wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Sejarah Bab 7 Tingkatan 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Perubahan dalam perkembangan Tamadun India berlaku selepas Tanadun Indus berakhir. Pusat perkembangan Tamadun India adalah

a)

Lembah Godaveri

b)

Lembah Mahanadi

c)

Lembah Ganges

d)

Lembah Indus

2.

Apakah faktor perluasan kuasa ketika zaman Dinasti Nanda?

a)

Mempunyai 1,000 tentera berkuda

b)

Mempunyai 3,000 tentera memanah

c)

Mempunyai 2,000 tentera bergajah

d)

Mempunyai 200,000 tentera berjalan kaki

3.

Maklumat berikut berkaitan perluasan kuasa Tamadun India.


"Perluasan kuasa pada mulanya dilakukan secara fizikal. Tetapi berubah kepada keagamaan"


Mengapakah kerajaan dalam Tamadun India menjalankan perluasan kuasa? Sila pilih 2 jawapan di bawah.

a)

Kegiatan perdagangan

b)

Dasar pemerintahan

c)

Kewangan

d)

Kekuatan kerajaan

4.

Senarai berikut adalah dinasti yang menjalankan perluasan kuasa.


  • Dinasti Nanda
  • Dinasti Maurya
  • Dinasti Gupta


Apakah yang menyebabkan dinasti tersebut berjaya membentuk sebuah empayar yang luas?

a)

Kekuatan ketenteraan

b)

Bantuan dari negara luar

c)

Bantuan kewangan dari negara luar

d)

Kegunaan senjata yang moden

5.

Apakah fungsi Pataliputra dalam Dinasti Nanda?

a)

Pusat pemerintah

b)

Pusat ekonomi

c)

Tempat tinggal Raja

d)

Pusat kebudayaan

6.

Apakah yang ditekankan oleh pemerintah ketika zaman Gupta yang berkaitan agama Hindu?

a)

Akhlak

b)

Seni Bina

c)

Seni Ukir

d)

Ibadah

7.

Apakah tujuan Asoka membina tiang tersebut?

a)

Menakutkan musuh

b)

Menunjukkan kekuasaan

c)

Simbol sesebuah tamadun

d)

Mengukuhkan pembinaan negara

8.

Sumbangan Maharaja Shi Huangdi kepada Tamadun China adalah_____________ dan _______________.

a)

menyatukan China

b)

memperkenalkan peperiksaan awam

c)

memperkenalkan sistem barter

d)

menyeragamkan sistem tulisan

9.

Siapakah yang mengasaskan Dinasti Han?

a)

Maharaja Gaozu

b)

Maharaja Han Fei Zu

c)

Maharaja Dowager

d)

Maharaja Shi Huangdi

10.

"Konfusius merupakan ahli falsafah yang terkenal dalam Tamdun China."


Apakah karyanya yang terkenal?

a)

Analects

b)

Zhong Yong

c)

Shiji

d)

Da Xue

11.

Maklumat berikut berkaitan pemerintahan Dinasti Qin.


"Xianyang"


Apakah fungsi lokasi tersebut?

a)

Pusat Kerajaan

b)

Pusat Kebudayaan

c)

Ibu Kerajaan

d)

Tempat tinggal maharaja

12.

Apakah keistimewaan yang diperoleh oleh seseorang yang lulus peperiksaan awam tahap kedua?

a)

Menjadi kakitangan kerajaan peringkat rendah

b)

Dilantik sebagai pemimpin

c)

Menjadi ketua pengiring maharaja

d)

Mempunyai kakitangan pengiring

13.

"Laluan Sutera ialah laluan perdagangan daratan dari China ke empayar Rom."


Laluan Sutera telah diteroka semasa__________.

a)

Dinasti Han

b)

Dinasti Shang

c)

Dinasti Qin

d)

Dinasti Zhou

14.

Mengapakah lulus dalam peperiksaan awam merupakan matlamat utama pendidikan seseorang anak lelaki di China?

a)

Mendapat tanah

b)

Berpeluang menjadi pembesar

c)

Namanya dicatat dalam buku suci

d)

Menerima tajaan daripada penduduk kampung

15.

"Han Fie Zhi menekankan pendidikan yang melibatkan pemahaman perundangan melibatkan pemahaman perundangan."


Apakah keutamaan pendidikan tersebut?

a)

Mematuhi undang-undang

b)

Ketegasan undang-undang bagi mengawal tingkah laku

c)

Toleransi dalam masyarakat

d)

Pemahaman undang-undang