Font size
WorksheetsTanggungjawab sosial
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Pernyataan berikut menunjukkan TANGGUNGJAWAB kecuali...
kewajipan yang dipikul oleh seseorang
tugas atau kerja yang mesti dilakukan oleh seseorang
seorang ayah mencari rezeki buat keluarganya
Siva melanggar lampu isyarat merah semasa pulang ke rumah
Amar mempunyai sifat malas sehingga mengabaikan pelajarannya menyebabkan beliau gagal dalam akademik. Dia harus bertanggungjawab atas kelalaian itu kepada...
diri sendiri
ibu bapa
masyarakat
negara
Bagaimanakah cara seseorang itu menjalankan tanggungjawab kepada tuhan?
[JAWAPAN LEBIH DARIPADA 1]
bersyukur
bertaubat
redha
bersedekah
Apakah kepentingan menjaga maruah diri?
Nama baik dan kehormatan diri terpelihara
Melambangkan kemewahan hidup
Melahirkan masyarakat yang angkuh dan ego
Gejala sosial berlaku dengan meluas
Cara menjaga maruah diri ialah...
mengaibkan orang lain
memakai pakaian yang ketat
bercakap menggunakan bahasa kesat
menjaga tatasusila dalam hubungan sesama manusia
Mengapakah tanggungjawab menjaga kesihatan diri dengan mendapatkan berehat secukupnya amat penting?
Supaya disenangi oleh orang sekeliling
Mengurangkan tekanan dan boleh menenangkan minda
Rutin harian sebagai seorang yang bertanggunggajawab
Mengelakkan tertidur semasa bekerja atau belajar
Kelebihan orang yang bertanggungjawab menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh seperti berikut KECUALI...
dapat berbakti kepada masyarakat dan negara
mendapat kejayaan dan kemajuan dalam hidup
dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat setempat
boleh membezakan antara yang baik dan buruk
[Membantu membuat kerja rumah seperti memasak dan mengemas rumah]
Pernyataan ini merujuk tanggungjawab terhadap...
masyarakat
diri sendiri
keluarga
negara
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai keluarga...
Mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain
Unit kecil daripada daripada masyarakat yang terdiri daripada 2 orang atau lebih
Saling bermusuhan dan membawa haluan hidup masing-masing
Mengambil berat & saling menyayangi antara adik-beradik
Bagaimana cara seseorang anak yang bertanggungjawab menghormati ibu bapanya?
Bertutur menggunakan bahasa yang kasar
Meminta duit yang berlebihan walaupun ibu bapa dalam kesusahan
Menyenangkan hati & melakukan segala permintaan mereka
Memukul serta menghina apabila berlaku perselisihan
Antara berikut, manakah BUKAN tanggungjawab terhadap keluarga?
Siti menjaga adiknya ketika ibu bapanya keluar membeli barangan keperluan dapur
Muthu mencuci kereta bapanya setiap kali hujung minggu
Ah Chong menghubungi ibunya untuk bertanya khabar sekiranya beliau tidak dapat pulang ke kampung
Abu membeli keperluan pakaian kerjanya setiap kali mendapat gaji bulanan.
Perkara yang boleh mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah melalui...
semangat kekitaan dan kesatuan
bergaduh dan bermasam muka
bersikap iri hati dan cemburu
membuat hal masing-masing
Peribahasa Melayu iaitu "jaga tepi kain orang" relevan dengan kehidupan masa ini kerana...
dapat mengintip & mengetahui masalah orang sekeliling
dapat membantu & menyelesaikan masalah masyarakat
berpeluang untuk menghebohkan kepada orang lain
membendung masalah sosial yang semakin berleluasa
Apakah kebaikan yang kita peroleh apabila berkumpul bersama komuniti?
membuang masa
bertukar-tukar pandangan dan pengalaman
mengumpat dan mengatakan jiran yang lain
memuji dan menceritakan kehebatan diri
Apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat Malaysia tidak menyemai dan mengamalkan semangat cintakan negara dalam diri masing-masing
Rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan selamat
Negara akan dikunjungi pelancong luar negara
Negara kita sentiasa digeruni oleh pihak musuh
Pihak musuh akan lebih mudah menjajah negara kita semula
