NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
_______________ basikal Hadi patah kerana dia terlanggar lubang yang besar
Kekuda
Tetupai
Kekisi
Jejari
Fadhil menjemput jiran _____________nya ke kenduri kesyukuran di rumahnya pada malam esok.
tetamu
tetangga
bebalai
lelaki
Bantal ______________ yang sudah leper itu dijemur oleh ibu supaya gebu semula.
kekisi
kekabu
jejari
sesiku
Belakang badan Aiman merah-merah kerana digigit pepijat yang ___________________ di tilamnya.
meraba-raba
merayau-rayau
merayap-rayap
meracau-racau
Selain ______________ dan buah-buahan, kekacang juga mengandungi khasiat yang banyak.
kayu-kayuan
bunga-bungaan
sayur-sayuran
tumbuh-tumbuhan
Encik Zaini gemar makan _______________ daging yang dibuat sendiri oleh isterinya kerana lebih lembut dan sedap.
sesendi
bebola
kekisi
kekuda
Ramai ______________ yang hadir ke majlis perasmian dewan baharu sekolah kami.
tetamu
tetupai
kekisi
bebuli
_____________ yang rosak di makmal komputer itu sudah berganti.
Sesumpah
Tetikus
Bebola
Lelabu
_________________ skru itu sudah berkarat.
Bebuli
Jejari
Bebenang
Sesiku
Setiap hari,murid-murid tahun empat ______________ memberikan makanan kepada dua ekor kekura di taman sains.
bertubi-tubi
berpusu-pusu
bergilir-gilir
bertalu-talu
Puan Maimun menjalankan perniagaan kerepeknya secara ________________.
mudah-mudahan
kudap-kudapan
kecil-kecilan
perlahan-lahan
Wajah Alya _________________ kerana malu diusik oleh abangnya yang nakal itu.
keputih-putihan
keperang-perangan
kekuning-kuningan
kemerah-merahan
Pakaian yang diperagakan semasa pertunjukan fesyen antarabangsa itu _________________ harganya.
tinggi-tinggi
mahal-mahal
mewah-mewah
lagi-lagi
_______________ balak di hutan itu semakin berkurang akibat aktiviti pembalakan haram.
Daun-daun
Bunga-bunga
Pokok-pokok
Batang-batang
Kita harus berfikir _______________ sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal kelak.
mentah-mentah
masak-masak
bulat-bulat
kuat-kuat
Cikgu Fadzlina mengajarkan cara-cara membuat _________________ kepada murid-murid.
alang-alang
kura-kura
layang-layang
manis-manis
"______________nya Cikgu Marlinda ada di perpustakaan tadi," kata Ain kepada Thaqif.
Bila-bila
Rasa-rasa
Rupa-rupa
Awal-awal
Wanita itu memeluk anaknya ______________ kerana terlalu gembira setelah dipertemukan semula.
erat-erat
ketat-ketat
dekat-dekat
padat-padat
Ada ______________ menyatakan bahawa Cikgu Aidil akan berpindah ke sekolah lain pada hujung bulan ini.
oleh-oleh
mata-mata
ura-ura
angan-angan
Selepas makan di kantin, Alfian ______________ akibat keracunan makanan.
pusing-pusing
pulang-pulang
guling-guling
muntah-muntah
