WorksheetsKuiz Sejarah Bab 8 2.0 (F1)
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Dalam Islam, peperangan adalah tidak diizinkan melainkan keadaan tertentu. Apakah keadaan yang membenarkan perang dalam Islam?
Meluaskan jajahan
Menguasai ekonomi
Menjaga keselamatan
Mempertahankan negara
Apakah faktor yang membawa kepada kejayaan pembukaan kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW?
Penggunaan senjata moden
Penglibatan tentera wanita
Bantuan tentera dari luar
Strategi yang berkesan
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, jawatan khalifah telah diwujudkan. Apakah peranan khalifah?
Menegakkan agama
Menguasai wilayah lain
Menggalakkan pelaburan asing
Memerintahkan berdasarkan hukum syariah
Mengapakah pemimpin negara perlu mengamalkan sistem syura?
Mengukuhkan kedudukan
Mengelakkan pergaduhan
Memantapkan sistem pemerintahan
Mencapai keputusan secara muafakat
Apakah kepentingan konsep ummah dalam pembangunan negara kita?
Rakyat bersatu padu
Pemimpin bijaksana
Negara aman damai
Masyarakat terdidik
Senarai berikut merupakan amalan dalam sistem ekonomi Islam.
-Sistem zakat
-Sistem wakaf
Apakah tujuan amalan tersebut?
Pengukuhan pentadbiran
Pembangunan umat Islam
Perluasan penyebaran Islam
Peningkatan aktiviti perdagangan
"Al-Kharaj bermaksud cukai tanah"
Apa pula yang dimaksudkan dengan 'suh al-Jizyah'?
Cukai diri
Cukai hasil
Cukai perdagangan
Cukai perlindungan
Apakah sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dari segi ekonomi?
Sistem syura
Hukum syariah
Konsep ummah
Institusi baitumal
Apakah amalan ekonomi Islam yang patut kita contohi pada hari ini?
Bersedekah
Berjimat cermat
Mengamalkan riba
Mengutamakan keuntungan
Apakah sumbangan tokoh yang berikut kepada Tamadun Islam?
Ilmu astronomi
Bidang matematik
Ilmu perubatan
Bidang falsafah
Seni bina Islam diperindah dengan hiasan berikut.
-Ukiran arabes
-Motif kaligrafi
-Motif geometri
Apakah fungsi hiasan tersebut?
Menjamin keselamatan
Memberikan ketenangan
Melambangkan tanda hormat
Gambar berikut menunjukkan Masjid Sultan Ahmet, Turki yang mempunyai banyak menara di sisi masjid. Apakah fungsi menara tersebut?
Perhiasan
Kemegahan
Keselamatan
Penghalang angin
Pernyataan yang manakah adalah tepat?
al-Kharaj - Cukai tanah
suh al-Jizyah - cukai diri
jizyah al-Ru'us - cukai perlindungan
al-'Usyr - Cukai perdagangan
Riba adalah amalan yang sangat terpuji dalam Islam
Ya
Tidak
Yang manakah antara berikut merupakan harta daripada peperangan?
Jizyah
Zakat
al-'Usyr
Ghanimah
Kedatangan Islam telah menyebabkan orang bukan Islam tertindas?
Ya
Salah
Siapakah yang mengasaskan ilmu algebra?
Al-Battani
Al-Biruni
Al-Khawarizmi
Siapakah tokoh ilmuan Islam yang pernah belayar sampai ke India dan Alam Melayu?
Jabir Bin Hayyan
Abn Battuta
Ibn Sina
Al-Kindi
Al-Qanun fi al-Tib merupakan salah sebuah karya agung oleh?
Ibn Sina
Al-Kindi
Al-Battani
Al-Biruni
Mimbar berfungsi sebagai penanda arah kiblat
Ya
Salah
