wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TINGKATAN 2- CIKGU RUHAYU

Total questions: 74

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia terletak di garisan

a)

jadi

b)

khatulistiwa

c)

antartik

2.

Antara berikut yang manakah merupakan arah mata angin utama?

a)

Barat daya

b)

Timur laut

c)

Selatan

d)

Tenggara

3.

Skala ialah ___________ jarak di atas peta berbanding dengan jarak __________ di atas permukaan bumi.

a)

pecahan, wakilan

b)

relatif, penyata

c)

nisbah, sebenar

d)

pecahan, penyata

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri pandang darat fizikal?

a)

Sungai

b)

Masjid

c)

Hospital

d)

Hutan

5.

Ciri pandang darat budaya merujuk kepada kawasan yang wujud hasil aktiviti manusia seperti pertanian, perlombongan, pelancongan, petempatan dan pengangkutan.


Ntayakan pernyataan di atas adalah BENAR ataupun PALSU

a)

BENAR

b)

PALSU

6.

Peredaran bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya mengikut ________

a)

arah pusingan jam

b)

arah lawan pusingan jam

7.

Kejadian siang dan malam adalah kesan daripada

a)

Pergerakan bumi

b)

Peredaran bumi

c)

Putaran bumi

8.

Antara berikut yang manakah merupakan kesan putaran bumi?

a)

Perbezaan waktu tempatan

b)

Kejadian 4 musim

c)

Kejadian pasang surut

d)

Pembiasan angin lazim

9.

Fenomena gerhana bulan dan matahari adalah disebabkan kesan - kesan peredaran bumi. BETUL atau SALAH?

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

____________ berlaku apabila kedudukan bulan menghalang cahaya matahari ke bumi yang menyebabkan bayang - bayang bulan melindungi bumi.

a)

Gerhana matahari

b)

Gerhana bulan

11.
Arah merujuk kepada
a)
Kedudukan sesuatu tempat dari tempat yang lain
b)
Arah sesuatu objek atau tempat yang diukur dari suatu titik rujukan
c)
Objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat
12.
Bearing adalah
a)
Objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat
b)
Saiz sudut sesuatu tempat atau objek yang diukur dari arah Utara mengikut pusingan jam
c)
Arah sesuatu objek atau tempat yang diukur dari suatu titik rujukan
13.
Bearing sudutan dapat diukur dengan menggunakan __________
a)
Kompas
b)
Jangka sudut
c)
Tolok hujan
d)
Jangka lukis
14.
Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan __________
a)
Arah
b)
Lokasi
c)
Titik rujukan
d)
Koordinat
15.
__________ diukur dari arah utara mengikut arah jam
a)
Titik Rujukan
b)
Koordinat
c)
Bearing sudutan
d)
Arah
16.

Apakah jenis iklim di Malaysia?

a)

Iklim gurun panas

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Khatulistiwa

d)

Iklim Monsun Tropika

17.

Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?

a)

awan cirrus

b)

awan stratus

c)

awan nimbus

d)

awan kumolonimbus

18.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

19.

Hujan bukit turun di kawasan..

a)

Pinggir laut

b)

Tanah pamah

c)

Tanah tinggi

d)

Tanah tinggi yang menghadap udara lembap

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan Iklim Khatulistiwa?

a)

Panas dan kering sepanjang tahun

b)

Panas dan hujan sepanjang tahun

c)

Panas dan lembap sepanjang tahun

d)

Panas sederhana sepanjang tahun

21.

Angin apakah yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan kepada risiko terjadinya banjir di kawasan tertentu?

a)

Angin Monsun Timur Laut

b)

Angin Monsun Barat Daya

22.

Angin Monsun timur laut menyebabkan kepada...

a)

musim kemarau

b)

musim luruh

c)

musim panas

d)

musim tengkujuh

23.

Tandakan 2 jenis angin monsun di Malaysia.

a)

Angin Monsun Tenggara

b)

Angin Monsun Barat

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

24.

Namakan kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia.

a)

Bukit Larut, Taiping, Perak.

b)

Shah Alam, Selangor.

c)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

d)

Larkin, Johor.

25.

Bahagian cerun yang terlindung dan menerima hujan yang sedikit dikenali sebagai apa?

a)

Kawasan tadahan hujan

b)

Kawasan lindungan hujan

c)

Kawasan hujan bukit

d)

Kawasan hujan perolakan

26.

