan tinggi, dia diterima bekerja di syarikat itu.

II. Jalan raya itu sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya.

III. Semua jejentik itu mati bila ayah membubuh racun ke dalam takungan air itu.

IV. Saya mempunyai banyak kenalan yang tinggal di taman perumahan mewah itu.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja