wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang Kaji T1 Prosa Tradisional Asal Padi

Total questions: 18

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah kedua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya hidup melarat ?

a)

derhaka kepada orang tua

b)

selalu membazir

c)

malas bekerja

d)

harta peninggalan dicuri orang

2.

Apakah harta peninggalan yang tidak dicuri?

a)

Kolam ikan

b)

Wang tembaga

c)

Binatang ternakan

d)

Tanah pusaka

3.

Bagaimanakah kondisi Si Sulung?

a)

Matanya buta, telinganya pekak dan tangannya tiada jari

b)

Mulutnya bisu manakala kedua kaki dan tangannya kudung

c)

Gigi jongang, matanya sebelah buta, tangannya sebelah tiada dan kakinya kerekut

d)

kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

4.

Siapakah yang dilihat oleh Si Bongsu ?

a)

ada tiga wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

b)

ada enam wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

c)

ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

d)

ada sepuluh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan

5.

Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Apakah emas itu?

a)

langsat

b)

padi

c)

gandum

d)

kacang tanah

6.

Mengapakah Si Bongsu memasukkan padi ke dalam mulutnya

a)

kerana Si Bongsu sangat lapar

b)

kerana Si Bongsu hendak jual padi itu

c)

kerana Si Bongsu hendak bawa pulang ke bumi

d)

kerana Si Bongsu hendak bawa pulang ke kayangan

7.

mengapakah tumit Si Bongsu itu luka?

a)

terpijak batu

b)

tersadung kayu

c)

terhantuk bucu tangga

d)

terpijak kaca pecah

8.

Bagaimanakah Si Bongsu berjaya membawa pulang padi?

a)

meletakkan dicelah ketiaknya

b)

memasukkan ke dalam mulutnya

c)

memasukkan di dalam lubang luka pada tumitnya

d)

menyumbat ke dalam pusat

9.

Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apa yang dilakukan oleh pipit?

a)

Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut

b)

Burung pipit mengambil sebutir untuk dijadikan bukti

c)

Burung pipit memberi sedekah kepada burung Tekuri

d)

Burung pipit mematuk Si Bongsu hingga mati di sawah

10.

Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu ................

a)

kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah bepusing ke atas

b)

kerongkongnya dipatahkan dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.

c)

kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.

d)

kerongkongnya dipatahkan dan temboloknya telah berpusing ke bawah

11.

Apakah tema bagi prosa Asal Padi?

a)

kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah

b)

kelebihan menanam padi

c)

kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara

12.

Berikut merupakan watak yang terdapat dalam prosa Asal Padi kecuali

a)

Si Bongsu

b)

Empunya Padi

c)

Si Pipit

d)

Si Gagak

13.

Berikut merupakan perwatakan Si Bongsu kecuali

a)

seorang yang gigih

b)

seorang yang penakut

c)

seorang yang bijak mencari akal

d)

seorang yang berpandangan jauh

14.

Latar tempat yang terdapat dalam prosa Asal Padi ialah

a)

di sungai

b)

di kolam ikan

c)

di kedai

15.

Bagaimanakah Si Bongsu dapat pergi ke kayangan?

a)

menggunakan kuasa ajaib

b)

menerusi pokok kacang ajaib

c)

dengan menggunakan pelangi

16.

Mengapakah Empunya Padi tidak memberi keizinan kepada Si Bongsu untuk membawa pulang dan menanam padi di bumi?

a)

Empunya padi tahu bahawa sekiranya padi dibawa dan ditanam di bumi, tanaman padi di kayangan tidak akan menjadi atau tidak subur.

b)

Empunya padi tidak mahu Si Bongsu menjadi seorang yang tamak.

c)

Empunya padi sengaja tidak mengizinkan Si Bongsu untuk menanam padi kerana dia tidak mahu bersaing dengan Si Bongsu.

17.

Berikut merupakan persoalan bagi prosa Asal Padi kecuali

a)

persoalan kesanggupan menipu untuk mendapatkan sesuatu

b)

persoalan kesetiaan dalam menjalankan tugas

c)

persoalan berkongsi harta dalam kehidupan

d)

persoalan kebijaksanaan mencari akal

18.

Nilai yang terdapat dalam prosa Asal Padi ialah

a)

Nilai prihatin

b)

Nilai kebijaksanaan

c)

Nilai bekerjasama