Angin apakah yang membawa hujan sederhana lebat akibat dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera (Indonesia)

a)

Angin Sumatera

b)

Angin Monsun Barat Daya

c)

Angin Monsun Timur Laut

d)

Angin Skual

27.
Berapakah simbol yang terdapat dalam peta pelancongan?
a)
4
b)
2
c)
3
d)
5
28.
Ciri geografi dalam peta pelancongan terdiri daripada ciri fizikal dan ciri budaya.
a)
YA
b)
TIDAK
29.
Antara berikut yang manakah merupakan ciri fizikal?
a)
JAMBATAN
b)
GUNUNG
c)
JALAN RAYA
d)
PETEMPATAN
30.
Antara berikut yang manakah tempat beribadat?

  I.  Masjid 
 II. 
Tokong 

 III. 
Gereja
 
IV. 
Rumah api

a)
I,II, dan III 
b)
I,II dan IV 
c)
I,III dan IV 
d)
II, III, dan  IV
31.

Bumi beredar pada paksinya yang berbentuk _________

a)

Elips

b)

Bulat

32.

Bumi berputar dari

a)

Barat ke Timur

b)

Timur ke Barat

33.

Satu putaran lengkap bumi mengambil masa selama

a)

24 jam

b)

365 1/4 hari

34.

Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut _________ jam.

a)

arah

b)

arah lawan

35.

Kejadian 4 musim merupakan kesan daripada putaran bumi

a)

Benar

b)

Palsu

36.

Perbezaan waktu tempatan merupakan salah satu daripada kesan putaran bumi.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Gerhana ___________ terjadi apabila bumi melindungi cahaya matahari daripada terpancar ke bulan.

a)

Gerhana Matahari

b)

Gerhana Bulan

38.

Apakah fenomena yang dapat dikaitkan dengan maklumat di bawah?


Pembiasan angin Air pasang dan air surut

a)

Peredaran bumi

b)

Putaran bumi pada paksinya

c)

Bumi mengelilingi matahari

d)

Matahari mengelilingi bulan

39.

Antara berikut, negara manakah di Asia yang mengalami empat musim?

a)

Vietnam

b)

Australia

c)

Jepun

d)

Korea Selatan

40.

Masa yang diambil oleh bumi mengelilingi matahari ialah..

a)

24 jam

b)

365 1/4 hari

41.

Paksi bumi menganjur dari kutub utara ke kutub selatan dan condong pada sudut 23 1/2 darjah.

a)

Betul

b)

Salah

42.

Namakan alat telekomunikasi di bawah.

a)

Mesin Faks

b)

Mesin Teleks

c)

Mesin Telegraf

d)

Mesin Taip

43.

Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin yang disambung dengan rangkaian telefon dinamakan

a)

mesin telegraf

b)

mesin fax

c)

mesin teleks

d)

telegram

44.

Namakan satelit malaysia yang telah dihantar ke angkasa pada 14 Julai 2009?

a)

MEASAT-2

b)

MEASAT-3a

c)

TiungSAT

d)

RazakSAT

45.

Alat ini adalah alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 176 untuk urusan Pentadbiran di Tanah Melayu.

a)

Mesin Teleks

b)

Telegraf

c)

Telefon

d)

Mesin Faks

46.

Telefon ini dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.

a)

Telefon

b)

Telefon Android

c)

Telefon Bimbit

d)

Telefon Pintar

47.

Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan

a)

malaysia

b)

jerman

c)

swiss

d)

greek

48.

Nyatakan maksud GPS

a)

Great Positioning System

b)

Great Positioning Satellite

c)

Global Positioning System

d)

Global Positioning Satellite

49.

Berikut adalah antara lokasi stesen satelit bumi di Malaysia

a)

Wilayah Persekutuan

b)

Putrajaya

c)

Shah Alam

d)

Kuantan, Pahang

50.

______________ merupakan satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik.

a)

RazakSAT

b)

MEASAT-3b

c)

TiungSAT-1

d)

MEASAT-3a

51.

Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang memajukan industri telekomunikasi Malaysia kecuali..

a)

TMnet

b)

Unify

c)

YTLNetwork

d)

Samsung

52.

Berikut adalah bukan antara kegunaan telefon pintar.

a)

membayar bil telefon

b)

mempromosikan produk

c)

mengeluarkan wang tunai

d)

menonton siaran luar negara

53.

