wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Golongan Kata

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Semua pemain bola sepak sekolah diminta berkumpul di ________ untuk menjalani latihan.

a)

taman

b)

dewan

c)

padang

d)

halaman

2.

Dzul menerima ______ daripada sekolah kerana kecemerlangannya dalam bidang sukan.

a)

anugerah

b)

contoh

c)

gelaran

d)

kurnia

3.

________ bukan sahaja seorang wanita yang cantik malahan sangat penyayang terhadap anak-anaknya.

a)

Encik Arthur

b)

Datin Affa

c)

Puan Nursofi

d)

Cik Nataliya

4.

Kiambang dan teratai adalah antara tumbuhan akuatik yang menghiasi kolam buatan hasil tangan Adam dan rakan-rakannya untuk projek sains Cikgu Aida

a)

akuatik

b)

kolam

c)

projek

d)

Tiada kesalahan

5.

Abang Dwayne yang memberikan efisien untuk merealisasikan projek tanaman herba hasil kolaboratif Persatuan Belia di kampung kami dengan Jabatan Pertanian.

a)

efisien

b)

herba

c)

kolaboratif

d)

Tiada Kesalahan

6.

Norsakina memberitahu rakan-rakannya bahawa __________ akan berpindah sekolah pada bulan hadapan.

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

7.

Joshua dan rakan-rakannya yakin bahawa Projek Taman Sains yang diusahakan oleh __________ akan berjaya.

a)

dia

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

8.

"Saya dan Adli hendak ke bilik guru kerana kita hendak berjumpa dengan Cikgu Ronny untuk meminta pandangan beliau tentang pertandingan bola sepak anjuran kelab sukan", kata Airiel kepada Haiqal.

a)

Saya

b)

kita

c)

beliau

d)

Tiada kesalahan

9.

"Erryl, sebagai setiausaha persatuan, awak perlu memberikan kerjasama kepada kami untuk memastikan program yang kita rancang akan mencapai matlamatnya," kata Vitus mewakili rakan-rakannya kepada Erryl.

a)

awak

b)

kami

c)

kita

d)

Tiada Kesalahan

10.

Pengambilan buah-buahan dan makanan yang seimbang amat _______ untuk menjaga kesihatan

a)

cergas

b)

cerdas

c)

baik

d)

sihat

11.

Semua peserta pertandingan reka cipta itu perlu __________ kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak penganjur.

a)

hormat

b)

patuh

c)

setia

d)

taat

12.

Cili, bawang dan rempah-ratus ini perlu dikisar sehingga ___________ sebelum ditumis.

a)

halus

b)

licin

c)

lembut

d)

kecil

13.

Para peserta larian itu berlatih dengan telitinya walaupun terpaksa menempuh cuaca yang panas dan padang yang kering.

a)

telitinya

b)

panas

c)

kering

d)

Tiada kesalahan

14.

Max berlari dengan pantasnya setelah mendapat sokongan yang kukuh daripada penonton kerana dia mahu menjadi peserta yang paling awal sampai ke garisan penamat.

a)

pantasnya

b)

kukuh

c)

awal

d)

Tiada Kesalahan

15.

Ekspo pendidikan itu kurang meriah dan mendapat sambutan yang sejuk daripada orang ramai kerana kurang promosi.

a)

meriah

b)

sejuk

c)

kurang

d)

Tiada kesalahan

16.

Kumpulan pelancong itu suka ________ keindahan alam semula jadi di kawasan peranginan itu.

a)

akan

b)

kepada

c)

terhadap

d)

daripada

17.

" _____________ semua peserta pertandingan syarahan berkumpul di dalam dewan sekarang, " kata pengacara majlis.

a)

Tolong

b)

Jemput

c)

Minta

d)

Sila

18.

Mereka mengambil masa selama berapa hari untuk membuat persiapan bagi menjamin kelancaran program sukaneka di padang sekolah.

a)

berapa

b)

bagi

c)

di

d)

Tiada Kesalahan

19.

Keputusan ini merupakan keputusan sangat terbaik yang pernah dicapai oleh Owen dalam pertandingan pidato yang pernah disertainya.

a)

sangat

b)

yang

c)

oleh

d)

Tiada kesalahan

20.

Murid lelaki itu kelihatan terkejut bila diminta oleh Cikgu Bonnie untuk memberikan pendapat tentang topik yang sedang dibincangkan di dalam kelas.

a)

bila

b)

oleh

c)

yang

d)

Tiada kesalahan

21.

Petugas perubatan itu __________ pemain yang cedera itu keluar dari padang.

a)

menjinjing

b)

mengandar

c)

mengusung

d)

menjunjung

22.

Peter dan rakan-rakannya ____________ rumah amak-anak yatim itu secara sukarela.

a)

mencucikan

b)

mengerjakan

c)

membasuhkan

d)

membersihkan

23.

Kereta itu hampir-hampir _____________ seekor lembu yang berkeliaran di jalan raya.

a)

tergesel

b)

tersentuh

c)

terhantuk

d)

terlanggar

24.

"Buku-buku ini akan saya _____________ di rak buku di dalam bilik saya nanti, " kata Dhia kepada ibunya.

a)

tindih

b)

susun

c)

gubah

d)

karang

25.

Ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang sukan untuk mengembangkan bakat mereka.

a)

memberikan

b)

berminat

c)

mengembangkan

d)

Tiada kesalahan

26.

Kebanyakan kes jenayah yang memasukkan golongan remaja berpunca daripada kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak dengan baiknya.

a)

memasukkan

b)

berpunca

c)

mendidik

d)

Tiada kesalahan

27.

Penduduk berkumpul di balai raya untuk membincangkan dengan wakil pihak polis berkaitan dengan masalah jalan yang mengancam keselamatan penduduk.

a)

berkumpul

b)

membincangkan

c)

mengancam

d)

Tiada kesalahan

28.

Puan Pengetua mengingatkan Ketua Pengawas, Mathew supaya menunaikan tanggungjawab yang memberikan kepadanya dengan baik.

a)

mengingatkan

b)

menunaikan

c)

memberikan

d)

Tiada kesalahan

29.

Pembantu rumah Puan Claryssa (menggubah/ mengarang/ menyusun) pasu bunga di halaman rumah dengan kemasnya.

(a)  

30.

Borang-borang yang telah lengkap itu (dikumpulkan/ dilonggokkan/ disatukan) oleh ketua kelas untuk diserahkan kepada Cikgu Nurliah.

(a)  

31.

Semua penduduk Taman Terawi bekerjasama untuk (menghasilkan/ meluluskan/ menjayakan) kempen kitar semula yang diadakan di kawasan kediaman mereka.

(a)  

32.

"Akan saya (lengkapkan/ sediakan/ siapkan) tempahan baju kurung ini pada petang nanti," kata Puan Meia kepada Cikgu Tan

(a)  

33.

Louissa dilantik sebagai ketua murid kerana dia amat tegas dan bertanggungjawab bila melaksanakan tugasnya sebagai pengawas.

a)

kerana

b)

dan

c)

bila

d)

Tiada kesalahan

34.

Mereka bersungguh-sungguh ketika menyiapkan rekaan itu oleh kerana masa yang diberikan semakin suntuk.

a)

ketika

b)

oleh kerana

c)

yang

d)

Tiada kesalahan

35.

Noel dan rakan-rakannya menghadapi berbagai cabaran sebelum mereka tiba di puncak gunung itu dengan selamatnya.

a)

berbagai

b)

di

c)

selamatnya

d)

Tiada kesalahan

36.

Kereta yang dibeli oleh ayah pada lima tahun yang lalu masih kelihatan baharu kerana ia dijaga dengan baik oleh ayah.

a)

pada

b)

baharu

c)

ia

d)

Tiada kesalahan

37.

Majikan atau pihak syarikat perlu menjaga kebajikan setiap pekerja yang berkhidmat di syarikat mereka dengan baik.

a)

atau

b)

setiap

c)

yang

d)

Tiada kesalahan

38.

Kumpulan pelancong daripada Australia itu berminat untuk menginap di rumah inap tradisional itu kerana mereka dapat mempelajari budaya kehidupan masyarakat di negara kita.

a)

daripada

b)

kerana

c)

mempelajari

d)

Tiada kesalahan

39.

Puan Sharnta menjadikan aktiviti berkebun sebagai aktiviti utamanya di masa lapang kerana aktiviti tersebut dapat memberikan ketenangan kepada dirinya.

a)

menjadikan

b)

di

c)

kepada

d)

Tiada kesalahan

40.

Kehidupan manusia pada zaman sains dan teknologi ini menjadi semakin mudah dengan terciptanya pelbagai alat-alat teknologi yang dapat memudahkan mereka.

a)

pada

b)

dan

c)

alat-alat

d)

Tiada kesalahan