wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU TING.3

Total questions: 73

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Polis trafik itu sedang memberikan _________________ laluan lalu lintas kepada para pemandu.

a)

tanda

b)

alamat

c)

lambang

d)

isyarat

2.

_______________________ berita kemalangan pemain perseorangan badminton negara itu masih mendapat liputan luas daripada akhbar tempatan.

a)

Kepanasan

b)

Keseronokan

c)

Kehangatan

d)

Kehebatan

3.

Majlis _______________________ anugerah itu bakal dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

a)

penyampaian

b)

pengisytiharan

c)

penyerahan

d)

pemberian

4.

Lembaga Kemajuan Ikan telah mengadakan latihan dalam bidang penangkapan ikan laut dalam secara __________________ kepada nelayan.

a)

insentif

b)

intensif

c)

inisiatif

d)

interaktif

5.

Segelintir pihak membuat _______________ yang berbeza terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus pasukan bola sepak yang terkenal itu.

a)

tafsiran

b)

taksiran

c)

tamsilan

d)

telahan

6.

____________ kah kamu akan memulangkan buku cerita saya yang kamu pinjam tempoh hari?

a)

Apa

b)

Siapa

c)

Bila

d)

Mengapa

7.

Nama guru baharu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu __________?

a)

apa

b)

bila

c)

siapa

d)

berapa

8.

_________________ kah kamu yang menyusun kasut sukan itu di dalam rak kasut?

a)

Mengapa

b)

Bila

c)

Ada

d)

Bagaimana

9.

___________ kah jumlah murid yang terdapat di dalam kelas itu?

a)

Apa

b)

Bila

c)

Bagaimana

d)

Berapa

10.

_____________ kah kamu selalu lambat hadir ke sekolah?

a)

Bila

b)

Apa

c)

Bagaimana

d)

Mengapa

11.

Kamu akan membayar yuran sekolah (a)   ?

12.

______________ ketapang berterbangan apabila ditiup angin kencang.

a)

Pepohon

b)

Dedahan

c)

Dedaun

d)

Reranting

13.

Gunakan ___________ ini jika kamu hendak menggergaji papan itu.

a)

kekuda

b)

tetupai

c)

pepara

d)

kekayu

14.

Mulut Azmil __________ ketika dia mencuba menghafaz sajak itu.

a)

kucar-kacir

b)

kemut-kemut

c)

herot-berot

d)

kumat-kamit

15.

Usah kau percaya ceritanya yang ___________ itu.

a)

morat-marit

b)

karut-marut

c)

desas-desus

d)

kumat-kamit

16.

Pengemis itu _______________ di kaki lima untuk meminta simpati daripada orang ramai.

a)

gundah-gulana

b)

pontang-panting

c)

mundar-mandir

d)

compang-camping

17.

"____________ telah menahan penagih dadah itu." kata Ah Leng.

a)

Mana-mana

b)

Apa-apa

c)

Bila-bila

d)

Mata-mata

18.

____________ berkerlipan pada waktu malam.

a)

Kala-kala

b)

Kunang-kunang

c)

Labah-labah

d)

Umang-umang

19.

Orang ramai tidak lagi __________ ketika hendak membeli tiket apabila diarahkan beratur oleh pegawai polis itu.

a)

berkucar-kacir

b)

berhimpt-himpit

c)

hormat-menghormati

d)

bertolak-tolakan

20.

Para penyokong pasukan Malaysia _______________ kata semangat kepada atlet Malaysia.

a)

menyebut-nyebut

b)

berkata-kata

c)

melaung-laungkan

d)

sambut-menyambut

21.

Kapal terbang itu ______________ di udara sebelum dibenarkan mendarat di lapangan terbang.

a)

ternanti-nanti

b)

berlegar-legar

c)

bergilir-gilir

d)

berpusing-pusing

22.

Puan Rogayah __________ sekampit beras di pasar.

a)

membeli

b)

memborong

c)

meminta

d)

mengambil

23.

Mereka ____________ apabila menonton adegan lucu lakonan Tan Sri P. Ramlee di kaca televisyen.

a)

ketawa

b)

tersenyum

c)

bersedih

d)

menangis

24.

Penduduk kampung Pulau Manis sedang bergotong-royong _______ kawasan kampung mereka.

a)

melicinkan

b)

membersihkan

c)

menerangkan

d)

meratakan

25.

Kereta ayah terpaksa ___________ oleh kereta tunda kerana mengalami kerosakan di tengah jalan.

a)

disorong

b)

diseret

c)

ditolak

d)

ditarik

26.

"Kami datang untuk ___________ hubungan antara dua buah keluarga," kata ketua rombongan peminangan itu.

a)

memadatkan

b)

menghimpitkan

c)

memenuhkan

d)

merapatkan

27.

Janganlah kamu ____________ hati emak dan ayah kamu itu," nasihat nenek kepada abang.

a)

sakiti

b)

ikuti

c)

kotori

d)

baiki

28.

Baju kami basah kerana kami ____________ sewaktu pulang dari sekolah

a)

kebasahan

b)

kehujanan

c)

kepanasan

d)

kecelakaan

29.

Anak kecil Puan Salmi ___________ sepanjang hari kerana demam.

a)

mengamuk

b)

membebel

c)

merengek

d)

meronta

30.

Murid itu ______ syarahan yang bertajuk "Kepentingan Amalan Bersenam"

a)

memberikan

b)

mengucapkan

c)

menyampaikan

d)

memperkatakan

31.

Safia sentiasa memastikan pakaiannya _________ rapi di dalam almari.

a)

tersusun

b)

teratur

c)

terurus

d)

tertutup

32.

Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.

a)

lalu lintas

b)

jalan raya

c)

suhu panas

d)

ruang udara

33.

Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.

a)

beratur

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertingguh

34.

Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.

a)

tegas

b)

teguh

c)

kuat

d)

kental

35.

Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.

a)

sejak

b)

kerana

c)

dengan

d)

apabila

36.

Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.

a)

terpegun

b)

terpukau

c)

tergamam

d)

tercengang

37.

Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.

a)

berhijrah

b)

berhasrat

c)

berkahwinkan

d)

tiada kesalahan

38.
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
a)
ia
b)
dia
c)
mereka
d)
beliau
39.
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
a)
kamu
b)
awak
c)
kami
d)
saya
40.
"Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
a)
mereka
b)
engkau
c)
kalian
d)
dia
41.

______________ ketapang berterbangan apabila ditiup angin kencang.

a)

Pepohon

b)

Dedahan

c)

Dedaun

d)

Reranting

42.

Gunakan ___________ ini jika kamu hendak menggergaji papan itu.

a)

kekuda

b)

tetupai

c)

pepara

d)

kekayu

43.

Mulut Azmil __________ ketika dia mencuba menghafaz sajak itu.

a)

kucar-kacir

b)

kemut-kemut

c)

herot-berot

d)

kumat-kamit

44.

Usah kau percaya ceritanya yang ___________ itu.

a)

morat-marit

b)

karut-marut

c)

desas-desus

d)

kumat-kamit

45.

Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.


a)

pekat

b)

cair

c)

merah

d)

putih

46.

Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

a)

longgar

b)

ketat

c)

besar

d)

singkat

47.

Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

a)

tajam

b)

kasar

c)

tumpul

d)

kesat

48.

Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

a)

panjang

b)

kecil

c)

tebal

d)

besar

49.

Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

a)

panas

b)

damai

c)

nyaman

d)

sejuk

50.

Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________

a)

besar

b)

tinggi

c)

panjang

d)

pendek

51.

Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

a)

hapak

b)

tengik

c)

hanyir

d)

hancing

52.
 Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.
a)
Uzur
b)
lusuh   
c)
 layu 
d)
kelam
53.

Terdapat banyak lalat yang berterbangan ________ di kawasan sampah sarap itu.

a)

jauh

b)

sempit

c)

hampir

d)

sebelah

54.

Bunga ros yang berwarna ______ sering dihinggap oleh lebah untuk mendapatkan madunya.

a)

merah

b)

jingga

c)

hitam

d)

biru

55.

