wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Ting.2 (Solat Jumaat Wadah Kesatuan)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah Syarat Wajib bagi solat jumaat?

(Boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Islam

b)

Secara berjemaah

c)

Ditunaikan dalam waktu zohor

d)

Lelaki

2.

Danny bermusafir dari Kuala Lumpur ke Kudat pada pukul 8.00 pagi hari jumaat.

Berdasarkan pernyataan diatas, apakah hukum menunaikan solat jumaat bagi Danny?

a)

Wajib memang!!

b)

Sunat ja bah..

c)

Harus la bah..

d)

Makruh kali aar..

3.

Antara berikut yang manakah merupakan syarat khutbah Jumaat ?

(Boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Imam

b)

Makmum

c)

Khatib

d)

Khutbah

4.

*Memotong kuku dan misai

*Berselawat keatas Nabi

*Membaca surah al-Kahfi

Pernyataan diatas merujuk kepada...

a)

Amalan sunat hari jumaat

b)

adab menghadiri solat jumaat

c)

sunat khutbah jumaat

d)

Amaalan wajib khatib jumaat

5.

Solat Jumaat berasal daripada perkataan arab "al-jumuah" yang bermaksud...

a)

hari jumaat kerana dilakukan pada hari jumaat.

b)

perhimpunan kerana muslimin berhimpun utk solat jumaat

c)

ganti kerana solat jumaat mengantikan solat zuhur.

d)

ceramah/ nasihat kerana ada khutbah disampaikan.

6.

Antara berikut yang manakah syarat sah solat Jumaat.

(Boleh pilih lebih daripada satu)

a)

Mastautin

b)

Didahului dengan dua khutbah

c)

Didirikan di masjid

d)

Didirikan secara berjemaah

7.

Berikut merupakan sunat yang digalakkan bagi khatib dalam khutbah Jumaat kecuali...

a)

Duduk di atas mimbar sebelum menyampaikan khutbah

b)

Menghadapkan wajahnya ke hadapan tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri

c)

Menyampaikan Khutbah tidak terlalu pendek & tidak terlalu panjang (sederhana)

d)

Memegang tongkat dengan tangan kanan

8.

Hukum solat Jumaat ialah

a)

Fardhu Ain bagi setiap muslim dan muslimah

b)

Fardhu Kifayah bagi setiap muslim dan muslimah

c)

Fardhu Ain bagi setiap muslim yang mukallaf

d)

Fardhu Kifayah bagi setiap muslimah

9.

Berikut adalah syarat sah solat Jumaat kecuali...

a)

Didahulukan dengan dua Khutbah

b)

Didirikan dalam waktu Zuhur

c)

didirikan secara berjemaah

d)

40 jemaah termasuk yang bermusafir

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan mastautin

a)

Orang yang sedang dalam perjalanan melebihi 2 marhalah

b)

Orang yang tinggal tetap di suatu tempat

c)

Orang yang menetap di suatu tempat melebihi 3 hari

d)

Orang yang sedang dalam perjalanan tidak melebihi 2 marhalah

11.

Rukun khutbah wajib dibaca dalam Bahasa

a)

Melayu

b)

Inggeris

c)

Tempatan (Supaya orang mudah faham)

d)

Arab

12.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


Adakah ini dalil solat jumaat yang betul?

a)

Betul memang!!!

b)

Bukan..ini dalil lain ni..

c)

Dia laini mangkali..

13.

Berikut merupakan Rukun Khutbah kecuali...

a)

Pujian kepada Allah

b)

Mengucap dua kalimah syahadah

c)

Selawat keatas nabi

d)

Memberi salam sebelum memulakan khutbah

14.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ

Maksudnya: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: Diam dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”. [Riwayat al-Bukhari (934)]


Adakah hadis ini betul?..

a)

Betul memang!!!

b)

Bukan..ini dalil lain ni..

c)

Dia laini mangkali..

15.

Pilih hukum bagi situasi dibawah..


Kamil menunaikan Solat Jumaat di rumah bersama rakan-rakan serumah.

a)

Inda sah..

b)

Sah memang!!

c)

Senang cerita, kira sah ja laaaa..