wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 3

Total questions: 6

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

a)

Ramai-ramai melakukan sesuatu pekerjaan, pasti berjaya

b)

Seseorang yang jahat dan berkelakuan tidak baik akan mendapat balasan

c)

Jika kita berhasrat melakukan sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

d)

Jangan mencuba dan teruskan untuk berada di tahap tersebut

2.

Kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar tidak berbau

a)

Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang jika tidak digunakan dengan betul tidak akan mendatangkan faedah

b)

Kemuliaan seseorang tidak akan hilang jika bergaul dengan semua orang

c)

Jika kita merasakan apa yang dilakukan betul, teruskan mencuba dan jangan pernah mengalah

d)

Seseorang itu dianggap bersalah hingga dibuktikan dia tidak bersalah

3.

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

a)

Jika kita hendak mendapatkan sesuatu, jangan mengalah

b)

Kita perlulah rajin berusaha mengikut situasi barulah kita akan berjaya dan mendapat banyak manfaat

c)

Jangan menganggap sesuatu perkara atau isu sebagai remeh

d)

Jika kita hendak mempelajari sesuatu, kita perlulah belajar daripada orang yang pakar dalam hal tersebut

4.

Bersatu teguh, bercerai roboh

a)

Kita perlulah bersama-sama melalukan sesuatu tetapi jangan bersungguh-sungguh

b)

Jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

c)

Jika kita ingin bekerjasama, cukuplah sekadar meluahkan hasrat dan jangan melakukan pekerjaan tersebut

d)

Kita hendaklah bertekad dan rajin melakukan sesuatu perkara

5.

Enggang lalu ranting patah

a)

Jika seseorang berniat jahat, pasti akan mendapat balasan yang buruk akibat perbuatan tersebut

b)

Seseorang itu hendaklah bersikap baik hati dan sentiasa berkelakuan sopan

c)

seseorang yang dituduh apabila berlaku sesuatu musibah kebetulan yang berada di tempat tersebut.

d)

Jangan menganggap sesuatu yang berlaku merupakan kesalahan diri sendiri

6.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

a)

Kemuliaan orang yang berpangkat tidak akan hilang kerana bergaul dengan orang biasa.

b)

Seseorang yang berkebolehan luar biasa tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun.

c)

Jangan berasa putus asa dan mengalah walaupun gagal.

d)

Jika seseorang yang berwibawa itu bersikap rendah diri, dia akan dihormati.