Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

History Form 1 26.10.2020

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian sejarah.


"Sejarah ialah masa lalu itu sendiri"


Siapakah tokoh yang memberikan pengertian tersebut?

a)

E. H. Carr

b)

Herodotus

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd Yusuf Ibrahim

2.

Ilustrasi berikut berkaitan dengan kepentingan mmpelajari sejarah.


"Kita perlu mengaplikasikan ilmu sejarah dalam kehidupan kita."


Apakah kepentingan mengaplikasikan ilmu sejarah dalam kehidupan kita? sila pilih 2 jawapan.

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Mengukuhkan perpaduan

c)

Mengenali asal usul negara

d)

Menjamin kerjaya yang cemerlang

3.

Gambar berikut berkaitan dengan proses pengglasieran berikutan peningkatan suhu pada muka bumi.


Apakah kesan proses tersebut?

a)

Penurunan sajli

b)

Gempa bumi berlaku

c)

Hujan lebat berpanjangan

d)

Perubahan bentuk fizikal bumi

4.

Peta berikut menunjukkan perubahan yang berlaku pada Pentas Sunda sebelum Zaman Holosen dan pada hari ini.


Apakah faktor utama yang membawa kepada perubahan tersebut?

a)

Kecairan air batu

b)

Proses pengglasieran

c)

Penghijrahan manusia

d)

Pembentukan tasik dan sungai

5.

Gambar berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat prasejarah.


Pada pendapat anda, apakah perkara yang hendak dipaparkan melalui lukisan tersebut?

a)

Upacara ritual

b)

Hasil ternakan

c)

Kegiatan memburu

d)

Kepercayaan nenek moyang

6.

Apakah hasil penemuan sejarah di Lenggong, Perak yang menyebarkan lokasinya dianggap tapak Prasejarah terpenting di rantau Asia Tenggara?

a)

Biji manik

b)

Perak Man

c)

Flores Man

d)

Peralatan batu

7.

Gambar berikut berkaitan dengan artifak yang ditemui di Gua Niah, Sarawak.


Pada pendapat anda, apakah ciri utama masyarakat prasejarah yang dapat dibuktikan melalui penemuan tersebut?

a)

Bersifat inovatif

b)

Menjalankan upacara ritual

c)

Mengutamakan perdagangan

d)

Mempunyai kehidupan yang bersistematik

8.

"Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan antara tokoh tempatan yang memperkatakan tentang konsep tamadun."


Apakah ciri masyarakat yang bertamadun menurut beliau?

a)

Mengalami proses perbandaran

b)

Memiliki bahasa dan kesusasteraan

c)

Kehidupan yang kaya dengan upacara ritual

d)

Mencapai taraf kehalusan tatasusila dan budaya

9.

Maklumat berikut berkaitan seni bina agung tamadun awal dunia yang terkenal.


Tamadun Mesopotamia - Taman Tergantung Babylon

Tamadun Mesir Purba - Piramid

Tamadun Mesir Purba - Sfink


Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang membolehkan masyarakat menghasilkan seni bina tersebut?

a)

Tenaga buruh ramai

b)

Penguasaan teknologi

c)

Pengkhususan pekerjaan

d)

Terdapat organisasi sosial

10.

Senarai berikut berkaitan tamadun awal dunia.


  1. Tamadun Mesopotamia
  2. Tamadun Mesir Purba
  3. Tamadun Indus
  4. Tamadun Huang He


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah persamaan pada tamadun tersebut?

a)

Bermula di lembah sungai

b)

Menjayakan perluasan kuasa

c)

Menjalankan perdagangan antarabangsa

d)

Berlaku proses pembandaran yang pesat

11.

Peta menunjukkan Tamadun Mesopotamia yang terbentuk di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.


Apakah aktiviti utama penduduk Tamadun Mesopotamia?

a)

Kelautan

b)

Pertanian

c)

Ketenteraan

d)

Perdagangan

12.

Gambar berikut berkaitan dengan sistem tulisan masyarakat Tamadunmam Mesir Purba.


Apakah fungsi sistem tulisan dalam masyarakat Tamadun Mesir Purba? Sila pilih 2 jawapan di bawah.

a)

Menulis teks agama

b)

Menghasilkan sastera

c)

Merekod salasilah raja

d)

Mencatat dokumen penting

13.

Gambar berikut berkaitan dengan Tamadun Yunani.


Apakah sumbangan terpenting tamadun tersebut terhadap ketamadunan dunia pada hari ini?

a)

Astronomi

b)

Ilmu pelayaran

c)

Teknologi binaan

d)

Sistem demokrasi

14.

Gambar berikut menunjukkan keagungan seni bina Tamadun Rom.


Apakah faktor-faktor yang membawa kepada kemajuan seni bina Tamadun Rom? Sila pilih 2 jaapan di bawah.

a)

Minat masyarakat

b)

Sokongan pemerintah

c)

Bantuan kewangan kerajaan

d)

Persaingan daripada tamadun lain

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan Asoka.


"Perang Kalinga"


Apakah kersan peperangan tersebut terhadap Asoka?

a)

Perluasan empayar

b)

Pemerintahan zalim

c)

Penyatuan wilayah di India

d)

Pengembangan agama Buddha

16.

Peta menunjukkan penyatuan wilayah-wilayah kecil oleh Dinasti Qin semasa Tamadun China.


Siapakah pemerintah yang bertanggungjawab menyatukan wilayah-wilayah tersebut?

a)

Liu Bang

b)

Raja Zheng

c)

Maharaja Han Wu Di

d)

Maharaja Shi Huangdi

17.

Andai kata anda hidup pada zaman Tamadun China. Apakah matlamat utama anda berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam peperiksaan?

a)

Menjadi guru

b)

Meningkatkan taraf sosial

c)

Menjadi panglima tentera

d)

Menyebarkan agama Buddha

18.

"Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mengamalkan cara hidup berkelompok yang dikenali sebagai kabilah."


Mengapakah mereka mengamalkan cara hidup sedemikian?

a)

Semangat assabiyah amat kuat

b)

Tiada pemimpin yang berwibawa

c)

Memlihara kepentingan perniagaan

d)

Kepelbagaian agama dan kepercayaan yang dianuti

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.


"Bani Umaiyah"


Apakah kejayaan yang dicapai oleh kerajaan tersebut? SIla pilih 2 jawapan di bawah

a)

Penyebaran Islam ke Alam Melayu

b)

Utusan persahabatan dihantar ke China

c)

Islam bertapak di India dan Asia Tenggara

d)

Islam berkembang hingga ke wilayah Balkan dan Eropah Timur

20.

"Salah satu sumbangan Tamadun Islam dalam bidang ekonomi ialah pengenalan Baitulmal."


Apakah fungsi Baitulmal?

a)

Menguruskan kewangan

b)

Menyediakan kemudahan asas

c)

Menyelenggara pemilikan hartanah

d)

Menggalakkan perdagangan antarabangsa