Font size
WorksheetsUnit 12 : Remaja Berhemah Harapan Negara
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri remaja berhemah?
Gigih berusaha
Berilmu pengetahuan
Bersemangat patriotik
Berakhlak mulia
Mempunyai wang yang banyak
Berikut merupakan ciri-ciri remaja berhemah yang berilmu pengetahuan, KECUALI
Berdaya saing
Sentiasa meniru jawapan rakan
Mempersiapkan diri dengan teknologi terkini
Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran
'Bersifat amanah dan jujur' merupakan ciri-ciri remaja yang berhemah dari aspek ......
Gigih berusaha
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bersemangat patriotik
Dato Nicol David merupakan seorang pemain squash negara yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Yang manakah ciri remaja berhemah yang terdapat beliau?
Gigih berusaha
Berilmu pengetahuan
Bersikap adil
Patuh pada ajaran agama
Apakah kepentingan remaja berhemah terhadap imej negara?
Menjatuhkan imej negara
Ditertawa oleh masyarakat luar
Dipandang mulia dan disegani oleh orang lain
Masyarakat luar akan takut untuk melawat Malaysia
Yang manakah antara berikut merupakan kepentingan menjadi remaja berhemah.
Mempunyai jati diri dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif
Dapat menjadi jutawan dan bersikap sombong dengan orang yang miskin.
Dapat membantu memajukan negara dengan ilmu dan kemahiran yang ada
Dapat memperkukukan perpaduan negara dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
Jenny memakai seluar pendek dan berbaju tanpa lengan semasa hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PT3.
Adakah Jenny menunjukkan ciri remaja yang berhemah?
Ya
Tidak
Remaja yang berhemah mestilah sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan.
Benar
Salah
Remaja berhemah bersikap jujur dan ikhlas apabila membantu orang lain.
Betul
Salah
Untuk menjadi remaja berhemah, kita mestilah sedia berkorban untuk negara.
Nilai manakah yang mempunyai kaitan dengan pernyataan di atas?
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bersemangat patriotik
Patuh pada ajaran agama
Sebagai seorang remaja yang berhemah, kita haruslah pandai mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain.
Betul
Salah
Remaja berhemah haruslah bersikap tegas dengan memaki-hamun rakan yang telah berbuat salah kepada kita.
Betul
Salah
Sebagai seorang remaja yang berhemah, kita haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah.
Benar
Salah
Remaja berhemah sering meninggalkan ajaran agama kerana ajaran agama tiada faedah jika diamalkan.
Betul
Salah
Nyatakan 3 ciri-ciri remaja berhemah yang sering anda amalkan dalam kehidupan seharian anda.
