wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan pengasas kepada kerajaan Kesultanan Johor Riau

a)

Bendahara Seri Nara Diraja

b)

Sultan Mahmud Syah

c)

Sultan Iskandar Syah

d)

Raja Ali

2.

Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun telah berlaku antara Johor-Acheh-Portugis. Nyatakan punca percetusan yang berlaku antara kerajaan Acheh dengan Johor.

a)

Wujudnya pakatan Johor dan Portugis

b)

Tergugatnya perdagangan kerajaan Acheh

c)

Belanda membantu Johor meyerang Acheh

d)

Acheh ingin merampas kerajaan Melaka daripada kesultanan Johor

3.

Kerajaan Johor turut menerima ancaman daripada Raja Kechil pada tahun 1718. Bagaimanakah pemerintahan Johor dapat mengatasi masalah tersebut?

a)

Sultan Johor bersetuju dengan tuntutan Raja Kechil

b)

Raja Sulaiman mendapatkan bantuan Opu Bugis

c)

Kesultanan Johor mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Belanda

d)

Kerajaan Johor mengiktiraf Raja Kechil sebagai Yang Di-pertuan Muda

4.

Nyatakan pusat pemerintahan awal Kesultanan Johor Riau

(a)  

5.

Sultan Mansur Syah, Melaka telah menabalkan puteranya sebagai Sultan Pahang iaitu

a)

Raja Mahmud

b)

Raja Abdul Jalil

c)

Raja Muhammad

d)

Raja Abdul Ghafur

6.

Surat Ciri merupakan salah satu alat kebesaran diraja. Apakah yang terkandung dalam alat kebesaran diiraja tersebut?

a)

Puisi yang memuji kebesaran Raja-raja

b)

Undang-undang dan peraturan kerajaan

c)

Salasilah keturunan pemerintah kerajaan

d)

Kuasa pemerintahan seseorang raja dan kerabatnya

7.

Senaraikan pembesar utama kerajaan Perak dalam sistem pembesar empat lipatan yang diamalkan dalam pentadbirannya.

(a)  

8.

Pembukaan pusat pentadbiran Kota Siputih di Kedah oleh Tunku Ahmad pada 1282 adalah bertujuan

a)

dijadikan tempat bersemayan Sultan

b)

persediaan menghadapi ancaman Siam dan Acheh

c)

dijadikan sebagai pusat perdagangan utama kerajaan

d)

menjadi kota pertahanan utama kerajaan Kedah

9.

Puncak Gunung Jerai menjadi mercu tanda kepada Kerajaan Kedah. Apakah kepentingannya kepada kerajaan tersebut?

a)

Benteng keselamatan Kerajaan Kedah daripada serangan musuh

b)

petunjuk arah kepada para pedagang yang ingin sampai ke Kedah

c)

Menjadikan Kedah negeri yang selamat daripada ancaman tiupan angin monsun

d)

Gunung Jerai menyediakan sumber alam semula jadi yang diperlukan pedagang luar

10.

Siapakah pemimpin yang bertanggungjawab dalam menyatukan dua wilayah kerajaan Kelantan iaitu Kelantan Barat dan Kelantan Timur?

a)

Raja Bahar

b)

Long Yunus

c)

Sultan Muhammad II

d)

Che Siti Wan Kembang

11.

Nyatakan cara jalinan hubungan diplomatik yang dijalankan antara kerajaan di alam Melayu

(a)  

12.

Berikut merupakan ciri khusus pentadbiran beraja bagi kerajaan Perlis

a)

Pemerintah menggunakan gelaran Raja

b)

Pelantikan melalui jurai keturunan pengasas

c)

Pemerintahnya merupakan ketua bagi agama Islam

d)

pemerintah akan memerintah selama lima tahun bagi setiap penggal

13.

Antara warisan seni yang terkenal bagi kerajaan Kelantan ialah

a)

warisan seni silat

b)

seni pertukangan seperti keris

c)

anyaman tikar dan bakul rotan

d)

seni persembahan Mek Mulung

14.

Kepimpinan kesukuan masyarakat Iban di pedalaman Sarawak diketuai oleh

a)

Tuai Rumah

b)

Hipun Uma

c)

Peran Lepo

d)

Kelunan Maren

15.

Merupakan simbol kesyukuran bagi masyarakat Kadazandusun dan Murut untuk meraikan semangat padi agar mendapat hasil tuaian yang banyak dan subur.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Pesta Regata Lepa

b)

Pesta Babulang

c)

Pesta Keamatan

d)

Gawai Dayak