wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIZIK SPM: DAYA & GERAKAN

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan sebuah kapal terbang pada ketinggian tertentu pada halaju seragam. Jika tujah ke depan disebabkan oleh enjin sebesar 350 000 N, berapakah daya seretan?

a)

kurang dari 350 000 N

b)

Bersamaan dengan 350 000 N

c)

Melebihi dari 350 000 N

d)

Dua kali ganda

2.

Rajah menunjukkan sebiji bola menghentam muka seorang pemain. Satu daya yang besar bertindak pada muka pemain itu sebab

a)

Bola itu mengalami perubahan jisim apabila menghentam muka pemain

b)

perubahan momentum bola berlaku dalam tempoh masa yang pendek

c)

perubahan momentum bola berlaku dalam tempoh masa yang panjang

d)

sedikit udara terlepas keluar dari bola itu apabila menghentam muka pemain

3.

Rajah menunjukkan dua troli yang sama jisim menuju satu sama lain dengan laju yang sama. Jika perlanggaran di antara troli-troli itu adalah perlanggaran kenyal, apakah yang akan berlaku selepas pelanggaran itu?

a)

troli-troli itu berhenti

b)

troli-troli itu bergerak bersama-sama

c)

troli-troli itu bergerak berasingan dalam arah bertentangan

d)

troli-troli itu bergerak berasingan ke arah kanan

4.

Rajah menunjukkan seorang lelaki mengangkat objek berjisim 10 kg. Berapakah kerja yang dilakukan oleh lelaki itu?

a)

10 J

b)

100 J

c)

1000 J

d)

10000 J

5.

Rajah menunjukkan sebuah roket air yang ringkas. Apabila roket itu dilepaskan dari pelancarnya, jet air dipancut keluar melalui nozel dengan halaju yang tinggi.


Pernyataan manakah yang benar ?

a)

Jumlah momentum awal adalah lebih besar daripada 0 kg ms-1

b)

Jumlah momentum selepas pelancaran adalah sama dengan jumlah momentum sebelum pelancaran

c)

Jumlah momentum sebelum pelancaran adalah separuh daripada jumlah momentum selepas pelancaran

d)

Jumlah momentum selepas pelancaran adalah separuh daripada jumlah momentum sebelum pelancaran

6.

Rajah menunjukkan graf halaju-masa bagi sebuah kereta.


Pada bahagian manakah menunjukkan pecutan kereta itu adalah sifar ?

a)

PQ

b)

PR

c)

QS

d)

ST

7.

Rajah menunjukkan suatu daya seragam 25 N dikenakan ke atas sebuah bongkah.

Blok itu akan bergerak dengan

a)

halaju seragam

b)

pecutan seragam

c)

pecutan bertambah

d)

pecutan berkurang

8.

Rajah menunjukkan kedudukan sebiji botol sebelum dan selepas alas meja disentap.


Konsep fizik manakah menyebabkan botol itu kekal pegun?

a)

Inertia

b)

impuls

c)

momentum

d)

gerakan linear

9.

Rajah menunjukkan seorang budak lelaki mendarat dengan kakinya bengkok dalam kategori lompat jauh.


Kenapa budak membengkokkan kakinya?

a)

Untuk mengurangkan momentum

b)

Untuk menambahkan geseran

c)

Untuk menambahkan masa hentaman

d)

Untuk mengurangkan impuls

10.

Rajah menunjukkan dua biji bola yang serupa, P dan Q, bergerak ke arah satu sama lain dengan halaju v dan 2v masing-masing. Perlanggaran di antara dua biji bola itu adalah perlanggaran kenyal.


Pernyataan manakah yang betul tentang perlanggaran kenyal itu?

a)

Momentum bola P sebelum perlanggaran adalah sama dengan momentum bola Q sebelum perlanggaran.

b)

Jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran.

c)

Tenaga kinetik bola P sebelum perlanggaran adalah sama dengan tenaga kinetik bola Q sebelum perlanggaran

d)

Jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran tidak sama dengan jumlah tenaga kinetik selepas perlanggaran.