WorksheetsKUIZ TATABAHASA PKPB
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
1Kaki Pak Senin digigit pacat, darah__________meleleh dikakinya.
cair
putih
pekat
merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi__________kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
3.Buah- buahan tempatan sungguh______________dan berpatutan pula harganya.
kelat
enak
manis
masam
4.Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah__________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
5.Pengawas lelaki itu sering membawa buku__________di dalam poket bajunya.
kecil
tebal
besar
panjang
6.Cuaca malam ini__________kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
sejuk
damai
panas
nyaman
7.Udara di Calet Air Panas,Pengkalan Hulu itu sungguh__________
baik
cergas
nyaman
indah
8.__________sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
Indah
Muram
Kelam
Sayup
9.Pelajar Tahun Enam Waja sangat__________dan hormat kepada guru-guru mereka
baik
malu
takut
patuh
10.Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
pilu
mahu
cemas
gembira
11.Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
12.Penyanyi yang mempunyai suara_______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton
serak
garau
merdu
nyaring
13.Roziah yang ringan mulut itu sungguh _____________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
14.Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
15.Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lekuk
16.Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
pedas
lebam
pedih
panas
17.Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat
luas
senang
sempit
besar
18.Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
menggelupas
menggerutu
melecur
melecet
19.Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
geli
haru
kelam
gundah
20.Keadaan menjadi semakin________kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah.
pelik
gawat
runsing
rencam
