Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1. Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan

a)

A. Peguam Negara

b)

B. Perdana Menteri

c)

C. Ahli Suruhanjaya

d)

D. Ketua Hakim Negara

2.

Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia ?

a)

A. Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat

b)

B. Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya

c)

C. Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara

d)

D. Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

3.

Apakah sumber hasil perolehan Kerajaan Persekutuan?

a)

Cukai Pendapatan

b)

Duti hiburan

c)

Harta Karun

d)

Zakat

4.
Pemberian peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan adalah berdasarkan
a)
A. tahap kemajuan
b)
B. panjang jalan raya
c)
C. jenis pihak berkuasa tempatan
d)
D. keluasan kawasan pentadbiran
5.

Yang manakah tugas Kabinet? (STPM 2014)

a)

Melantik setiausaha politik

b)

Merancang dasar pembangunan negara

c)

Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

6.

*Masalah pendatang tanpa izin di Malaysia melibatkan beberapa kementerian

*Masalah ini memerlukan penyelarasan antara kementerian terlibat

Penyelarasan ini dibuat oleh (STPM 2015)

a)

Majlis Ekonomi Negara

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Keselamatan Negara

d)

Majlis Perundingan Negara

7.

Antara majlis penyelaras yang berikut, manakah berfungsi untuk menyelaras agensi pentadbiran tertinggi kerajaan Persekutuan ?

I Majlis Kewangan Negara

II Majlis Tanah Negara

III Majlis Keselamatan Negara

IV Majlis Perancang Negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Yang manakah benar tentang Ketua Setiausaha Negara ?

I Setiausaha Kabinet

II Ketua Perkhidmatan Awam

III Saraan ditetapkan oleh Parlimen

IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perkenan Majlis Raja-Raja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Yang manakah benar tentang tugas Perdana Menteri ?

I Mengetuai Jemaah Menteri

II Melantik Setiausaha Jemaah Menteri

III Memegang kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan

IV Memohon kepada Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Yang manakah merupakan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam persekutuan?

a)

Ketua kerajaan

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Ketua Setiausaha Kementerian

d)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

11.

Badan penggubal dasar tertinggi Kerajaan Persekutuan ialah

a)

Kabinet

b)

Jabatan Perdana Menteri

c)

Kementerian

d)

Jabatan Peguam Negara

12.
  • * Menjalankan tugas-tugas berkaitan politik seorang menteri
  • * Saraannya ditetapkan oleh Kabinet

Pernyataan di atas merujuk kepada jawatan

a)

Setiausaha Kabinet

b)

Setiausaha Kementerian

c)

Setiausaha Politik

d)

Setiausaha Parlimen

13.

Yang berikut merupakan jawatan-jawatan yang boleh disandang oleh seseorang Menteri Besar tanpa menjejaskan jawatannya, kecuali

I. Ahli Kabinet

II. Ahli Suruhanjaya

III. Ahli Dewan Negara

IV. Ahli Jemaah Pengampunan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Yang berikut merupakan komponen dalam Dewan Undangan Negeri, kecuali

I. Menteri Besar

II. Yang Dipertua Negeri

III. Yang di-Pertuan Agong

IV. Ahli Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Yang berikut merupakan komponen dalam Dewan Undangan Negeri, kecuali

I. Menteri Besar

II. Yang Dipertua Negeri

III. Yang di-Pertuan Agong

IV. Ahli Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV