WorksheetsKATA GANDA BAHASA MELAYU TAHUN 4
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Dia mempercayai cerita itu __________ padahal saya hanya bergurau sahaja.
agak-agak
bulat-bulat
cepat-cepat
habis-habis
Tangisan ___________ yang kedengaran dari bilik itu membuatkan kami berasa seram.
haru-biru
huru-hara
sedu-sedan
dekak-dekuk
Ridzuan tidak _________ berlatih untuk mencapai sasaran tiga pingat emas dalam kejohanan Sukan Asia.
henti-henti
sabar-sabar
masak-masak
susah-susah
Bagi mencegah kebakaran, ______________ kimia yang berbahaya itu perlu disimpan di tempat yang selamat.
jejari
bebuli
cecair
sesungut
Semua pintu dan tingkap rumah dipasang _____________ besi bagi tujuan keselamatan.
jejari
jeriji
kekisi
tetikus
Kata laluan itu dikenal pasti berdasarkan kesan cap jari pada papan ____________ elektronik.
kekunci
jejentik
kekuda
lelangit
Shafik berasa loya kerana mabuk laut apabila bot yang dinaikinya _________ dilambung ombak.
terkapai-kapai
terolang-aling
terhuyung-hayang
terkontang-kanting
Perkara yang memalukan itu tidak elok __________ di media sosial.
dihuru-harakan
dibolak-balikkan
dibongkar-bangkirkan
digembar-gemburkan
Puan Anis _______ katalog buku yang diedarkan secara percuma di pesta buku itu.
mencuit-cuit
membolak-balik
membelek-belek
mengosok-gosok
Usahlah kamu mudah percaya akan cerita yang ___________ itu.
corat-coret
gopoh-gapah
karut-marut
dolak-dalik
Sudah empat kali Syakira _________ kerana mengikut ayahnya yang bertugas sebagai tentera.
ulang-alik
pindah-randah
lintang-pukang
mundar-mandir
Sebagai penoreh, Hamadi bangun _________ lagi untuk ke kebun getahnya.
gelap-gelap
subuh-subuh
sayup-sayup
samar-samar
Mulut Saravanan __________ ketika membaca surat yang dikirim oleh sahabat baiknya.
kumat-kamit
riuh-rendah
herot-berot
ulang-alik
Jalan ke rumah Encik Darus _________ bagai ular kena palu.
lekak-lekuk
lintang-pukang
bongkar-bangkir
bengkang-bengkok
Seekor musang lari ___________ ke dalam semak selepas mencuri dua biji telur ayam.
herot-berot
susup-sasap
lintang-pukang
bengkang-bengkok
