Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Kemurungan boleh mempengaruhi....

a)

Emosi, sikap dan cara berfikir seseorang

b)

Faktor keturunan

c)

Kerjaya seseorang

d)

Tahap kesihatan,kecergasan dan kepandaian seseorang

2.

2. Individu yang mengalami kemurungan boleh berkongsi masalah dengan...

a)

Guru pendidikan islam

b)

Guru bimbingan kaunseling

c)

Guru pendidikan jasmani

d)

Guru sains

3.

3. Kemurungan ialah satu penyakit psikologi yg melibatkan masalah kesihatan....

a)

Diri

b)

Rohani

c)

Mental

d)

Jasmani

4.

4. Berikut adalah tanda-tanda kemurungan KECUALI....

a)

Kelihatan letih dan kurang bertenaga

b)

Pemikira negatif

c)

Hilang keinginan untuk bersosial

d)

Gembira

5.

5. Tabiat pemakanan yang tidak normal adalah salah satu tanda kemurungan

a)

Betul

b)

Salah

6.

6. Apakah punca-punca kemurungan?

a)

Berjaya dalam peperiksaan

b)

Mendapat pekerjaan

c)

Mangsa penderaan

d)

Sering disayangi keluarga

7.

7. Teknik komunikasi berkesan dapat membantu mengurangkan______ yang dihadapi oleh remaja.

a)

Tekanan

b)

Risiko

c)

Keyakinan

d)

Semangat

8.

8. Cara mengurus kesihatan mental dan emosi ialah...

a)

Tidak bergaul dengan orang lain

b)

Berpegang pada ajaran agama

c)

Bersikap negatif

d)

Tiada keyakinan diri

9.

9. Bersikap________ merupakan salah satu cara berkesan mengatasi kemurungan

a)

Negatif

b)

Tertutup

c)

Positif

d)

Terbuka

10.

10. Seseorang yang hilang anggota badan akan lebih cepat berasa rendah diri,hilang keyakinan dan ___________.

a)

Suka menyendiri

b)

Suka berkawan

c)

Suka berhibur

d)

Suka bersenam

11.

Maksud kemurungan ialah...

a)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah fizikal.

b)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah organ.

c)

satu penyakit psikologi yang melibatkan masalah mental.

12.

Terdapat tujuh jenis kemurungan yang dapat dikenal pasti. Salah satunya adalah...

a)

Verpolar

b)

Tripolar

c)

Bipolar

d)

Dyspolar

13.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kemurungan seperti berikut kecuali..

a)

gagal dalam pelajaran

b)

tiada trauma psikologi atau emosi

c)

masalah keluarga

d)

hilang anggota badan akibat kemalangan atau penyakit

14.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan seramai ......... juta rakyat atau kira - kira 29.2 peratus penduduk yang berusia 16 tahun ke atas mengalamai masalah mental.

a)

13.3

b)

6.9

c)

4.2

d)

1.3

15.

Anda mendapati rakan baharu yang berpindah ke sekolah anda sentiasa berdiam diri semasa berada di dalam kelas dan jarang bergaul dengan orang lain. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi mengetahui masalah dirinya?

a)

Bertegur sapa dengannya semata-mata

b)

Membiarkan sahaja kerana itu adalah personaliti dirinya

c)

Berhadapan dengannya dan mula menyoal siasat

d)

Membantu dirinya dengan menghulurkan salam persahabatan terlebih dahulu

16.

Donald kerap bersikap panas baran di sekolah, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh rakannya hanya melibatkan perkara kecil sahaja. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk membantu Donald mengurangkan sikapnya ini?

a)

Mengasingkan diri daripadanya agar anda tidak dimarah seperti rakan lain

b)

Menyebarkan berita mengenai sikapnya yang panas baran itu supaya orang lain boleh menjaga diri masing - masing

c)

Meminta nasihat dan bantuan daripada guru kaunseling dan guru disiplin

d)

Memarahinya kembali

17.

Anda mendapati terdapat garisan halus umpama bekas dihiris pada pergelangan tangan rakan anda. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apa yang patut anda lakukan?

a)

Memberitahu kepada guru kelas anda mengenainya

b)

Menghiris tangan sama seperti yang dilakukan rakan anda

c)

Memaksa rakan anda menceritakan kejadian itu

d)

Memilih untuk membiarkan sahaja kerana dia memang sukakan perhatian

18.

Setiap kali mendapat hasil keputusan peperiksaan, Vivy akan mengambil tindakan untuk mengoyak kertas peperiksaannya sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat. Adakah Vivy menunjukkan ciri-ciri kemurungan?

a)

Tidak,ini adalah perkara normal

b)

Ya, ini adalah salah satu tanda-tanda kemurungan

19.

Sesetengah orang gemar menyanyi dalam keadaan yang kuat bagi menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam dirinya. Adakah ini salah satu langkah terbaik dalam mengawal emosi?

a)

Tidak, perkara ini adalah tindakan yang sia-sia

b)

Ya, ini adalah salah satu cara untuk mengalirkan emosi

20.

Kamu terbaca luahan hati rakan kamu yang ditulis di atas meja mengenai perasaan cintanya yang ditolak. Kata-kata yang ditulis menunjukkan tanda kemurungan pada rakan kamu. Apakah yang boleh kamu lakukan untuk membantu dirinya?

a)

Mengambil peluang untuk berkenalan dengan orang itu memandangkan dia tidak berminat dengan rakan kamu

b)

Menyiasat hal ini menerusi penerokaan yang kamu buat di media sosial

c)

Menyarankan dirinya agar melakukan perkara yang disukai dan melupakan perkara buruk itu

d)

Mengejek dirinya kerana cintanya ditolak di laman sosial