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.

a)

di

b)

pada

c)

atas

d)

kepada

56.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun

mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

57.

Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.

a)

tersadung

b)

terpijak

c)

tersepak

d)

terselit

58.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan _________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk

59.

Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.

a)

mengajar

b)

mengajari

c)

mengajarkan

d)

menunjuk ajar

60.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.

a)

lasak

b)

cekap

c)

tangkas

d)

kencang

61.

Sarimah betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya

yang telah lama berpisah. Tiada kesalahan.

a)

betul- betul

b)

dengan

c)

berpisah

d)

tiada kesalahan

62.

Aisyah masih rindukan kehidupannya di desa, walaupun telah lama berpindah ke kota. Tiada kesalahan.

a)

rindukan

b)

walaupun

c)

berpindah

d)

tiada kesalahan

63.

Yasmin membeli batik sutera yang dijual di pasar pagi Ahad di Kampung Kota Lama. Tiada kesalahan

a)

membeli

b)

batik sutera

c)

pasar pagi Ahad

d)

tiada kesalahan

64.

Kuih-kuih ini mereka hantar ke kedai kopi berhampiran stesen bas sebelum pergi ke sekolah. Tiada kesalahan.

a)

mereka hantar

b)

berhampiran

c)

pergi

d)

tiada kesalahan

65.

Harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini sebaliknya, sila bermain di kawasan padang kerana kawasan ini berbahaya.Tiada kesalahan.

a)

jangan

b)

sila

c)

berbahaya

d)

tiada kesalahan

66.

I Tugu Peringatan Negara menjadi lambang berkorban perajurit kita yang terdahulu.

II Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.

III Guru itu telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik anak muridnya.

IV Orang yang sanggup berkorban prinsip hidupnya selalunya akan menemui kebahagiaan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II, dan III

d)

II, III dan IV

67.

Pengacara majlis mempersilakan para peserta kursus masuk dewan sekarang kerana taklimat akan dimulakan.

a)

masukkan ke dalam dewan sekarang

b)

masuk ke dalam dewan sekarang

c)

masuki dewan sekarang

d)

masuk dewan sekarang

68.

Aminah dipersuamikan dengan pemuda pilihan ibunya.

a)

Aminah dipersuami oleh

b)

Aminah dipersuamikan oleh

c)

Aminah dipersuamikan akan

d)

Aminah dipersuamikan dengan

69.

Nurul membeli setandan pisang masak untuk dibuat kerepek pisang bagi memenuhi permintaan pelanggannya sempena hari raya pada tahun ini.

a)

membeli setandan pisang mengkal

b)

membeli setandan pisang mongel

c)

membeli setandan pisang mekar

d)

membeli setandan pisang masak

70.

“Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,” kata Cikgu Jamal kepada murid-muridnya.

a)

Cikgu Jamal melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu dia

sedang mengajar.

b)

Cikgu Jamal mengajak murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu dia

sedang mengajar.

c)

Cikgu Jamal berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau bercakap sewaktu cikgu sedang mengajar

d)

Cikgu Jamal berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia sedang

mengajar murid-muridnya.

71.

Dia anak hartawan tetapi sikapnya yang peramah itu menyebabkan dia dihormati oleh rakan-rakannya.

a)

Sikapnya yang tidak sombong menyebabkan dihormati sebagai anak hartawan.

b)

Anak hartawan hendaklah bersikap peramah supaya dihormati oleh rakan-rakannya.

c)

Rakan-rakan anak hartawan itu berpendapat bahawa anak hartawan itu sangat peramah.

d)

Walaupun dia anak hartawan tetapi rakan-rakan menghormatinya kerana sikapnya yang

peramah.

72.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula.

Keadaan ini samalah seperti…

a)

didengar ada dipakai tiada.

b)

biar mati anak jangan mati adat.

c)

jauhari yang mengenal manikam.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.

73.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya. Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.

a)

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

b)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

c)

Seperti embun di hujung rumput.

d)

Bagai layang-layang putus tali.