Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T3 ULANGKAJI II

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian sejarah menurut beliau ialah?


PILIH DUA JAWAPAN

a)

Peristiwa dunia

b)

Perubahan sifat manusia

c)

Peristiwa yang sudah berlaku

d)

Perkembangan sesebuah masyarakat

2.

Maklumat berikut adalah berkaitan Pentas Sunda di Kepulauan Asia Tenggara.


...Pentas Sunda tunjang kebenuaan di Asia Tenggara dan menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri fizikal dan ketamadunan yang sama….

(sumber; diubah suai dari buku teks Sejarah Tingkatan 1, muka surat 38)


Apakah persamaan ciri ketamadunan tersebut?

a)

Asal usul

b)

Saiz fizikal

c)

Jenis pekerjaan

d)

Cara pemikiran

3.

Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu. Apakah unsur-unsur tersebut?

a)

Bandar dan seni

b)

Lahiriah dan falsafah

c)

Lahiriah dan rohaniah

d)

Bandar dan budaya

4.

Jadual di bawah merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia.


Mesopotamia >>> Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates

Mesir Purba >> Lembah Sungai Nil

Indus >> Lembah Sungai Indus


Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah sungai?


PILIH DUA JAWAPAN

a)

Mempunyai tanah yang subur

b)

Mengekalkan warisan tradisi

c)

Mendapat mandat tuhan

d)

Memudahkan perhubungan

5.

Jadual di bawah merupakan tiga peringkat pendidikan dalam tamadun China..


Rendah > Mengenal dan menghafal tulisan ideogram Menengah > Menulis karangan dan sastera

Tinggi > X


X ialah?

a)

Menterjemah buku suci

b)

Menghafal kitab agama

c)

Mencatat salasilah maharaja

d)

Menulis buku undang-undang

6.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah. Apakah kesan amalan sistem tersebut?

a)

Perang kerap berlaku

b)

Sistem beraja merosot

c)

Pengaruh asing lemah

d)

Semangat assabiah muncul

7.

Senarai berikut berkaitan dengan konsep politik dalam sistem pemerintahan Islam.

 Konsep Ummah

 Syura


Apakah kepentingan amalan konsep tersebut terhadap sesebuah negara? A B C D

a)

Mengembangkan kebudayaan Islam

b)

Mengekalkan amalam adat tradisional

c)

Memperkukuh sistem berkuasa mutlak

d)

Memperkuat ikatan rakyat dengan pemimpin

8.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan hubungan diplomatik kerajaan Alam Melayu dengan China pada abad ke-7?


China <> Srivijaya


Apakah tujuan hubungan tersebut?


PILIH DUA JAWAPAN

a)

Menghantar cap mohor

b)

Menghantar ufti tahunan

c)

Mendapatkan pengiktirafan

d)

Memperkukuhkan perdagangan

9.

Pernyataan berikut merupakan pandangan tokoh tentang konsep Alam Melayu.


Tokoh X

Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga Selatan Thailand


Siapakah Tokoh X? A B C D

a)

Alfred Russel Wallace

b)

Abdul Hadi Haji Hassan

c)

Prof.Dr Ding Choo Ming

d)

Prof. Abdullah Hassan

10.

Gambar berikut adalah candi yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah.


Candi tersebut membuktikan Kerajaan Kedah Tua.. A B C D

a)

Memiliki kekuatan tentera

b)

Menerima ramai pedagang luar

c)

Mempunyai pentadbiran yang cekap

d)

Merupakan pusat perkembangan tamadun

11.

Parameswara telah memilih kawasan di muara Sungai Bertam sebagai tempat untuk membentuk kerajaan. Apakah keistimewaan sungai tersebut?


I Tanah yang subur

II Banyak sumber makanan

III Terlindung angin monsun

IV Bentuk muka bumi berbukau

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Jadual berikut adalah utusan China yang datang ke Melaka pada awal abad ke-15


TAHUN 1403 >> Laksamana Yin Ching

TAHUN 1405 >> Laksamana Zheng He


Apakah kesan jalinan hubungan baik antara Melaka dan China?

a)

Mendapat perlindungan

b)

Meningkatan perdagangan

c)

Memperolehi bahan makanan

d)

Mendapat bantuan ketenteraan

13.

Peperangan di antara Jambi dan Johor telah bermula pada tahun 1670. Apakah kesan peperangan tersebut kepada Johor?

a)

Menjadi jajahan takluk

b)

Meluaskan tanah jajahan

c)

Menguasai laluan perdagangan

d)

Mencetuskan perebutan takhta

14.

Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi kumpulan etnik berikut?


Iban > Menanam padi huma

Melanau > Menangkap ikan


I Kepercayaan

II Adat resam

III Bentuk muka bumi

IV Kawasan penempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara


Mengapakah British bimbang dengan minat Perancis untuk membina terusan di Segenting Kra?

a)

Mengancam perdagangan British

b)

Menggugat perdagangan Amerika

c)

Muncul kuasa besar di Asia Tenggara

d)

Muncul zaman imperialis baru di Siam

16.

Dialog berikut mungkin diucapkan oleh pegawai British pada abad ke-18.


Pegawai British A:

Hubungan perdagangan kita dengan negara China menggalakkan, tetapi kita memerlukan emas, perak, bijih timah, rempah-ratus dan lada hitam untuk di- tukarkan dengan teh.


Pegawai British B:

Masalah ini mesti diselesaikan untuk kepentingan perdagangan kita dengan Negara China


Bagaimanakah British menyelesaikan masalah tersebut?

a)

Menaungi Johor

b)

Menguasai Melaka

c)

Menjajahi Bangkahulu

d)

Menduduki Pulau Pinang

17.

Rajah dibawah menunjukkan perubahan sistem pentabdiran British di Tanah Melayu


Mengapakah British membuat perubahan tersebut?


I Mengukuhkan keselamatan

II Mengembalikan kuasa sultan

III Menghapuskan sistem residen

IV Menyeragamkan pentadbiran


A B C D

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.

Mengapakah pasukan tersebut ditubuhkan?


I Melindungi institusi diraja

II Mengawal perairan negeri

III Mengatasi masalah jenayah

IV Menjaga keselamatan Sultan


A B I dan IV C D

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Jadual berikut menunjukkan dasar pemerintahan Brooke di Sarawak


Melayu > Pentadbiran

Iban > Ketenteraan

Cina > Perlombongan


Apakah kesan daripada dasar tersebut?

a)

Perkembangan dalam bidang pendidikan

b)

Pertambahan penduduk di kawasan luar bandar

c)

Perpaduan antara kaum tidak dapat dilaksanakan

d)

Perkembangan kemudahan asas di kawasan bandar

20.

Peta berikut merupakan peringkat perkembangan pembinaan landasan kereta api pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20.


Apakah tujuan utama pembinaan landasan kereta api oleh kerajaan British? A B C D

a)

Memudahkan pergerakan rakyat

b)

Memenuhi keperluan rakyat Tanah Melayu

c)

Memajukan sistem pengangkutan di Tanah Melayu

d)

Menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan.