wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Topik 4

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia ?


i. Ketua negara dipilih dalam pilihan raya

ii. Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit

iii. Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat

iv. Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

2.

Yang manakah pernyataan benar tentang jawatan Ketua Audit Negara ?

a)

Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen

b)

Saraannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

d)

Pemecatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal

3.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

4.

Yang manakah benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong ?


i. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan

ii. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam

iii. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia

iv. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

5.

Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat ?

a)

Merasmikan perasmian Dewan Rakyat pada setiap penggal

b)

Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri

c)

Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Meluluskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat

6.

Antara berikut, yang manakah benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja ?

a)

Memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah

b)

Memberi persetujuan terhadap perlantikan Perdana Menteri

c)

Memberi persetujuan terhadap perlantikan Yang Dipertua Negeri

d)

Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

7.

Yang manakah yang diselaraskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ?


i. Penggunaan tanah rizab orang Melayu

ii. Perubahan sempadan antara negeri-negeri

iii. Amalan dan upacara agama Islam yang meliputi seluruh Persekutuan

iv. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

8.

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan ?

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ahlu Suruhanjaya

d)

Ketua Hakim Negara

9.

Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia ?

a)

Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat

b)

Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya

c)

Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara

d)

Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

10.

Siapakah Setiausaha Majlis Raja- raja?

a)

Raja Melayu

b)

Perdana Menteri

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Penyimpan Besar Mohor raja raja

11.
Badan-badan utama dalam sistem pentadbiran Malaysia adalah seperti berikut KECUALI
a)
Badan perundangan.
b)
Badan penyelarasan.
c)
Badan kehakiman.
d)
Badan eksekutif.
12.
Yang manakah BENAR berdasarkan gambar di atas.
I. 
Perlantikan ketua negara secara bergilir-gilir dari kalangan raja-raja Melayu.

II.  Segala keputusan dan tindak tanduk kerajaan harus selari dengan Perlembagaan.
III.  Kerajaan pusat merupakan kerajaan berperlembagaan.
IV.  Yang di-Pertuan Agung memiliki kuasa veto.
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
I, II dan III
d)
I, II, III dan IV
13.
Berikut adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali
a)
Ketua Agama Islam
b)
Melantik Perdana Menteri
c)
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
d)
Mentadbir Negara
14.

Antara berikut yang manakah BUKAN tugas YDPA dalam Badan Perundangan?

a)

Mengikut nasihat Perdana Menteri

b)

Memanggil Parlimen untuk bermesyuarat dari semasa ke semasa, boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen.

c)

Berkuasa melantik ahli Dewan Negara yang berjasa kepada negara.

d)

Boleh menangguh rang undang-undang yang digubal selama 30 hari.

e)

Berkuasa memperkenan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

15.

Yang manakah antara berikut benar mengenai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ?


i. Menyediakan laporan kepada Ketua Audit Negara berhubung pengurusan wang awam

ii. Tugasnya memastikan akautibiliti pengurusan awam oleh penjawat awam

iii. Keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil parti politik utama dalam Parlimen

iv. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilantik oleh YDPA

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv