WorksheetsUlang kaji T1 Sajak Kita Umpama Sehelai Daun
Total questions: 12
Worksheet time: 12mins
Penyajak mengibaratkan manusia sebagai sehelai daun yang menjadi tempat untuk mahluk lain menikmati kehidupan dengan sempurna.
Berdasarkan maksud rangkap di atas, nyatakan rangkap ke berapa dalam sajak kita umpama sehelai daun.
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Penyajak menyeru kita agar membuat kerja-kerja kebajikan kerana budi baik akan dikenang.
Berdasarkan maksud rangkap di atas, nyatakan rangkap ke berapa dalam sajak.
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Apabila sampai masa, kita akan tua. Oleh itu, kita janganlah angkuh dengan kelebihan yang kita miliki sehingga terlupa membantu orang yang susah yang bergantung harap kepada kita.
Berdasarkan maksud rangkap di atas, nyatakan rangkap ke berapa dalam sajak.
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Nyatakan tema bagi sajak "kita umpama sehelai daun".
Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam
Menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan
Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup
Nyatakan rima akhir rangkap ini
abcde
abaca
abcbd
abcdb
hijau menunas menyegar mata
Apakah unsur bunyi bagi ayat di atas?
epifora
asonansi
aliterasi
anafora
andai kikir jasa dan bakti
Apakah unsur bunyi bagi ayat di atas?
epifora
asonansi
aliterasi
anafora
tempat bercanda unggas meriang
Apakah maksud rangkai kata "bercanda" dalam ayat?
berlindung
kediaman
bergurau senda
saling membantu
Manusia bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada makhluk yang lemah.
Ayat di atas merujuk kepada nilai
baik hati
bertanggungjawab
kesederhanaan
prihatin
Manusia digalakkan membuat kebaikan sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain dalam menjalani kehidupan bersama-sama di bumi ini.
Ayat di atas menepati nilai
baik hati
bertanggungjawab
kesederhanaan
prihatin
Antara berikut yang manakah bukan pengajaran bagi sajak kita umpama sehelai daun?
Kita hendaklah berbuat baik sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain
Kita hendaklah berbakti kepada masyarakat
Kita hendaklah memiliki semangat patrotisme dan bersedia mempertahankan negara
Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima
Antara pengajaran berikut yang mana berkaitan dengan pengajaran sajak yang dibincangkan?
Kita perlulah taat akan perintah Tuhan agar menjadi hamba yang soleh.
Kita haruslah menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah.
Kita perlulah berhemah ketika bertutur kerana bahasa melambangkan bangsa.
