wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM SEMESTER 1 (KUIZ 2)

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah berikut benar mengenai Ketua Setiausaha Negara?

a)

A. Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

b)

B. Setiausaha Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia

c)

C. Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

d)

D. Setiausaha Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara

2.
Yang manakah merupakan hasil Kerajaan Negeri ?
I Hasil hutan
II Hasil cukai tanah
III Hasil duti eksport kayu balak
IV Hasil denda Jabatan Pengangkutan Jalan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
3.
Yang manakah pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan?
a)
A. Perbendaharaan
b)
B. Kerajaan Negeri
c)
C. Kerajaan Persekutuan
d)
D. Majlis Kewangan Negara
4.
Yang manakah merupakan tugas yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam negara yang berdaulat?
I Menyediakan kemudahan ekonomi
II Menentukan arah tadbir urus baik negara
III Memastikan keselamatan setiap penduduk terjamin
IV Memastikan setiap penduduk mempunyai pendapatan tetap
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan IV
d)
D. III dan IV
5.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
a)
A. Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen
b)
B. Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan
c)
C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
d)
D. Menjadi panduan kepada semua undang-undang
6.
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap badan perundangan?
a)
A. Melantik Peguam Negara
b)
B. Melantik Perdana Menteri
c)
C. Memperkenankan Rang Undang-Undang
d)
D. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
7.
Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan mengosongkan kerusinya?
a)
A. Dilantik sebagai Menteri Besar
b)
B. Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah
c)
C. Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
d)
D. Dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara
8.
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
a)
A. Khalwat
b)
B. Mengamalkan ajaran sesat
c)
C. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
d)
D. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
9.
Yang manakah padanan yang benar tentang klasifikasi perundangan?
I Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
II Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak
III Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung
a)
A. II- Ordinan, I - Enakmen, III - Akta
b)
B. II-Ordinan, III- Enakmen, I - Akta
c)
C. I- Ordinan, II - Enakmen, III-Akta
d)
D. III-Ordinan, II-Enakmen, I-Akta
10.
I. Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III. Kementerian merangka dasar Rang Undang-undang
Susun perkara-perkara di atas mengikut urutan yang betul dalam proses penggubalan undang-undang negara.
a)
A. III,II,I
b)
B. I, III, II
c)
C. III, I, II
d)
D. II, I, III