wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SASTERA MELAYU

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Manakah fungsi pantun yang tepat?

a)

Sebagai alat hiburan, lelucon (jenaka), gurauan dan usik-mengusik

b)

Bertemakan nasihat nasihat, kiasan dan adat resam

c)

mempunyai rangkap berasingan yang terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan.

d)

Mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu

2.

Tak tumbuh tak melata,

Tak sungguh orang tak kata.


Apakah maksud pantun di atas?

a)

Setiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian.

b)

Menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang menjadi buah mulut atau perbualan ramai semestinya mempunyai sebab.

c)

Mempunyai pendapat yang berbeza

d)

Seseorang yang membuat baik akan mendapat balasan baik.

3.

Berikut adalah fungsi seloka, KECUALI...

a)

mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.

b)

menggambarkan masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.

c)

fungsi selokar bergantung kepada isinya seperti menyindir, mengejek dan menempelak seseorang.

d)

mengandungi banyak peribahasa

4.

Banyak orang hanya suka meminta bantu,

memohon pertolongan di sana situ,

Atau berdoa sebilang waktu,

Atau menyusahi ayah dan ibu - jadi kutu,

Sebagai anak kecil yang masih menyusu.


Apakah maksud seloka di atas?

a)

Sindiran kepada orang yang mempunyai impian yang tinggi tetapi tidak mahu berusaha untuk mencapainya.

b)

Orang yang suka meminta-minta dan pemalas tidak akan dapat menjalani kehidupan dengan tenang.

c)

Pengarang menempelak orang yang bersikap malas yang sering meminta-minta bantuan kepada sesiapa sahaja atau berdoa tanpa ingin berusaha.

d)

Pengarang mempersoalkan golongan yang masih mengharapkan bantuan dan pemberian daripada ibu bapa.

5.

Apakah tema sastera epik 'Hang Tuah Diutus ke Siam'?

a)

Melihat kekuatan sesuatu hasil kepengarangan selain tema.

b)

Bertemakan jalinan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang lain.

c)

Kepulangan Laksamana Hang Tuah telah disambut dengan penuh adat kebesaran.

d)

Kesetiaan dan keberanian Hang Tuah yang sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diperintahkan oleh rajanya.

6.

Sangat terkejut baginda mendengar perkhabaran itu lalu menangis menghempas-hempaskan diri sehingga pengsan.


Apakah gaya bahasa yang sesuai untuk ayat di atas?

a)

Hiperbola

b)

Personifikasi

c)

Simile

d)

Diksi

7.

Berikut adalah fungsi sastera panji, KECUALI...

a)

Hiburan

b)

Alat propaganda

c)

Alat pengajaran dan pendidikan moral

d)

Unsur penjelmaan dan inkarnasi

8.

Apakah maksud 'monolog'?

a)

Pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

b)

Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba

c)

Pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian.

d)

Pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot

9.
  • Wirawati
  • Tidak diketahui negeri asalnya
  • Bekerja bertenun kain


Siapakah?

a)

Permaisuri

b)

Raden Puspa Kencana

c)

Sang Nata

d)

Ken Tadahan

10.
  • Di tepi sebuah sungai yang indah, putih pasirnya dan bersih.
  • Di bawah pohon cempaka yang berdekatan dengan pohon angsana.
  • Taman larangan


Di atas ialah latar tempat bagi sastera....

a)

Dahulu kala

b)

Hikayat

c)

Epik

d)

Panji