wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Bab 1 Asas Pemikiran Komputasional

Total questions: 30

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah teknik pemikiran komputasional kecuali...

a)

Pengecaman Corak

b)

Leraian

c)

Pengitlakan

d)

Pengekodan

2.
Teknik Leraian ialah memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya masalah mudah difahami dan diselesaikan.
a)
Betul
b)
Salah
3.

Apakah teknik pemikiran komputasional berdasarkan pernyataan ini; "Memilih maklumat yang penting dari masalah yang dikemukakan, mengabaikan butir-butir tertentu yang tidak penting."

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

4.

Dalam masalah penyediaan sandwich, mengenal pasti pola seperti jenis roti, bahan untuk inti dan masa penyediaan adalah berkaitan dengan teknik:

a)

Leraian

b)

Pengecaman Corak

c)

Peniskalaan

d)

Pengitlakan

5.

Apakah teknik pemikiran komputasional berdasarkan pernyataan ini; "Satu cara yang logik untuk menyelesaikan masalah. Jika langkah-langkah yang anda ambil untuk menyelesaikan masalah itu mengikut algoritma, maka langkah-langkah ini boleh digunakan semula dan disesuaikan untuk menyelesaikan masalah yang sama pada masa hadapan."

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

6.
Apakah kepentingan teknik leraian?
a)
Memberikan hasil penyelesaian yang sama bagi beberapa masalah
b)
Masalah yang dipecahkan dapat dianalisa dengan lebih terperinci
c)
Jika terdapat banyak pola sepunya, masalah lebih mudah diselesaikan
d)
Membolehkan kita mereka idea secara umum
7.

Yang manakah antara berikut adalah contoh teknik leraian?

a)

A. Meneka siapakah yang telah menyelesaikan jenayah sebelumnya dengan melihat kepada corak yang pernah terjadi.

b)

B. Menyelesaikan masalah jenayah yang kompleks dengan memecahkan masalah kepada beberapa bahagian seperti bilakah jenayah berlaku dan adakah saksi kejadian.

c)

C. Merujuk kepada jenayah lain yang pernah berlaku.

8.

Apakah yang dimaksudkan pengecaman corak?

a)

memecahkan masalah rumit kepada masalah yang lebih kecil

b)

membina model dari corak

c)

melihat kepada persamaan dan perbezaan dalam masalah yang sama

d)

melihat kepada trend corak yang berulang dalam sesuatu objek

9.

Mengapakah kita perlu melihat corak pengulangan (pengecaman) dalam masalah?

a)

pengecaman corak membolehkan kita untuk menyelesaikan masalah yang rumit

b)

pengecaman corak menyebabkan masalah rumit sukar diselesaikan

c)

kita tidak perlu melihat pengecaman corak

d)

dapat membuat ramalan tentang sesuatu masalah yang berlaku berdasarkan corak yang berulang dan berbeza

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik peniskalaan?

a)

mengabaikan ciri-ciri yang tidak perlu bagi sesuatu unsur dalam satu perkara

b)

satu proses mengenal pasti ciri-ciri yang penting yang dapat membantu menyelesaikan masalah

c)

satu proses mengambil kira semua ciri-ciri yang perlu dalam sesuatu perkara

d)

proses menambahkan ciri-ciri yang berkaitan dalma sesuatu masalah

11.

"Anda perlu menyiapkan 10 soalan matematik yang melibatkan pengiraan luas bagi bentuk polygon yang berbeza." Apakah teknik pemikiran komputasional yang sesuai digunakan berdasarkan situasi ini?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

12.

"Restoran Makanan D'Permai kerap dipenuhi dengan pelanggan setiap kali hujung bulan." Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan untuk menilai situasi tersebut?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

13.

Guru kelas 3 Kenanga perlu merancang satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara. Apakah teknik pemikiran komputasional yang sepatutnya digunakan untuk merancang lawatan tersebut?

a)

Teknik Leraian

b)

Teknik Pengecaman Corak

c)

Teknik Peniskalaan

d)

Teknik Pengitlakan

14.

Antara berikut, manakah penyataan yang menunjukkan mempunyai ciri-ciri pengecaman corak?


i - semua kucing mempunyai empat kaki

ii - semua kereta mempunyai tayar

iii - sesetengah jam mempunyai penggera

iv - rumah teres mempunyai satu tingkat

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

15.

"Hanif mahu menentukan arah mata angin sungai dari rumahnya menggunakan kompas."


Berdasarkan pernyataan di atas, aspek manakah yang boleh diabaikan oleh Hanif?

a)

jarum kompas mestilah berada pada arah utara

b)

jenama kompas yang ingin digunakan

c)

kedudukan kompas mestilah jauh daripada besi atau magnet

d)

kompas mestilah diletakkan di tempat yang rata

16.

Apabila melukis gambar seekor kucing, ciri-ciri apakah yang perlu diabaikan?

a)

Kucing berlari dengan pantas.

b)

Kucing mempunyai kaki.

c)

Kucing mempunyai hidung.

d)

Warna bulu kucing.

17.
Dengan menggunakan Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition), selesaikan soalan dalam gambar rajah.
a)
C
b)
B
c)
D
d)
A
18.

Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-

Hafiz sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan menggaris isi penting sahaja.

a)

Teknik Leraian (Decomposition)

b)

Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)

c)

Teknik Peniskalaan (Abstraction)

d)

Teknik Pengitlakan (Generalisation)

19.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-
Komputer polis boleh mengesan penjenayah dengan menggunakan sistem yang mengenal pasti cap jari.
a)
Teknik Leraian (Decomposition)
b)
Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
c)
Teknik Peniskalaan (Abstraction)
d)
Teknik Pengitlakan (Generalisation)
20.

Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-

Kelas 3 Anggerik hendak merancang membeli barang bagi majlis perpisahan guru kelas mereka.

a)

Teknik Leraian (Decomposition)

b)

Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)

c)

Teknik Peniskalaan (Abstraction)

d)

Teknik Pengitlakan (Generalisation)

21.

Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-

Dalam satu soalan matematik berkaitan pecahan, Hanan memecahkan soalan kepada beberapa langkah sebelum menyelesaikannya.

a)

Teknik Leraian (Decomposition)

b)

Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)

c)

Teknik Peniskalaan (Abstraction)

d)

Teknik Pengitlakan (Generalisation)

22.

Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-

Cikgu Hazwani memberikan tugas melabel bahagian-bahagian pokok.

a)

Teknik Leraian (Decomposition)

b)

Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)

c)

Teknik Peniskalaan (Abstraction)

d)

Teknik Pengitlakan (Generalisation)

23.

Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang sesuai untuk pernyataan berikut:-

Semasa melukis peta, bentuk muka bumi yang penting sahaja ditunjukkan.

a)

Teknik Leraian (Decomposition)

b)

Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition)

c)

Teknik Peniskalaan (Abstraction)

d)

Teknik Pengitlakan (Generalisation)

24.

Antara berikut, manakah aspek penting dalam membuat kek?


I -- Bahan-bahan membuat kek

II --Bentuk bekas adunan kek

III --Jenama ketuhar yang digunakan

IV --Masa untuk membakar kek

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Teknik ________ melibatkan pembinaan model berbentuk formula, teknik, peraturan dan langkah-langkah bagi masalah yang diselesaikan.

a)

pengitlakan

b)

pengecaman corak

c)

peniskalaan

d)

leraian

26.

Q6. Tandakan tiga (√ ) bagi contoh pemikiran komputasional.

a)

Meminta kebenaran ibu bapa untuk pergi ke kedai.

b)

Merancang perjalanan yang paling pendek untuk ke sekolah.

c)

Merancang cara-cara membuat sandwic.

d)

Membahagikan jadual tugas pelajar untuk membersihkan kelas.

27.

Q7. Tandakan (√ ) bagi aspek penting dalam membuat kek.

a)

Tempoh kek dibakar dalam ketuhar

b)

Bentuk bekas adunan kek yang dibakar

c)

Sukatan bahan kek

28.

Q8. Untuk menghasilkan sehelai seluar, aspek apakah yang kurang penting untuk difikirkan?

a)

Seluar tersebut untuk lelaki atau perempuan

b)

Harga jualan seluar

c)

Warna seluar

d)

Saiz seluar

29.

Maklumat berikut menunjukkan proses pemikiran komputasional. Antara berikut, manakah turutan yang betul ?

a)

P,Q,R,S

b)

Q,P,R,S

c)

S,P,R,Q

d)

R,P,S,Q

30.

Rajah menunjukkan laluan bagi sebuah bas sekolah. Seorang pemandu bas perlu menghantar penumpang di kampung A, B,C, D, E, F dan G tetapi laluan A-B telah ditutup sementara waktu. Antara berikut, laluan manakah yang paling dekat ?

a)

A-C-B-D-E-F-G

b)

A-C-B-F-G-E-D

c)

A-C-D-E-G-F-B

d)

A-C-D-B-F-G-E