Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEMERHATIAN DAN INFERENS

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Belon mengembang kerana panas.

b)

Belon bersifat kenyal.

c)

Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.

2.

Jadual menunjukkan perubahan suhu air dengan masa. Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maklumat dalam jadual?

a)

Kuantiti haba dalam air meningkat.

b)

Kuantiti haba dalam air tidak berubah.

c)

Air menjadi semakin panas.

d)

Suhu air berkurangan.

3.

Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?

a)

Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.

b)

Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.

c)

Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.

d)

Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.

4.

Rajah menunjukkan gelas A dan B yang sukar dipisahkan. Ahmad meletakkan beberapa ketul ais ke dalam gelas A dan dapat memisahkan kedua-dua gelas selepas beberapa minit. Apakah inferens yang menjelaskan situasi ini?

a)

Gelas A mengecut apabila disejukkan dengan ais.

b)

Gelas A mengembang apabila disejukkan dengan ais.

c)

Kedua-dua gelas A dan B mengecut.

d)

Kedua-dua gelas A dan b mengembang.

5.

Berikan inferens/sebab ikan mati di dalam akuarium dalam Rajah (permukaan air dilitupi dengan lapisan minyak).

a)

Ikan mati kerana kekurangan oksigen

b)

Ikan mati kerana air sungai tercemar

c)

Ikan mati kerana kualiti air semakin bersih

d)

Ikan mati kerana makanan tidak mencukupi

6.
Apakah inferens bagi setiap pemerhatian berikut? Pilih jawapan yang betul. 
a)
Nyamuk tidak mendapat makanan
b)
Nyamuk dimakan oleh katak
c)
Nyamuk terbang keluar daripada bekas
7.
Berdasarkan gambar, apakah yang akan berlaku kepada ikan tersebut selepas dua hari?
Ikan tersebut akan mati. Hal ini kerana ikan tersebut tidak mendapat          .
a)
makanan
b)
air
c)
tempat tinggal
d)
udara
8.
Tangan Amin berasa gatal selepas menebang tebu di kebun datuknya.
Pilih inferens yang betul bagi maklumat di atas.
a)
Terdapat duri pada pokok tebu
b)
Pokok tebu itu mengeluarkan getah
c)
Pokok tebu menghasilkan racun
d)
Terdapat bulu halus pada pokok tebu
9.
Kemahiran Proses Sains (KPS) membuat inferens adalah:
a)
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
b)
Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
c)
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau mujarad secara mengaitkankonsep itu dengan konsep yang mudah atau maujud yang mempunyai ciri yang serupa
d)
Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu.
10.
Mengapakan selepas 3 hari, ikan-ikan itu akan mati?
Kerana....................
a)
Tidak mendapat udara.
b)
Tidak mendapat makanan.
c)
Ikan tidak selesa.
d)
Ikan bertambah saiznya.
11.
Aina menanam sejenis tumbuhan di dalam sebuah pasu. Seminggu kemudian seekor kucing telah terlanggar dan menjatuhkan pasu tersebut. Apabila Aina terlihat pasunya jatuh, dia mendapati tumbuhannya berubah seperti dalam rajah. Berikan inferens.
a)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap air manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap graviti
b)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap cahaya manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap graviti
c)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap cahaya manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap air
d)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap sentuhan manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap air
12.
Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang banyak dijumpai di kawasan padang. Semasa cuaca hujan didapati daun tumbuhan ini menguncup ke bawah. Berikan inferens.
a)
Kerana daun tumbuhan ini bergerak balas terhadap air hujan
b)
Kerana daun tumbuhan ini bergerak balas terhadap cahaya
c)
Kerana daun ini bergerak balas terhadap sentuhan
d)
Kerana daun tumbuhan ini bergerak balas terhadap graviti
13.

Sebatang pokok di dalam pasu diletakkan di dalam sebuah bilik tertutup dengan tingkap terbuka seperti rajah 1. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian di atas?

a)

Tumbuhan itu memerlukan udara untuk tumbuh

b)

Tumbuhan itu memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh

c)

Tumbuhan itu perlu diletakkan di dalam bilik untuk tumbuh

d)

Tumbuhan itu tumbuh sihat tanpa air

14.
Alia memerhati akar tumbuhan dalam pasu plastik lutsinarnya telah membengkok ke kawasan tanah lembap. Apakah inferens (sebab) yang mungkin bagi kejadian tersebut?
a)
Akar bertumbuh dengan aktif apabila bergerak ke tanah lembap
b)
Akar bergerak ke tanah lembap untuk mendapatkan air
15.
Apakah pemerhatian diperolehi selepas kita menyentuh daun semalu?
a)
Daun berkembang
b)
Daun menguncup
c)
Daun gugur
d)
Daun berubah warna
16.
Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan ditanam di dalam pasu dan ditutupkan dengan sebuah kotak hitam. Apakah pemerhatian yang berlaku selepas seminggu ke atas tumbuhan tersebut?
a)
Tumbuhan itu akan membengkok ke arah cahaya
b)
Tumbuhan itu akan membesar dengan subur
c)
Tumbuhan itu akan berbunga
d)
Tumbuhan itu akan berubah menjadi kekuningan dan layu
17.

Lima ekor ikan dimasukkan ke dalam sebuah akuarium kecil berisi air mineral dan diberikan bekalan makanan dan oksigen yang mencukupi. Namun, selepas 10 minit, salah seekor ikan telah mati.

Apakah inferens yang paling munasabah bagi perkara ini?

a)

Ikan itu telah mati akibat kekurangan oksigen.

b)

Ikan itu telah mati akibat berlaku persaingan sesama sendiri.

c)

Ikan itu telah mati akibat kekurangan makanan.

d)

Ikan itu telah mati akibat keracunan air.

18.

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk

mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

a)

Memerhati

b)

Mengelas

c)

Meramal

d)

Membuat inferens

19.

"Menggunakan pelbagai deria"

Pernyataan di atas berkaitan kemahiran proses sains __________

a)

Meramal

b)

Memerhati

c)

Membuat Inferens

d)

Mengelas

20.

Saya membuat pemerhatian dengan menggunakan deria

a)

penglihatan, makanan, sentuhan, rasa atau bau.

b)

penglihatan, pendengaran, sentuhan, makanan atau bau.

c)

penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau minuman .

d)

penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.