wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Bahasa Siri 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kakak membantu ibu untuk _________tauge dan _______ untuk menyediakan mihun soto.

a)

mencelur...mereneh

b)

merebus...mendidih

c)

mencelur...mendidih

d)

menggoreng ... mereneh

2.

Guru kelas Joaane menampal keputusan Pentaksiran Pertengahan Tahun kelas mereka ___________ papan kenyataan.

a)

di

b)

pada

c)

atas

d)

kepada

3.

Alin berasa ________ ketika mengambil keputusan peperiksaan PT3 baru-baru ini.

a)

risau

b)

kekok

c)

segan

d)

cuak

4.

Law ketawa __________ semasa menonton cerita " Pendekar Bujang Lapok" lakonan Allahyarham P.Ramlee.

a)

tersentak-sentak

b)

tergigil-gigil

c)

terbahak-terbahak

d)

tersipu-sipu

5.

Chitraleka terpaksa menunggu keputusan __________ selama dua minggu sebelum dapat bekerja di syarikat besar itu.

a)

temu bual

b)

temu duga

c)

temubual

d)

temuduga

6.

Satu usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk menyedarkan murid sekolah ________ bahaya meroko adalah dengan mengadakan ceramah antimerokok.

a)

pada

b)

oleh

c)

tentang

d)

demi

7.

"Mengapakah ________ bermuram durja?", tanya Sultan Mansur kepada puterinya

a)

tuanku

b)

tuan hamba

c)

kamu

d)

anakanda

8.

Ibu menggunakan ___________ gelang getah untuk mengikat plastik bungkusan roti yang telah dibukanya.

a)

seurat

b)

segelung

c)

sehelai

d)

segulung

9.

Tandas murid lelaki itu berbau ________ kerana ada murid yang tidak menjirusnya selepas membuang air kecil.

a)

hamis

b)

hancing

c)

hapak

d)

hanyir

10.

Kerja-kerja mencari mangsa yang lemas di laut itu diteruskan juga _________ cuacanya kurang baik

a)

hingga

b)

sekiranya

c)

walaupun

d)

sementara

11.

Priya dapat menyampaikan ucapannya dengan ________ semasa perhimpunan pagi tadi walaupun pada mulanya dia kelihatan gugup.

a)

lancar

b)

licin

c)

cekap

d)

cepat

12.

Ibu memberi ________ daripada lebihan lauk kenduri semalam kepada ________ orang jirannya.

a)

setengah ... setiap

b)

sebahagian ... beberapa

c)

separuh ... sebilangan

d)

sedikit ... segelintir

13.

" ________ berikan sampul surat ini kepada Cikgu Hannah", kata Cikgu Marina kepada Venus.

a)

Tolong

b)

Harap

c)

Minta

d)

Sila

14.

Beberapa buah helikopter milik angkatan tentera Malaysia sedang _________ di ruang udara kawasan hutan itu.

a)

berlegar-legar

b)

berputar-putar

c)

berkisar-kisar

d)

berpusing-pusing

15.

Tarvena telah menyediakan beberapa soalan sebagai persediaanya sebelum mengadakan sesi _______ dengan murid cemerlang di sekolahnya.

a)

soal jawab

b)

ramah mesra

c)

temu ramah

d)

suai kenal

16.

Audrey akan menyertai rombongan yang dianjurkan oleh sekolahnya ________ dibenarkan oleh bapanya.

a)

selagi

b)

apabila

c)

sehingga

d)

jika

17.

" __________ Roy yang mengambil pemadam kamu yang hialng itu", kata Yus kepada Adib.

a)

Entah-entah

b)

Paling-paling

c)

Tagu-tahu

d)

Kalau-kalau

18.

Sejak tadi kucing Parsi itu asyik _________ adik di ruang tamu.

a)

mengikuti

b)

mengejar

c)

mengekori

d)

menyusul

19.

_______ pulau di Langkawi sering dikunjungi pelancong dari luar negara.

a)

Gugusan

b)

Tompokan

c)

Barisan

d)

Kelompok

20.

Sikap Amri yang _________ menyebabkan banyak orang sukar berurusan dengannya.

a)

besar kepala

b)

kepala angin

c)

berat kepala

d)

keras kepala