wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ GEOGRAFI SPM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah berlaku pengaliran wang negara Malaysia yang tinggi ke negara Indonesia dan Bangladesh?

a)

Imigrasi meningkat

b)

Emigrasi meningkat

c)

Kos sara hidup tinggi

d)

Pertumbuhan penduduk semula jadi tinggi

2.

Peta 4: DUNIA

Apakah ciri kependudukan di negara yang bertanda X dan Y dalam Peta 4?

a)

Jangka hayat rendah

b)

Kadar kelahiran tinggi

c)

Taraf pendidikan tinggi

d)

Taraf kesihatan rendah

3.

Antara berikut, kombinasi manakah yang benar tentang ciri - ciri kependudukan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

4.

Faktor yang mempengaruhi Hutan Monsun Tropika menggugurkan daun pada bulan Mac hingga Mei setiap tahun ialah

a)

tekanan udara tinggi

b)

proses fotosintesis aktif

c)

kadar kelembapan tinggi

d)

mengurangkan kehilangan air

5.

Apakah langkah yang boleh mengatasi masalah berikut?


*** Dianggarkan 10, 000 hingga 15, 000 haiwan mati akibat penebangan 1 kilometer persegi kawasan hutan yang menjadi habitat hidupan liar. ****

(Sumber:Kementerian Perusahaan Utama Malaysia)

a)

Mewujudkan hutan simpan

b)

Melakukan penebangan terilih

c)

Mengadakan rawatan silvikultur

d)

Melaksanakan penghutanan semula

6.

Apakah kaedah yang digunakan untuk mengatasi halangan fizikal jaringan pengangkutan antara pulau - pulau di Jepun?

I Teres

II Terowong

III Jambatan

IV Benteng

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Apakah ciri lapisan mantel dalam struktur bumi?

a)

Lapisan paling dalam

b)

Suhu melebihi 5000°c

c)

Terdapat arus perolakan

d)

Ketebalan 30 hingga 40 kilometer

8.

Lapisan troposfera, stratosfera dan mesosfera berada di

a)

atmosfera

b)

biosfera

c)

litosfera

d)

hidrosfera

9.

Apakah kegiatan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian gerakan jisim di Malaysia?

a)

Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau

b)

Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi

c)

Pembajakan tanah untuk penanaman padi di tanah pamah

d)

Pembinaan pelabuhan perikanan di kawasan pinggir pantai

10.

Apakah faktor yang menggalakkan pembentukan terumbu karang?

a)

Kemasinan air laut antara 30% hingga 40%

b)

Kawasan muara sungai yang cetek

c)

Kedalaman air laut melebihi 55 meter

d)

Air laut yang tenang

11.

(Peningkatan air laut di Kutub dan pencairan ais) Fenomena di atas terjadi disebabkan oleh

a)

Kesan rumah hijau

b)

Pulau haba

c)

Hujan asid

d)

Kemarau

12.

(Hutan Gunung dan Hutan Paya Air masin) Persamaan kedua-dua hutan di atas dalam aspek eksosistemnya ialah

a)

Habitat hidupan liar

b)

Sumber kayu balak

c)

Kawasan tadahan air

d)

Menghalang gerakan jisim

13.

Fenomena dalam rajah di atas berada dalam lapisan

a)

teras bumi

b)

udara

c)

kerak bumi

d)

luar bumi

14.

Antara berikut yang manakah persamaan di antara sima dan sial?

a)

Kedua-duanya terdiri daripada batuan igneus

b)

Kedua-duanya mengandungi logam silika dan aluminium

c)

Kedua-duanya wujud di dasar lautan

d)

Kedua-duanya mempunyai ketebelan yang sama

15.

Antara berikut yang manakah boleh dijadikan barang perhiasan dan mata gerudi?

I Lempung

II Batu Marmar

III Berlian

IV Granit

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

16.

Apakah fenomena yang dihasilkan oleh pertembungan plat?

I Gempa Bumi

II Mampatan

III Gunung Berapi

IV Lipatan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

17.

Apakah yang terhasil daripada pertembungan Plat Filipina dengan Plat Pasifik?

a)

Jurang Mariana

b)

Banjaran Andes

c)

Jurang Peru Chile

d)

Kepulauan Hawaii

18.

Apakah yang menyebabkan kejadian tsunami pada 26 Disember 2004?

a)

Pencapahan plat tektonik

b)

Letusan gunung berapi

c)

Kejadian gunung berapi

d)

Gelinciran rabak

19.

(Air tersejat meninggalkan hablur garam dalam retakan batuan. Proses berterusan menambah tekanan yang kuat terhadap batuan. Batuan pecah dan tersepai)

Proses di atas ialah

a)

penghabluran garam

b)

perubahan suhu ekstrim

c)

basah-kering batuan

d)

tindakan ibun

20.

Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang peranan hujan?

a)

Memecahkan tanah kepada saiz yang kecil

b)

Memendapkan bahan angkutan

c)

Adalah agen hakisan berkesan

d)

Mengorek kumin-kumin tanah