Berikut adalah penggunaan alat telekomunikasi secara beretika.

a)

Memasuki sistem informasi orang lain secara tidak sah

b)

Mengenal pasti sumber maklumat dan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya dalam media sosial.

c)

Memberikan kata laluan dan kata nama kepada orang lain untuk masuk ke dalam sistem.

d)

Menggunakan alat telekomunikasi untuk melanggar hukum dan norma dalam masyarakat.

54.

Beikut adalah kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara kecuali

a)

memberi peluang pekerjaan

b)

mengesan bencana alam

c)

pembesaran anak-anak yang positif

d)

sistem pengangkutan yang cekap

55.

terdapat berapa jeniskah pengangkutan di malaysia

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

56.

Landasan kereta api pertama di malaysia telah dibina di

a)

Ipoh

b)

Taiping

c)

Georgetown

d)

Johor Bahru

57.

Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruh jaringan pengangkutan di Malaysia kecuali

a)

dasar kerajaan

b)

kegiatan ekonomi

c)

bentuk muka bumi

d)

ancaman dari luar

58.

Senaraikan empat (4) jaringan pengakutan di Malaysia

a)

Jalan raya / lebuh raya

b)

Landasan kereta api

c)

Lapangan terbnag antarabangsa

d)

Pelabuhan utama

e)

helikopter

59.

Organisasi yang bertanggungjawab terhadap jalan raya dan jalan kereta api di Malaysia ialah

a)

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD)

b)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

c)

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

d)

Jabatan Kerja Raya (JKR)

60.

Pelabuhan Klang

• Pelabuhan utama yang dikenali sebagai Pusat Muatan Negara untuk kontena tempatan dan serantau.

• Terdiri daripada dua terminal, iaitu Northport dan Westport.

a)

Betul

b)

Salah

61.

Amalan pengangkutan lestari

a)

Berkongsi kereta

b)

Penggunaan kereta elektrik dan hibrid

c)

Penggunaan pengangkutan awam

62.

Kepentingan pengangkutan darat ialah

– Mengalakkan integrasi nasional

– Meningkatkan darjah ketersampaian

a)

Betul

b)

Salah

63.

Berikut merupakan kepentingan pengangkutan darat kecuali

a)

membangunkan bandar satelit

b)

mengelakkan ancaman dari luar

c)

membangunkan kawasan sekitar

d)

memendekkan masa perjalanan

64.

Apakah maksud pemanasan global?

a)

suhu bumi semakin menurun secara pantas

b)

suhu atmosfera bumi meningkat secara berterusan

65.

Apakah faktor utama yang menyebabkan pemanasan global?

a)

Penggunaan kereta hibrid

b)

Penrindustrian yang pesat

66.

Antara faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global ialah...

a)

Penerimaan pancaran matahari belebihan

b)

putaran bumi

67.

Aktiviti manusia dalam gambar di bawah membebaskan gas... ............yang menyumbang kepada pemanasan global.

a)

metana

b)

sulfur oksida

68.

Apakah kesan pemanasan global terhadap alam sekitar?

a)

pencairan ais di kutub

b)

kemarau berpanjangan

c)

penurunan paras air laut

69.

Apakah kegiatan ekonomi yang paling terjejas akibat pemanasan global?

a)

perlombongan

b)

pelancongan

c)

pembalakkan

d)

pertanian

70.

Bagaimanakah pemanasan global menyebabkan kemerosotan sumber makanan?

a)

suhu atmosfera semakin menurun

b)

tanah sentiasa ditakungi air

c)

paras air laut meningkat

d)

tanah menjadi tandus

71.

Antara berikut yang manakah tergolong dalam amalan 5R?

a)

baik pulih

b)

pelihara

c)

guna semula

d)

jual semula

72.

Antara berikut yang manakah dapat mengurangkan pemanasan global?

a)

memaksimumkan penggunaan alat penyaman udara

b)

menggunakan barangan elektrik berkuasa tinggi

c)

menanam pokok di sekitar kawasan kediaman

d)

mengamalkan penggunaan pengangkutan awam

73.

Penggunaan sumber alternatif dapat mengurangkan pemanasan global. Antara yang berikut, yang manakah sumber alternatif?

a)

tenaga suria

b)

tenaga ombak

c)

tenaga elektrik

d)

tenaga arang batu

74.

Apakah kegiatan manusia yang menyebabkan pemanasan global?

a)

penerokaan hutan

b)

kebakaran hutan

c)

letusan gunung berapi

d)

pembakaran bahan api fosil