Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

Total questions: 25

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

SURAT KIRIMAN RASMI DITULIS UNTUK TUJUAN ?

a)

MEMOHON PEKERJAAN

b)

MEMBUAT ADUAN / RAYUAN

c)

MEMINTA KEBENARAN

d)

MENCERITAKAN PENGALAMAN

2.

SURAT KIRIMAN RASMI PERLU MEMPUNYAI ALAMAT PENGIRIM _____________ ALAMAT PENERIMA.

a)

ATAU

b)

DAN

c)

DI

d)

KE

3.

Apakah yang perlu diletakkan murid antara alamat pengirim dan alamat penerima?

a)

perenggan

b)

garisan

c)

noktah

d)

tidak ada apa-apa

4.

Berikut merupakan panggilan hormat yang paling tepat digunakan dalam surat kiriman rasmi

a)

Encik

b)

Puan

c)

Boss

d)

Tuan

5.

Antara yang berikut , yang manakah cara menulis tajuk surat kiriman rasmi dengan betul?

a)

Aduan Bau Busuk yang Berpunca daripada Kilang Memproses Makanan

b)

Aduan bau busuk yang berpunca daripada kilang memproses makanan

c)

Aduan Bau Busuk Yang Berpunca Daripada Kilang Memproses Makanan

d)

ADUAN BAU BUSUK YANG BERPUNCA DARIPADA KILANG MEMPROSES MAKANAN

6.

Setelah menulis tujuan menulis surat , murid perlu meletakkan ______________ di bawah tajuk.

a)

sempang

b)

garisan

c)

titik

d)

kurungan

7.

Untuk tajuk surat kiriman rasmi , murid perlu menggunakan huruf besar bagi setiap huruf pertama perkataan kecuali

a)

kata sendi nama

b)

kata nama khas

c)

kata kerja

d)

kata hubung

8.

Merujuk perkara di atas , __________ mewakili penduduk Taman Sri Andalas ingin mengadu tentang masalah bau busuk yang berpunca daripada kilang memproses makanan yang terletak berhampiran dengan kawasan taman.

a)

aku

b)

kami

c)

saya

d)

kita

9.

Kilang yang didaftarkan atas nama Nice Frozen Food itu telah beroperasi __________ 6 bulan yang lalu.

a)

sejak

b)

pada

c)

hingga

d)

apabila

10.

2.Masalah bau busuk menyebabkan penduduk taman berasa kurang __________.

a)

baik

b)

faham

c)

ajar

d)

selesa

11.

Pihak kilang mengambil langkah mudah dengan membuang air sisa ___________ ke dalam sungai yang menyebabkan ikan - ikan mati akibat pencemaran air.

a)

proses

b)

memproses

c)

pemprosesan

d)

diproses

12.

3.Bau busuk juga berpunca daripada sisa pemprosesan makanan yang ______________ di kawasan belakang kilang menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk tersebut setiap hari.

a)

dilonggokkan

b)

berselerakan

c)

bertempiaran

d)

disusun

e)

diletakkan

13.

Keadaan seumpama ini membuatkan kami berasa tidak selesa dan berasa bimbang akan berlakunya ___________ wabak penyakit.

a)

penularan

b)

petularan

c)

viral

d)

tular

14.

Bak kata pepatah , " berat mata memandang , ___________________.

a)

ringan lagi mengangkat.

b)

berat lagi bahu yang memikul

c)

lenguh lagi bahu menggalas

d)

berat hati melihat.

15.

4.Untuk pengetahuan pihak tuan , ahli jawatankuasa taman telah pun menemui dan berbincang dengan pemilik kilang berkenaan beberapa kali , _________ sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil olehnya.

a)

masih

b)

namun

c)

biarpun

d)

dan

16.

Usaha kami selaku ahli jawatankuasa taman langsung tidak diendahkan bagai ________________________.

a)

mencurah garam ke lautan

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

menegakkan benang yang basah

d)

melukut di tepi gantang

17.

Kami berharap agar pihak tuan akan mengambil tindakan _________ untuk mengatasi masalah ini .

a)

laju

b)

proaktif

c)

segera

d)

demi

18.

Jika tindakan tidak diambil , kemungkinan besar penduduk taman akan dijangkiti penyakit berbahaya. Semoga tindakan yang ________ terhadap pemilik kilang segera diambil oleh pihak berkuasa.

a)

tegas

b)

garang

c)

marah

d)

kuat

19.

Kerjasama _______ pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian , terima kasih.

a)

dari

b)

daripada

c)

oleh

d)

dengan

20.

Jika anda menulis surat kiriman rasmi untuk tujuan peribadi , gunakan _______________.

a)

Yang Benar,

b)

Yang Menurut Perintah,

c)

Yang Menjalankan Tugas ,

d)

Yang Ikhlas ,

21.

Namun begitu, jika anda menulis surat kiriman rasmi bagi pihak organisasi pula , gunakan _______________.

a)

Yang menurut perintah

b)

Yang benar

c)

Yang menjalankan tugas

d)

Yang ikhlas

22.

Nama pengirim atau penulis surat selepas tandatangan perlu ditulis seperti di bawah

a)

Ahmad bin Abu

b)

AHMAD BIN ABU

c)

(Ahmad bin Abu)

d)

(AHMAD BIN ABU)

23.

Berikut merupakan jawatankuasa yang sepatutnya bertanggungjawab menulis surat ini iaitu

a)

Pengerusi Jawatankuasa Taman Sri Andalas

b)

Setiausaha Jawatankuasa Taman Sri Andalas

c)

Bendahari Jawatankuasa Taman Sri Andalas

d)

Ahli Jawatankuasa Taman Sri Andalas

24.

Di manakah perlu diletakkan tarikh surat kiriman rasmi ditulis?

a)

di atas bersebelahan alamat penerima surat

b)

di bawah bawah bersebelahan dengan tandatangan pengirim

25.

Alamat penulis / pengirim dan alamat penerima perlu ditulis di sebelah ______________.

a)

kanan surat

b)

kiri surat