wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 4 - Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia ....................

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap....................

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik..............................

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai .............................. sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

5.

Kesemua .............................Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.

a)

anak tut

b)

anak tiri

c)

anak bini

d)

anak beranak

6.

Azizi dan anak-anaknya .............................. kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

7.

Puan Basrah masih meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

8.

Gambar rajah merujuk kepada peribahasa

a)

Ayam berak kapur

b)

Kaki ayam

c)

Ayam tambatan

d)

Cakar ayam

9.

Semua barang itu dijual dengan ......................... dalam Pameran Jom Heboh.

a)

harga diri

b)

harga mati

c)

tanda mata

d)

tanda harga

10.

Yoke Lan _ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

11.

Apakah peribahasa yang sesuai merujuk gambar di atas?

a)

Seperti kacang lupakan kulit

b)

Seperti kacang hantu

12.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ..................... semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

13.

Keadaan Aliff Imran ............................... menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

14.

Siti Norhana dan Nurul Amirah kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

15.

Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu .................................... kepada jiran tetangganya

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti menanam tebu di bibir

c)

seperti membuka pekung di dada

d)

seperti musuh dalam selimut

16.

Pilih peribahasa yang menggambarkan situasi berikut


-Persahabatan yang sangat akrab-

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai cincin dengan permata

d)

bagai dakwat dengan kertas

17.

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah....................................

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti kera mendapat bunga

d)

seperti si buta kehilangan tongkat

18.

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ................................. kerana dia takutkan ombak.

a)

atas pagar

b)

luar pagar

c)

gigi air

d)

bawah angin

19.

Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang ................................

a)

bidan terjun

b)

bongkok udang

c)

pening lalat

d)

puteri lilin

20.

Pilih peribahasa yang mempinyai maksud yang sama bagi peribahasa berikut:


Berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan

a)

genggam bara api biar sampai jadi arang

b)

usaha tangga kejayaan

c)

alang-alang mandi biar basah

d)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan