NEW
Font size
WorksheetsSoalan Tatabahasa (BM UPSR)
Total questions: 33
Worksheet time: 15mins
Encik Hakimi menempah sebuah almari antik yang diperbuat ____ kayu jati.
dari
oleh
daripada
dengan
Datuk menyuruh Faiq memetik buah mangga yang _____ masak itu.
sedang
akan
masih
telah
Pihak polis telah berjaya _______ sepucuk pistol yang disembunyikan oleh penjenayah itu.
bertemu
ditemui
menemui
menemukan
Kakak _______ kelapa di dapur untuk memasak kari ayam.
menyagat
mengorek
mengukur
memerah
Pintu pejabat itu tertutup _______ kerana semua pekerjanya diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat dilaksanakan.
ketat
rapat
padat
sendat
"_____ mesti meminta maaf kepada _____," kata Encik Hafiz kepada tiga orang remaja yang telah membuli seorng budak lelaki.
Kalian ... -nya
Kita ... mereka
Saya ... kamu
Awak ... dia
Dua orang lelaki sedang menggantikan _____ basikal yang telah patah.
jejari
jemari
bebatang
tetulang
Laksamana Hang Tuah telah dianugerahi ______ pakaian sebagai menghargai jasa beliau kepada negeri Melaka.
sebuah
sehelai
sepersalinan
sepasang
Jasa ibu dan bapa yang telah membesarkan dan memberikan didikan kepada kita tidak _____ dengan wang ringgit.
dibalas
terbalas
berbalas
membalas
Pemain sepak takraw itu _____ bola dengan pantas untuk mematikan serangan pihak lawan.
melibas
menyepak
menanduk
memukul
Sejak kejadian itu, Anis berada di rumah dan tidak pergi ke _____ lagi.
mana
sini
sana
mana-mana
Julia ______ air teh itu dengan berhati-hati kerana air itu masih panas.
menyedut
meneguk
menelan
menghirup
Kulit tangan datuk kelihatan sudah _____ kerana usianya telah meningkat tua.
berlapis
berkedut
berlipat
berkerut
Kebakaran di rumah kedai itu dipercayai berpunca daripada ______ rokok.
puntung
batang
kotak
habuk
Mira mendengar nasihat daripada gurunya ______ penuh kesedaran.
demi
dengan
oleh
akan
Sejak berpindah ke sini saya tidak _______ menerima apa-apa panggilan misteri lagi.
sudah
masih
pernah
sedang
Mereka pergi ke Johor dengan menaiki sebuah kereta ______.
Adidas
Bata
Satria
Parker
Nathan tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang ______ itu.
panjang tangan
tangan terbuka
kaki bangku
ringan tulang
Kuih Bom berinti kacang yang dibuat oleh kakak itu bulat macam ______.
bola
gasing
batu
mata
Dahinya bengkak kerana _______ pada daun pintu.
tergelincir
terhantuk
tersepit
tergores
Lori itu ______ ke kanan apabila sampai di Jalan Pantai.
membelok
membengkok
membongkok
melibas
______, rasakan penumbukku ini!
Cis
Ah
Nah
Oh
Longgokan sampah sarap itu sangat busuk seperti _____.
longkang
ikan
air mawar
bangkai
Faikah kini menjadi ______ kepada Puan Maryam setelah ayahnya mengahwini Puan Maryam.
anak angkat
ibu tiri
anak tiri
anak tut
Pemain-pemain itu berasa tidak puas hati kerana pengadil telah bersikap ______.
kecil hati
pilih kasih
mulut murai
hidung tinggi
Kesemua peserta perkhemahan itu sedang _____ Gunung Ledang.
memanjat
mendaki
merentas
menyeberang
Murid lelaki mestilah berambut pendek.
Ayat berikut merupakan ____
ayat perintah
ayat penyata
ayat tanya
ayat seru
Ibu sedang membersihkan sarang ______ yang melekat pada dinding bilik nenek.
pepijat
kekabu
kekura
lelabah
________ Zahir berubah apabila mendengar berita sedih itu.
Telinga lintah
Air muka
Hidung tinggi
Otak cair
Minyak itu berbau ______ kerana sudah lama tidak digunakan.
hanyir
hapak
tengik
busuk
Keadaan ruang tamu yang _______ itu membuatkan ibunya marah.
bersesak
berselerak
bertimbun
berlonggok
Pendeklamasi sajak itu merupakan seorang _____ di salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
mahasiswa
pelajar
juruacara
sasterawan
Encik Zakri selaku pengetua telah ______ Norhisham sebagai ketua pengawas di sekolah kami.
melantik
meletak
mengangkat
mengarah
