NEW
Font size
WorksheetsSoalan BM Objektif (Tingkatan 2)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Beberapa buah kereta telah _______oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan yang lebat.
dihempap
dihempas
dtindih
dihimpit
Beliau mendapat _______ daripada sultan kerana jasanya kepada rakyat.
hadiah
anugerah
cenderahati
sumbangan
Gambar-gambar itu disiarkan dengan _______ Jabatan Penerangan.
ehsan
ihsan
perkenan
insan
Semangat__________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.
toleransi
perpaduan
perkauman
persefahaman
Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
diminta
disuruh
diugut
diarah
Sherly sangat terkejut mendengar berita kemalangan yang menimpa suaminya sehingga tiada ___________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.
sebaris
sepatah
sepucuk
sepotong
Ilham untuk penulisan novelnya __________ secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.
terbit
datang
pulang
terpacul
__________ iban pada zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.
Perwira
Seniman
Pendekar
Pahlawan
Persembahan Falvin yang __________mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
menarik
bertenaga
mempesona
bersemangat
Linggam cuba mententeramkan perasaan isterinya yang sedang__________.
Bersedih
kesedihan
disedihkan
menyedihkan
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan ialah…
bagai pinang di belah dua.
seperti lembu dicucuk hidung.
pipit hendak menjadi enggang.
bunga disunting, perdu dibuang.
Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan orang yang berbuat baik kepada kita, kecuali
seperti kacang lupakan kulit
seperti tikus jatuh ke beras
habis madu sepah dibuang
seperti ulat lupakan daun
Air dicencang tidak akan putus. Carik- carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Peribahasa ini bermaksud
melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri sahaja.
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.
sesuatu persengketaan tidak mungkin dapat memutuskan tali persaudaraan.
"Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung," kata Encik Hariz kepada anaknya.
menangguk di air keruh
sebelum ajal berpantang mati
sudah terhantuk baru terngadah
menarik rambut dalam tepung
Peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai bermaksud
bersatu-padu dalam segala hal
bergotong-r0yong melakukan kerja
ikatan yang kukuh antara adik-beradik
persahabatan antara rakan sebaya
1. Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Majid yang mengikuti jejaknya menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza. Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali
lain padang lain belalang.
rambut sama hitam, hati lain-lain.
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
Sebilangan kecil rakyat gemar memiliki barangan mewah sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa. Oleh itu, kerajaan selalu mengingatkan mereka agar berbelanja mengikut kemampuan.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa yang berikut, kecuali
ukur baju di badan sendiri
besar pasak daripada tiang
berapa panjang lunjur, begitulah selimut
alah membeli menang memakai
Semua orang kampung Kedai Buloh suka bergaul dengan ketua kampung kerana beliau sentiasa menunaikan janji yang dibuatnya. Sikap ketua kampung diumpamakan seperti peribahasa yang berikut:
sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya
menanam tebu di tepi bibir
Adik_________________masuk ke bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas dia memecahkan gelas.
menyusur
menyusup
menusuk
menyusul
Suasana malam di pantai peranginan itu yang dihiasi cahaya bulan purnama begitu__________ dan mengasyikkan.
sayu
ceria
syahdu
harmoni
